Saturday, July 30, 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM PINTU GERBANG TAWANG 2022







"PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM PINTU GERBANG TAWANG 2022"

TAWANG,31 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Kelab Belia Wakaf Zin atas penganjuran Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Pintu Gerbang.Program kali ini dikendalikan oleh keluarga Kelab Belia Wakaf Zin.

Saudari Nurul Hajar Nazwa binti Mohd Isa selaku Penyelaras MAYC Kawasan Bachok N20 Dun Tawang merangkap Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin berkata,pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh kepimpinan MAYC Kawasan Bachok kerana memberi sokongan untuk menjayakan program kali ini.Penyertaan kali ini dianggarkan 25 orang hingga 40 orang sahaja.

Terima kasih Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Azura selaku Exco MAYC Kawasan Bachok serta wakil Srikandi MAYC Kawasan Bachok yang sudi turun memberi sokongan untuk program ini.Terima kasih Saudara Fadzeli selaku Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok serta wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok yang sudi turun bagi sokongan.Terima kasih kepada anggota RELA Daerah Bachok yang turun bersama.

Terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.Terima kasih Ekspress Perdana,Eniq World Design & Hardware Sdn Bhd,Janna Trading,AFY Gemilang Enterprise,Kota Bharu Basikal Trading atas sokongan untuk program kali ini.

Terima kasih Puan Mimi Marini binti Mahmood selaku Pembantu Belia dan Sukan Daerah Bachok yang sudi turun memantau program kali ini mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

                              Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang




 

Friday, July 29, 2022

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1444HIJRAH/1 MUHARRAM 1444H


"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1444HIJRAH/1 MUHARRAM 1444H"

BACHOK,30 Julai 2022 - Seluruh keluarga MAYC Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1444 Hijrah kepada semua ummat Islam di Seluruh Dunia.

Semoga tahun baru ini dapat menguatkan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan demi Agama,Bangsa dan Tanah Air.

                                 Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

Saturday, July 23, 2022

MAYC KAWASAN BACHOK JALINKAN KERJASAMA UNTUK BUKA PELUANG PEKERJAAN DAN PENDAPATAN BERSAMA DEGO MALAYSIA


"MAYC KAWASAN BACHOK JALINKAN KERJASAMA  UNTUK BUKA PELUANG PEKERJAAN DAN PENDAPATAN BERSAMA  DEGO MALAYSIA"

Jom daftar sebagai rider DEGO Malaysia secara PERCUMA,tekan link dibawah :

https://tinyurl.com/23xgplja

                                Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

DEGO MALAYSIA BUKA PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS


"DEGO MALAYSIA  BUKA  PELUANG UNTUK  GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS"

KUALA LUMPUR,24 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat DEGO Malaysia kerana memberi peluang untuk MAYC Kawasan Bachok bersama demi memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan beliawanis diluar sana.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan,Tanah,Strategik,NGO dan Pelancongan MAYC Kawasan Bachok berkata,peluang pekerjaan yang disediakan oleh syarikat DEGO Malaysia amat bagus dalam sektor pelancongan dan pengangkutan di Malaysia.Ianya merupakan syarikat yang pertama menyediakan platform pengangkutan angkut penumpang dengan motorsikal.

Peluang ini amat bagus jika dibuat di Kelantan dan juga ditempatkan dalam kawasan hotspot pelancongan dan hotspot lokalti IPTA/IPTS.Golongan belia dan beliawanis diluar sana,MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan penyertaan kalian untuk daftar sebagai RIDER DEGO MALAYSIA.Ini merupakan peluang kepada golongan belia dan beliawanis Kelantan yang berada di Sekitar Wilayah Persekutuan.Insya Allah ada rezeki kelak DEGO MALAYSIA akan memasuki Negeri Kelantan termasuklah Daerah Bachok.

Jom daftar sebagai rider DEGO Malaysia secara PERCUMA,tekan link dibawah :

https://tinyurl.com/23xgplja

                                Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI BENGKEL TADBIR URUS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022


   "MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI  BENGKEL TADBIR URUS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022"

KOTA BHARU,24 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok telah sertai Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan anjuran Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Saudari Suriani binti Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok berkata,bengkel kali ini MAYC Kawasan Bachok disertai seramai 5 orang pemegang jawatan.Delegasi-delegasi MAYC Kawasan Bachok yang sertai bengkel kali ini  terdiri daripada wakil Majlis Tertinggi MAYC Kawasan Bachok dan Wakil Biro Srikandi MAYC Kawasan Bachok.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok :
1.Suriani Ramle(Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok)
2.Nik Nur Amni Madihah binti Nik Man(Bendahari MAYC Kawasan Bachok)
3.Syamimi Wahidah Binti Khairul Hazaha(Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok)
4.2 orang wakil Biro Srikandi MAYC Kawasan Bachok

Bengkel sebegini dapat memberi lebih lagi pendedahan,ilmu,pelaksanaan tentang pengurusan pertubuhan belia darisegi dokumentasi MYKD yang perlu dihantar setiap tahun di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)

.Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Shamsul bin Musa,Ketua Penolong Pendaftar ROY dan turun dihadiri oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria selaku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan diiringi oleh Puan Hasliza binti Mohd Zin selaku Pegawai ROY Zon Timur.

                                   Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang

SAHABAT FC TEWAS PERINGKAT KUMPULAN MSL NEGERI KELANTAN 2022


"SAHABAT FC TEWAS PERINGKAT KUMPULAN MSL NEGERI KELANTAN 2022"

KOTA BHARU,23 Julai 2022- Pasukan Sahabat FC tewas peringkat kumpulan dalam saingan Liga MSL Negeri Kelantan.

Perlawanan pertama seri dengan pasukan Kota Bharu B.Manakala Perlawanan Kedua MENANG 1 gol berbalas 0 dengan Pasir Puteh B.Manakala tewas dengan pasukan Tumpat B perlawanan ketiga.

Saudari Syamimi Binti Khairul Hazaha selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok berkata,ini merupakan satu permulaan untuk Srikandi MAYC Kawasan Bachok melebarkan sayapnya memperkasakan Srikandi MAYC Kawasan Bachok.Srikandi MAYC Kawasan Bachok tetap bersemangat untuk membawa obor MAYC Kawasan Bachok.Jatuh bangun bersama keluarga MAYC tetap KEKAL.

Katanya lagi,Srikandi MAYC Kawasan Bachok mengalukan lebih ramai lagi golongan beliawanis sekitar Daerah Bachok sertai MAYC Kawasan Bachok.Insya Allah Srikandi MAYC Kawasan Bachok akan bangkit kembali untuk kejohanan seterusnya.

    Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

Wednesday, July 20, 2022

JOM SAMBUNG BELAJAR DI IKTBN BACHOK


"JOM SAMBUNG BELAJAR DI  IKTBN BACHOK"

BACHOK,21 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok menyeru kepada semua golongan belia dan beliawanis yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang TVET boleh lanjutkan pelajaran anda di IKTBN Bachok.

Pelbagai bidang pelajaran disediakan seperti :

1.Diploma Teknologi Awam(Lukisan Senibina)
2.Diploma Teknologi Awam(Penyeliaan Awam & Struktur)
3.Sijil Lanjutan Teknologi Awam(Pembuat Perabot & Hiasan Dalaman)
4.Sijil Teknologi Awam(Scaffolding-Tubular)
5.Sijil Teknologi Awam(Pengendali Kren Menara)
6.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif(Penyelenggaraan Kereta)
7.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif(Penyelenggaraan Kenderaan Dagangan)
8.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif(Penyelenggaraan Jentera Berat)
9.Sijil Lanjutan Teknologi Automotif(Semburan Cat)
10.Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti(Penyediaan Makanan)
11.Sijil Lanjutan Hospitaliti (Penyediaan Pastri)
12.Sijil Lanjutan Hospitaliti (Penyajian)

Jawatankuasa Tetap Pendidikan MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan lebih ramai lagi golongan belia dan beliawanis menceburi bidang pelajaran TVET yang disediakan di IKTBN Bachok.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi 

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok,16300 Bachok,Kelantan DarulNaim.

Tel : 09-778770
    Faks : 09-7787712


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #IKTBNBachok #ILKBS #KBS #JBSN

 

MAYC KAWASAN BACHOK MENYERU AGAR SEMUA RAKYAT DAERAH BACHOK BERGANDING BAHU DALAM KEMPEN JOM BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH


"MAYC  KAWASAN BACHOK MENYERU AGAR SEMUA  RAKYAT DAERAH BACHOK BERGANDING BAHU DALAM KEMPEN JOM BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH"

BACHOK,21 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Alam Sekitar dan MAYC Care MAYC Kawasan Bachok menyeru seluruh rakyat Daerah Bachok agar berganding bahu dalam Kempen Jom Buang Sampah Dalam Tong Sampah.

Didapati kebanyakkan masih mengamalkan sikap buang sampah diluar tong sampah di rumah sampah sekitar Daerah Bachok yang disediakan oleh Majlis Daerah Bachok.Masyarakat sekitar Daerah Bachok perlu mengambil peranan penting demi menceriakan persekitaran Daerah Bachok.Ayuh kita jadikan Daerah Bachok sebagai Daerah IKON di Negeri Kelantan.Jika kita tidak berganding bahu bersama,impian ini tidak dapat direalisasikan.Golongan Veteran bersama golongan belia dan beliawanis perlu berganding bahu demi mewujudkan masyarakat yang intelek.

Sikap meletakkan "SAMPAH ATAS BUMBUNG" atau "SAMPAH ATAS BONET KERETA" tidak boleh diamalkan oleh masyarakat sekitar Daerah Bachok kerana apabila sampah tersebut jatuh di tengah jalan akan berlaku pelbagai pemasalahan dan bau.

Ayuh Rakyat Daerah Bachok kita sama-sama berganding bahu demi keceriaan,kelestarian dan kesejahteraan demi kemakmuran masyarakat sekitar Daerah Bachok.

                                    Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

100 ORANG DIPERLUKAN UNTUK MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASAKAN KOPERASI MAYC KAWASAN BACHOK




"100 ORANG DIPERLUKAN UNTUK MEWUJUDKAN DAN MEMPERKASAKAN KOPERASI MAYC KAWASAN BACHOK"

BACHOK,21 Julai 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok bakal mewujudkan satu koperasi iaitu Koperasi MAYC Kawasan Bachok.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,penubuhan Koperasi MAYC Kawasan Bachok yang bakal ditubuhkan kelak bertujuan untuk menjana income untuk memperkasakan lagi darisegi penganjuran program kemasyarakatan dibawah kelolaan MAYC Kawasan Bachok dan mempromosikan produk jualan setiap ahli MAYC Kawasan Bachok.

Katanya,beliau memerlukan keahlian yang bertanggungjawab dan komited demi memperkasakan lagi Koperasi MAYC Kawasan Bachok dan tidak mengharapkan "YURAN PERCUMA" atau "YURAN RM10".Sesuatu pertubuhan atau pergerakan memerlukan Setiausaha yang "CEKAL" dalam sebuah perjuangan.Insya Allah jika sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan,dividen untuk setiap ahli Koperasi MAYC Kawasan Bachok akan dapat diagihkan setiap tahun.Katanya lagi,beliau juga memerlukan golongan belia yang mempunyai strategik mantap dalam bidang perniagaan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi MAYC Kawasan Bachok kelak.

Insya Allah dengan penubuhan Koperasi MAYC Kawasan Bachok kelak dapat membantu sedikit sebanyak dalam beberapa sektor demi memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan beliawanis.Harapan agar golongan belia dan beliawanis "TIDAK MEMILIH KERJA" demi meneruskan kehidupan seharian.

Jom daftar keahlian penaja Koperasi MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah :

https://tinyurl.com/DaftarPenajaKOPMAYCBachok2022

                                    Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju


 


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...