Saturday, February 27, 2021

KUNJUNGAN WAKIL MAYC KAWASAN BACHOK BERTEMU DATUK MOHAMMAD AZAM BIN ISMAIL


KUNJUNGAN WAKIL MAYC  KAWASAN BACHOK BERTEMU DATUK MOHAMMAD AZAM BIN ISMAIL

28 FEBUARI 2021

Kuala Lumpur  - Jawatankuasa Tanah,Sumber Asli,Perancangan Ekonomi,Anak Perantau Dan Kewangan MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan bertemu Datuk Mohammad Azam Bin Ismail selaku Pegawai Khas Dalam Kawasan kepada Menteri Wilayah Persekutuan,

Datuk Mohammad Azam Bin Ismail juga selaku Presiden Persatuan Hoki Negeri Kelantan.Kunjungan ini bertujuan berbincang beberapa perkara dengan beliau untuk golongan belia yang menyertai MAYC Kawasan Bachok.Dilegasi MAYC Kawasan Bachok diketuai oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Beberapa perbincangan diadakan demi memperkasakan lagi golongan belia berpersatuan.Terima Kasih Datuk Mohammad Azam Bin Ismail sudi menerima kunjungan kami,Saudara Khaidir mengiringi Saudara Ahmad Faris dalam kunjungan kali ini.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan #Bachok #Kelantan

 

Thursday, February 25, 2021

SIJIL KEBENARAN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(MAYC)KAWASAN BACHOK



SIJIL KEBENARAN 
PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(MAYC) KAWASAN BACHOK
(PPBM:C0017-2029/03/20)
Tarikh Kelulusan  : 14 Januari 2020
Doakan kami agar dapat meneruskan perjuangan bagi memperkasakan lagi persatuan kelab-kelab belia dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok....
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaWakafZin #KelabBeliaKgKuinPasir


 

MYKD MAYC KAWASAN BACHOK 2020



Alhamdulillah..
25 Febuari 2021 | Khamis
MAYC Kawasan Bachok dapat selesaikan tanggungjawab untuk hantar Laporan MYKD 2020...
Step seterusnya fokus kepada penyelarasan Laporan MYKD setiap ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok iaitu :-
1.Kelab Belia Gunong
2.Kelab Belia Wakaf Zin
3.Kelab Belia Kg Kuin Pasir
Doakan agar kami dapat buat yang terbaik demi memperkasakan persatuan belia bawah gabungan MAYC Kawasan Bachok...


 

Sunday, February 21, 2021

KELAS ONLINE MAYC KEBANGSAAN SIRI 4 ASAS EDITING VIDEO MENGGUNAKAN SMARTPHONE(SOFTWARE VN) 2021




KELAS ONLINE MAYC KEBANGSAAN SIRI 4 ASAS EDITING VIDEO MENGGUNAKAN SMARTPHONE(SOFTWARE VN) 2021
Tarikh  : 20 Febuari 2021(Sabtu)
Masa  : 8.00 -11.00 Malam
Tempat : Via Aplikasi Zoom
Tenaga Pengajar  : Munzir Rahim

(E-Sijil Penyertaan akan diberikan)

MAYC Kawasan Bachok telah hantar wakilnya iaitu Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok untuk menyertai program ini.Terima Kasih MAYC Kebangsaan atas penganjuran program yang manfaat untuk golongan belia dan beliawanis.


Terima Kasih Daun Keladi,Lain Kali Buat lagi.

 

WEBINAR INSPIRE !! KERJAYA AGRO : "KILANG TANAMAN"






WEBINAR INSPIRE !! KERJAYA AGRO :

"KILANG TANAMAN"
Tarikh  : 17 Febuari 2021 (Rabu)
Masa  : 10 Pagi 
Anjuran  : Jabatan Belia Dan Sukan Negara,
 Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

MAYC Kawasan Bachok telah  menyertai program ini diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Terima Kasih Jabatan Belia Dan Sukan Negara atas penganjuran ini.

Terima Kasih Daun Keladi,Lain Kali Buat Lagi.



 

PROJEK PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI 7,000 KILOGRAM FASA 1 MAYC KAWASAN BACHOK 2021



Kami sedang mencari 7,000 Kilogram Minyak Masak Terpakai Seluruh Daerah Bachok  Mulai :

27 Januari sehingga 10 April 2021

1. Anda simpan minyak masak terpakai,kami bayar untuk anda dengan harga RM1/1Kilogram.

2. Jika anda nak sumbang minyak masak terpakai kepada kami amat dialukan.

Selepas kami collect,minyak masak terpakai dihantar untuk diproses sebagai Biodiesel,sabun,lilin dan pelbagai lagi...Insya Allah dengan hasil pengumpulan ini kami salurkan sumbangan dalam Program Singgah Sahur MAYC Kawasan Bachok  2021...

Ayuh kita simpan Minyak Masak Terpakai !!!

Call Atau Whatsapp kami ditalian :

http://www.wassap.my/60138606619/projekminyakmasakterpakaiMAYCKawasanBachok

#JomSimpanMinyakMasakTerpakai #AyuhKitaSayangiAlamSekitar #DoakanAgarDuniaKembaliPulih #DoakanAgarCovid19DijauhiDaripadaKitaSemua #HubungiKamiSegera    #bachok  #MAYCKawasanBachok #infokomunitibachok


 

"BELIAWANIS BACHOK JOHAN CONTEST MAKEUP DAN STYLISH TUDUNG PALING WOW BULAN FEBUARI 2021"


[BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK ]

19 Febuari 2021 l Jumaat

"BELIAWANIS BACHOK JOHAN CONTEST MAKEUP DAN STYLISH TUDUNG PALING WOW BULAN FEBUARI 2021"

Tahniah diucapkan kepada Rara Casmaira atas memenangi Johan Contest Makeup dan Stylish Tudung Paling WOW Bulan Febuari 2021 yang dianjurkan oleh Quelique Beauty kerjasama MAYC Kawasan Bachok.Rara Casmaira juga merupakan Anak Jati Bachok.

Naib Johan dimenangi oleh Natasya Puteri daripada Kota Bharu.Ketiga dimenangi oleh Elisa Nabila Elias.Manakala keempat dimenangi oleh Suraya Binti Abdul Karim dari Kajang Selangor.

Tahniah Diucapkan kepada Rara Casmaira.Insya Allah anda boleh follow kami ataupun like seperti berikut :

Facebook : MAYC Kawasan Bachok
Instagram : mayc_bachok

#MAYCKawasanBachok #QueliqueBeauty


 

SESI ATAS TALIAN BUAL POLISI BELIA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN DAN NEGERI









[BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK ]

19 Febuari 2021 l Jumaat

"BUAL POLISI BELIA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA PEMIMPIN-PEMIMPIN PERTUBUHAN BELIA"

Semalam MAYC Kawasan Bachok telah menyertai Bual Polisi Belia bagi mendengar penerangan daripada pihak KBS untuk Akta 668.MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok turut berada dalam kalangan lebih 270 pemimpin pertubuhan belia Seluruh Malaysia.Perbincangan ini mengenai ketersediaan belia ke arah perubahan polisi transisi peralihan kepimpinan belia dan kehendak dan aspirasi belia masa kini melalui pertubuhan belia.

Walaupun MAYC Kawasan Bachok salah satu pertubuhan baru tidak sampai 2 tahun lagi.Wakil MAYC Kawasan Bachok tetap teliti mendengar amanat yang diberikan oleh Kepimpinan KBS,JBSN dan Majlis Belia Malaysia.Perubahan polisi transisi belia akta 668 amat memberi cabaran kepada kepimpinan muda bagi menyelaraskan kepimpinan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi.

MAYC Kawasan Bachok berharap dengan perubahan polisi transisi belia akta 668 bakal dilakukan ini agar golongan belia dan beliawanis di luar sana dapat memberi kerjasama demi memperkasakan pertubuhan belia termasuklah pihak berkenaan di peringkat Daerah.

YBhg. Dato' Dr. KP JBSN,TKP (B) JBSN),Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia,Bahagian Dasar dan Strategik KBS dan Presiden Majlis Belia Malaysia turun hadir sama bagi sesi bual polisi ini.

#MAYCKawasanBachok #MyMAYC #KilangPemimpinBelia #PelapisKepimpinanBelia #DariBeliaUntukBelia #AktivisBelia





 

300 ORANG BELIA DAN BELIAWANIS SERTAI KMODJ SECARA VIRTUAL 2021
























[BULETIN MAYC  KAWASAN BACHOK ]

"300 ORANG BELIA DAN BELIAWANIS  SERTAI KMODJ SECARA VIRTUAL"

19.2.2021(Jumaat)

Pak Badol - Kem Motivasi Peringkat Dun Jelawat 2021 berakhir semalam di SMK Pak Badol melalui platform Google Meet dikendalikan oleh Red Consultancy.

Motivasi yang dikendalikan oleh Wan Naziq selama 5 malam bermula daripada 14 Febuari hingga 18 Febuari 2021 memberi suntikan semangat kepada belia dan beliawanis yang bakal menempuhi Sijil Pelajaran Malaysia pada 22 Febuari 2021.

Kem Motivasi Online disertai oleh 5 buah sekolah iaitu SMK Teratak Pulai,SMK Sri Gunung,SMK Jelawat,SMK Kubang Telaga dan SMK Pak Badol dengan penyertaan seramai 300 orang belia dan beliawanis.

Perasmian  Kem Motivasi Online Peringkat Dun Jelawat dirasmikan oleh YB Haji Cikgu Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat.Semalam majlis penutup,amat menjadi sejarah kepada MAYC Kawasan Bachok kerana YB Haji Cikgu Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat mengakui beliau juga sebagai Ahli MAYC pada satu ketika dahulu dibawah kepimpinan naungan Allahyarham Dato Dr Ilias Mantan Naib Presiden MAYC Kebangsaan.

Satu sejarah kepada belia dan beliawanis semalam apabila YB Adun Jelawat mempamerkan kad keahlian beliau sebagai Ahli MAYC pada satu ketika dahulu

Majlis penutup semalam disertai oleh Encik Mohd Nasir Bin Shazali selaku Pengetua SMK Pak Badol dan seluruh kepimpinan pentadbiran &pengajar yang sertai semalam.MAYC Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan padu  kepimpinan pentadbiran SMK Pak Badol bagi ruang dan peluang MAYC untuk menganjurkan program di SMK Pak Badol.Terima Kasih Tuan Pengetua.

Diserikan juga semalam dengan kehadiran barisan kepimpinan MAYC iaitu Encik Mohd Hakimi Bin Mat Husin selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan dan Encik Ahmad Faris Bin Yusof selaku Exco MAYC Negeri Kelantan merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih juga kepada Encik Mohamed Zaharin selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Ummi Aida selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok yang merupakan tulang belakang Kem Motivasi Online Peringkat Dun Jelawat 2021.

Encik Muhammad Azuwan selaku Timbalan Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Puan Rozana selaku Ahli Majlis Daerah Bachok juga turut sertai semalam demi memberi semangat kepada belia dan beliawanis yang bakal menempuhi Sijil Peperiksaan Malaysia pada 22 Febuari 2021.

Malam bercahaya kunang-kunang,
Buah sukun buah pepaya,
Yang rajin akan menang,
Yang tekun akan  berjaya.

Jalan-jalan naik kereta,
Naik ke atas pakai tangga,
Mari kita gapai cita-cita,
Bahagia dunia,masuk ke syurga.

#BuletinMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MyMAYC #MAYCNegeriKelantan #MAYCKelantan #PusatKhidmatDunJelawat  #67TahunBersatuMaju #BersatuMaju #SMKPakBadol #SMKTeratakPulai #SMKSriGunung #SMKKubangTelaga #SMKJelawat #Jelawat #Bachok #Kelantan




 

KEM MOTIVASI ONLINE SPM PERINGKAT DUN JELAWAT BAGI SMK KUBANG TELAGA 17 FEBUARI 2021











KEM MOTIVASI ONLINE PERINGKAT DUN JELAWAT 
Tarikh    : 17 Febuari 2021(Selasa)
Masa     : 8 Malam hingga 10 Malam
Dirasmikan oleh  :  YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat

Turut hadir semalam Yang Berusaha Puan Sarina Yusof Selaku Kaunselor SMK Kubang Telaga(Mewakili Puan Pengetua SMK Kubang Telaga) serta beberapa wakil saf kepimpinan Pentadbiran SMK Kubang Telaga

Terima Kasih Saudara Zaharin Azhar selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok sebagai tulang belakang untuk menjayakan program KMODJ dan Ummi Aida selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok sebagai Pengacara Majlis pada program semalam.

Terima Kasih Puan Rozana selaku Ahli Majlis Daerah Bachok sudi sertai bersama pada majlis perasmian semalam.Terima Kasih Red Consultancy menguruskan program pada semalam.

Encik Mohd Hakimi selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan dan Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok  turut sama dalam program semalam.

Terima Kasih dan Semoga Berjaya kepada belia dan beliawanis SMK Kubang Telaga bagi menempuhi SPM pada 22 Febuari 2021.

#SmkKubangTelaga #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaGunong #KMODJ #RedConsultancy #KelabBeliaKgKuinPasir #PusatKhidmatDunJelawat

 

KEM MOTIVASI ONLINE SPM PERINGKAT DUN JELAWAT BAGI SMK JELAWAT 16 FEBUARI 2021










KEM MOTIVASI ONLINE PERINGKAT DUN JELAWAT 
Tarikh    : 16 Febuari 2021(Selasa)
Masa     : 8 Malam hingga 10 Malam
Dirasmikan oleh  ; YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat

Turut hadir malam ini Yang Berusaha Ustaz Rosidi Ramli selaku Pengetua SMK Jelawat serta beberapa wakil saf kepimpinan Pentadbiran SMK Jelawat

Terima Kasih Saudara Zaharin Azhar selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok sebagai tulang belakang untuk menjayakan program KMODJ dan Ummi Aida selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok sebagai Pengacara Majlis pada malam ini.

Terima Kasih Puan Rozana selaku Ahli Majlis Daerah Bachok sudi sertai bersama pada majlis perasmian malam ini.Terima Kasih Red Consultancy menguruskan program pada malam ini.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Wan Arishah selaku Ketua Penerangan MAYC Kawasan Bachok  turut sama dalam program malam ini.

Terima Kasih dan Semoga Berjaya kepada belia dan beliawanis SMK Jelawat bagi menempuhi SPM pada 22 Febuari 2021.

#SmkJelawat #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaGunong #KMODJ #RedConsultancy #KelabBeliaKgKuinPasir #PusatKhidmatDunJelawat


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...