Monday, April 12, 2021

PRA-PERBINCANGAN UNTUK KARNIVAL KERJAYA MAYC KAWASAN BACHOK 2021


PRA-PERBINCANGAN UNTUK KARNIVAL KERJAYA  MAYC KAWASAN BACHOK 2021

11 April 2021

Gua Musang -Terima Kasih MAYC Negeri Kelantan kerana memberi peluang kepada MAYC Kawasan Bachok jadi tuan rumah untuk Karnival Kerjaya.

Perbuncangan dilakukan antara Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Ezri selaku Setiausaha MAYC Negeri Kelantan.

Disaksikan oleh Keri Boy selaku Setiausaha MAYC Kawasan Gua Musang.


Terima Kasih Keri Boy selaku Setiausaha MAYC Kawasan Gua Musang bawa singgah ke Kedai Makan Oghe Bachok di Gua Musang.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.

Anda ingin mencari kerja?boleh email kepada kami resume untuk kami salurkan permohonan anda kepada MyFutureJob,Job Malaysia dan Agensi Pekerjaan.

#MyMAYC #KelateSkills #MAYC #MAYCKelantan #MAYCKawasanBachok #Bachok #Kelantan
 

ZIARAH PENGHUJUNG NIFSU SYAABAN SEMPENA RAMADHAN 1442H MENJELANG TIBA






ZIARAH PENGHUJUNG NIFSU  SYAABAN SEMPENA RAMADHAN 1442H MENJELANG TIBA

Bachok  - MAYC Kawasan Bachok mengadakan sesi ziarah penghujung Nifsu Syaaban sambil buat penyerahan kurma kepada Ahli Jawatankuasa yang sempat berjumpa.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok menyampaikan sumbangan kurma Safawi untuk AJK MAYC Kawasan Bachok yang sempat diziarahnya.

Penerima kurma kali ini terdiri daripada EXCO MAYC Kawasan Bachok dan Majlis Tertinggi seperti berikut  :-

1. Nik Ashraf 
2,Nur AIn Syuhada
3.Nazrin Faiz
4.Ekin
5.Hafizudin 
6.Khairul
7.Hajar
8.Alia Arisa
9.Azuwan
10.Ekin
11.Aziehan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1442 HIJRAH SEMUA



 

ZIARAH UKHWAH BELIA 2.1(ZUMB 2.1) KE RUMAH TIMBALAN PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN


10 APRIL 2021

ZIARAH UKHWAH BELIA 2.1(ZUMB 2.1) KE RUMAH TIMBALAN PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN

Wakaf Zin - Delegasi MAYC Kawasan Bachok mengadakan sesi ziarah ukhwah belia sempena penghujung syaaban dan ramadhan bakal menjelang tiba.
 
Ziarah kali ini ke rumah Saudara Khairul selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin.Khairul mengalami kecederaan ringan kerana kemalangan jalan raya di Lurah Birut.

Khairul juga merupakan Pegawai di Pejabat YB Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Wanita.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Mohd Nazrin Faiz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa MAYCare Kawasan Bachok.

Semoga Saudara Khairul cepat sembuh.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaWakafZin

 

Sunday, April 11, 2021

PROGRAM SANTAI PETANG BERSAMA UNIT INSFUSI TABUNG DARAH HUSM DI RV ROOFTOP BACHOK







PROGRAM SANTAI PETANG BERSAMA UNIT INSFUSI TABUNG DARAH HUSM

10 April 2021

Bachok - MAYC Kawasan Bachok & RELA Bachok menyantuni Staf Unit Insfusi Tabung Darah HUSM.

Terima Kasih YB Mohd Huzaimy Adun Pantai Irama atas sumbangan Program Santai Petang di RV Rooftop Bachok.

Terima Kasih RV Rooftop Bachok menyediakan tempat yang selesa,makanan sangat sedap menjilat jari dan staf yang peramah.

Jom Datang mendarat di RV Rooftop Bachok.Luangkan masa berharga bersama keluarga bersama RV RoofTop Bachok.

Sebarang Pertanyaan @ Booking boleh hubungi ditalian :
014-3234577

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYC #RVRoofTopBachok #MakananSedapBachok #ShellOutNo1DiBachok #RooftopNo1DiBachok

 

ZIARAH UKHWAH BELIA 2.1 SAUDARA EKRAM ROHAKIMI SELAKU PEMERIKSA KIRA-KIRA MAYC KAWASAN BACHOK




ZIARAH UKHWAH BELIA 2.1 SAUDARA EKRAM ROHAKIMI SELAKU PEMERIKSA KIRA-KIRA MAYC KAWASAN BACHOK

10  April 2021

Urusetia Program Derma Darah Sukarela Siri 1/2021 turun ziarah Saudara Ekram Rohakimi selaku Pemeriksa Kira-Kira MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Usahawan Dan Ekonomi MAYC Kawasan Bachok.

Kami mendoakan agar Saudara Ekram Rohakimi cepat sembuh seperti sediakala.

#ZiarahUkhwahBelia #Zumb2.1 #MyMAYC #MAYCKawasanBachok

 

ADUN PANTAI IRAMA HADIR DI PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021










ADUN PANTAI IRAMA HADIR DI PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021

10 April 2021 

Kemudi - Adun Pantai Irama hadir di Program Derma Darah Sukarela Siri 1/2021.YB Mohd Huzaimy selaku ADUN Pantai Irama hadir pada jam 2 Petang.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,kehadiran ADUN ke program sebagai pelengkap untuk belia lihat betapa kepimpanan tempatan "BERJIWA BESAR".

YB Mohd Huzaimy disambut oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Encik Mohd Hasrol Bin Hasan selaku Penolong Pegawai RELA Daerah Bachok dan Staf Unit Transfusi Tabung Darah HUSM.

Mohd Nazrin Faiz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi MAYCare Kawasan Bachok mengiringi YB Mohd Huzaimy selaku ADUN Pantai Irama untuk pemeriksaan kesihatan dan derma darah.

Sebelum YB berangkat pulang,YB menyempurnakan Majlis Penyampaian cenderahati kepada Seluruh Staf Unit Transfusi Tabung Darah HUSM yang membantu menjayakan Program Derma Darah Sukarela Siri 1/2021.

Terima Kasih YB sudi singgah ke program kami.Program ini anjuran bersama Unit Transfusi Tabung Darah HUSM,RELA Bachok,MAYC Kawasan Bachok(MAYCare Kawasan Bachok)  kerjasama Alumni Parlimen Belia Malaysia.

Terima Kasih kepada 22 orang penderma yang sudi hadir derma darah.

#MyMAYC #MAYC #MAYCKawasanBachok #Kelantan #DermaDarah #RELABachok #UnitTransfusiTabungDarahHUSM #HUSM 



 

TERIMA KASIH 22 ORANG PENDERMA DARAH DI PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021







TERIMA KASIH 22 ORANG PENDERMA DARAH DI PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI  1/2021

10 April 2021

Kemudi - Urusetia Program mengucapkan ribuan terima kasih kepada 22 orang penderma darah dan pengunjung yang sudi hadir di Balai Raya Padang China Kemudi Bachok Kelantan.

Lebih kurang 10-15 orang tidak dapat menderma disebabkan beberapa faktor penyakit darisegi jantung,kencing manis dan lain-lain.

Semoga kalian semua dimurahi rezeki atas bagi bantuan darah kepada yang sangat memerlukan.Jasa kalian semua amat bermakna kepada pesakit yang memerlukan bantuan darah.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #RELABachok #AlumniParlimenBeliaMalaysia #MAYC #UnitTransfusiTabungDarahHUSM


 

DELEGASI UMNO BAHAGIAN BACHOK HADIR DI PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021














DELEGASI  UMNO BAHAGIAN BACHOK HADIR DI PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021

10 April 2021 

Kemudi - UMNO Bahagian Bachok turun ke Program Derma Darah Sukarela Siri 1/2021 di Balai Raya Padang China Kemudi.

Delegasi UMNO Bahagian Bachok diwakili oleh Datuk Mohd Zain Bin Yassim selaku Ketua UMNO Bahagian Bachok dan Hasparudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bachok.

Terima Kasih sudi hadir.Kehadiran mereka disambut oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Encik Mohd Hasrol Bin Hasan selaku Penolong Pegawai RELA Daerah Bachok dan Staf Unit Transfusi Tabung Darah HUSM.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #RELABachok #PadangChina #Kemudi

 

PENYERAHAN VOUCHER MINYAK MOTOR DI CALTEX KEMUDI



10 APRIL 2021

PENYERAHAN  VOUCHER MINYAK MOTOR DI CALTEX KEMUDI

Terima Kasih kerana sudi hadir derma darah.Penyerahan kali ini diserahkan oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok kepada penderma darah.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #RELABachok
 

PENYERAHAN VOUCHER GUNTING RAMBUT PERCUMA UNTUK 8 ORANG PENDERMA DARAH









PENYERAHAN VOUCHER GUNTING RAMBUT PERCUMA UNTUK 8 ORANG PENDERMA DARAH

1O APRIL 2021

Terima Kasih kepada 8 Orang penderma darah yang sudi hadir derma darah.Tahniah kepada 8 orang penderma darah dapat Voucher Gunting Rambut Percuma di Khorie BaberShop Pekan Jelawat.Boleh hubungi ditalian 010-3382769(Khorie)

Terima Kasih kepada hamba Allah yang menyumbang 8 keping voucher untuk 8 orang penderma darah.Semoga kalian semua terus dimurahi rezeki

Terima Kasih Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok sudi turun bagi sokongan padu untuk Program Derma Darah Sukarela Siri 1.

#BaberShopPekanJelawat #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #RELABachok



 

CABUTAN BERTUAH SIMCARD HALO GO (HALO TELCO)











10 APRIL 2021

CABUTAN BERTUAH SIMCARD HALO GO (HALO TELCO)

Alhamdulillah Simcard HALO Telco dapat diagihkan kepada 10 orang penderma darah.Terima Kasih Encik Roslan daripada EXCO Majlis Belia Negeri Kelantan sudi turun ke Program Derma Darah Padang China Kemudi.

Encik Roslan menyerahkan simcard terus kepada Mohd Nazrin Faiz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi MAYCare Kawasan Bachok.

Terima Kasih Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok atas sumbangan 10 keping simcard Halo GO(Halo Telco).Semoga perniagaan terus dimurahi rezeki dan dipermudahkan setiap hari.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok






 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...