Wednesday, March 31, 2021

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN MAYC KAWASAN BACHOK BERSAMA HALIM YAZID PENYANYI DIKIR BARAT KELANTAN


 



PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN MAYC KAWASAN BACHOK BERSAMA  HALIM YAZID PENYANYI DIKIR BARAT KELANTAN

31 MAC 2021

Pekan Gunong - Kelab Belia Gunong sempat bersama Halim Yazid.Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Afif Azli selaku Pengerusi Biro Kebajikan  MAYC Kawasan Bachok.

Saudara Afif sempat bersama Halim Yazid untuk dapatkan  satu set Album Lagu Dikir Barat daripada Halim Yazid.

Jom support dan beli pakat boleh dengar koleksi lagu-lagu Dikir Barat  daripada Abe Halim Yazid.

Hubungi Abe Halim Yazid ditalian 019-9865151.

Dikir Barat Kelantan Mutu Kebudayaan Tarikan Kelantan.

#MAYCKawasanBachok  #AfifAzli #HalimYazid #DikirBaratKelantan #PekanGunong

40 ORANG SUKARELAWAN MYVAC DIPERLUKAN DI BACHOK


40 ORANG SUKARELAWAN MYVAC DIPERLUKAN DI BACHOK


Bachok perlukan 40 orang sukarelawan untuk ditempatkan di dua tempat Pusat Pemberian Vaksin!!! Jom guyss daftar segera!!

Daftar sebagai MyVac

Jom Daftar Sekarang !!!

#MyVAC #SukarelawanBelia #Sukarelawati


 

Tuesday, March 30, 2021

PROGRAM INFAQ JELAJAH IHYA RAMADHAN MAYC KAWASAN BACHOK 1442H/2021


PROGRAM INFAQ JELAJAH IHYA RAMADHAN 
MAYC KAWASAN BACHOK 1442H/2021

INFAQ RAMADHAN MELALUI PAKEJ DISEDIAKAN

"Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa"


          "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga  diri si penderma dengan sebab sedekahnya"
(Hadis Riwayat Tabrani)


PAKEJ A
RM50
1. Beras (5Kg)
2. Kicap
3.Sardin Viral
4.Telur
5.Kurma
6.Minyak Masak
7.Facemask

PAKEJ B

RM100
1.Beras(10Kg)
2.Ayam
3.Bihun Sufi
4.Sardin Viral
5.Telur
6.Kurma
7.Minyak Masak
8.Garam
9.Gula
10.Kicap
11.Air Mineral
12.Facemask
13.Hand Sanitizer
14.Biskut

PAKEJ C

RM150
1.Beras(10kg)
2.Ayam
3.Ikan
4.Bihun Sufi
5.Sardin Viral
6.Telur
7.Kurma 
8. Minyak Masak
9. Garam
10. Gula
11.Kicap
12. Air Mineral
13.Facemask
14.Hand Sanitizer
15.Biskut Raya
16.Susu

PAKEJ TAJAAN IHYA RAMADHAN PLATINUM,GOLD,SILVER

BERBUKA/IFTAR

PLATINIUM
RM2,000

GOLD
RM1,000

SILVER
RM500

MOREH

PLATINUM
RM600

GOLD
RM400

SILVER
RM200

SAHUR

PLATINUM
RM900

GOLD 
RM600

SILVER
RM300

DUIT RAYA

PLATINUM
RM300

GOLD
RM200

SILVER
RM100


MASIH ADA SAYANG
-Sumbangan untuk ibu tunggal dan fakir miskin
-Sumbangan untuk asnaf dan anak-anak yatim
-Sumbangan kepada golongan OKU yang terjejas dan keuzuran
-Iftar/Sahur di Rumah Tahfiz Dan Rumah Anak Yatim
-Sumbangan Makanan Iftar/Sahur kepada Barisan Hadapan Negara
-Sumbangan  Makanan Untuk Gelandangan

SUMBANGAN INFAQ ANDA BOLEH SALURKAN KE AKAUN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(M.A.Y.C) KAWASAN BACHOK KELANTAN

0300941100035239(Bank Simpanan Nasional)

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Urusetia Program :

URUSETIA LEMBAH KLANG/SELANGOR
Faris     :  http://www.wasap.my/60199524937/UrusetiaIhyaRamadhanAnakPerantauMAYCKawasanBachok

URUSETIA BACHOK/KELANTAN
Afif  :   http://www.wasap.my/60133437086/UrusetiaiIhyaRamadhanBiroKebajikanMAYCKawasanBachok

URUSETIA KELAB BELIA GUNONG
Azuwan    : http://www.wasap.my/60199685940/UrusetiaIhyaRamadhanKelabBeliaGunong

URUSETIA KELAB BELIA WAKAF ZIN
Hajar   : http://www.wasap.my/60126512049/UrusetiaIhyaRamadhanKelabBeliaWakafZin

URUSETIA KELAB BELIA KG KUIN PASIR
Wan Arishah :  http://www.wasap.my/601111453157/UrusetiaIhyaRamadhanKelabBeliaKgKuinPasir

"JOM DERMA DAN JOM BERINFAQ PROGRAM IHYA RAMADHAN MAYC KAWASAN BACHOK"

#JomMenderma #JomBerinfaq #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCare #IhyaRamadhan #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #Belia #Beliawanis #Sahur #Moreh #Iftar #BerbukaPuasa #JomSumbangWalaupunRM10 #LembahKlang #Kelantan #KualaLumpur #Selangor #JomDermaIhyaRamadhan #Bachok #WakafZin #Gunong #KuinPasir #Jelawat

Monday, March 29, 2021

2 WAKIL MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2021 KATEGORI INDIVIDU



 

2 WAKIL MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2021 KATEGORI INDIVIDU

26-27 MAC 2021

Panji - 2 Wakil MAYC Kawasan Bachok sertai Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2021 Kategori Individu.

Kategori Individu Lelaki diwakili oleh Mohd Nazrin Faiz selaku Pengerusi MAYCare Kawasan Bachok.Manakala Nur Liyana Ayunni mewakili MAYC Kawasan Bachok dalam kategori wanita.

Terima Kasih Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok kerana memberi ruang dan peluang kepada MAYC Kawasan Bachok untuk hantar wakil dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Kategori Individu 2021.

Gambar Kredit By : Hafizul Nizam (YDP Majlis Belia Negeri Kelantan)

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok

KUNJUNGAN SANTAI BERTEMU SETIAUSAHA SULIT KANAN YB TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN


KUNJUNGAN SANTAI BERTEMU SETIAUSAHA SULIT KANAN YB TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

29 Mac 2021

Putrajaya  - MAYC Kawasan Bachok sekali lagi mengadakan kunjungan santai bertemu Encik Mohd Syazwan Bin Zahari selaku Setiausaha Sulit Kanan YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib selaku Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Terima Kasih Encik Mohd Syazwan Bin Zahari selaku Setiausaha Sulit Kanan YB Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib selaku Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kerana sudi menerima kunjungan santai ini.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #TimbalanMenteriKPKT #KPKT #PerumahanDanKerajaanTempatan  #Bachok #Putrajaya #Kelantan 


 

KUNJUNGAN SANTAI UKHWAH BERTEMU MAJLIS BELIA KAWASAN SEGAMBUT


KUNJUNGAN SANTAI UKHWAH BERTEMU MAJLIS BELIA KAWASAN SEGAMBUT

29 MAC 2021

Segambut - MAYC Kawasan Bachok  mengadakan kunjungan santai di Segambut bertemu Majlis Belia Kawasan Segambut.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok bertemu Puan Roza Nurul Nadia Binti Mohamad Johar selaku Pengerusi Majlis Belia Kawasan Segambut merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Segambut dan Puan Shafirah Shafiee selaku Pengerusi Tetap Majlis Belia Kawasan Segambut merangkap Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Segambut.

Terima Kasih Puan Roza selaku Pengerusi Majlis Belia Kawasan Segambut sudi menerima kunjungan santai ini dan terus mengeratkan hubungan ukhwah tanpa sempadan antara persatuan belia sekitar.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MajlisBeliaKawasanSegambut

Sunday, March 28, 2021

DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK BERSAMA DATO ROWI CEO ENIQ WORLD GROUP


WAKIL MAYC BACHOK  BERSAMA DATO ROWI MERUPAKAN CEO ENIQ WORLD  GROUP

27 MAC 2021

Bachok : Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok sempat bertemu dengan CEO Eniq World Group selepas menghadiri jemputan Majlis Kenduri Perkahwinan Puan Nurul Hajar selaku Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin.

Dato Rowi merupakan salah seorang usahawan muda yang BERJAYA  di Kg Wakaf Aik Tawang.Anda yang ingin mencari barangan binaan bolehlah hubungi Eniq World Design &  Hardware Sdn Bhd ditalian 09-7767777 atau boleh berkunjung terus ke kedai di Lot PT 155,Kampung Beris Panchor,16020 Bachok Kelantan.

Terima Kasih Dato Rowi yang banyak buka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada belia dan beliawanis dalam Kawasan Bachok terutama Dun Tawang.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #EniqWorldGroup #Tawang #Bachok #Kelantan

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(M.A.Y.C) KAWASAN BACHOK KALI KE-2/2021










MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(M.A.Y.C) KAWASAN BACHOK  KALI KE-2/2021

28 Mac 2021

Bachok - MAYC Kawasan Bachok selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2/2021 sempena Nifsu Syaaban  15 Syaaban 1442.

Kali ini,pihak kepimpinan MAYC Kawasan Bachok membuat kelainan tersendiri untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan melalui Platform Google Meeting secara Virtual.Inisiatif ini dibuat oleh kerana ingin menjauhi daripada pendemik Covid-19.

Sempena Malam Nifsu Syaaban,seluruh Perwakilan yang hadir menadahkan tangan memohon kepada Allah S.W.T.  agar dapat meneruskan perjuangan,menempuhi Bulan Ramadhan 1442 dengan baik.

Selain itu,AGM MAYC Kawasan Bachok kali ini diwakili oleh 3 Pembahas Usul iaitu Pembahas Pertama Saudara Mohd Nazrin Faiz selaku Pengerusi MAYCare Kawasan Bachok,Wan Mu'az Pengerusi Jawatankuasa Rakan Muda MAYC Kawasan Bachok dan Wan Naziq selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok.

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C) Kawasan Bachok Kali Ke-2/2021 dirasmikan oleh YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat merangkap Penaung MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Puan Rozana selaku Ahli Majlis Daerah Bachok sudi hadir bersama dalam Mesyuarat Agung MAYC Kawasan Bachok Kali Ke-2/2021.Terima Kasih kepada perwakilan daripada Ahli Gabungan MAYC Kawasan Bachok iaitu Perwakilan Daripada Kelab Belia Gunong,Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat dan Kelab Belia Wakaf Zin.

Tahniah Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Seluruh Kepimpinan kerana KEKAL dilantik untuk meneruskan legasi kepimpinan MAYC Kawasan Bachok bagi penggal 2020-2022.

Terima Kasih kepada semua perwakilan yang sudi hadir.Terima Kasih kepada Puan Nurul Hajar Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin,Wan Arishah Pengerusi Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat dan Saudara Muhammad Azuwan Bin Mazelam selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Gunong sudi hadir AGM MAYC Kawasan Bachok Bil.2/2021.

Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap EXCO MAYC Negeri Kelantan mewakili Pengerusi MAYC Negeri Kelantan dan Seluruh Kepimpinan MAYC Negeri Kelantan hadir dalam AGM MAYC Kawasan Bachok Kali Ke-2/2021 dan menyampaikan salam kepada Seluruh Kepimpinan MAYC Kawasan Bachok dan memberi kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan bagi memperkasakan persatuan-persatuan belia dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok.Insya Allah kami teruskan perjuangan Allahyarham Dato Dr Ilias Husain yang merupakan Mantan Naib Presiden MAYC Kebangsaan dan juga Pengerusi Persatuan Veteran MAYC Kawasan Bachok.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato Dr Ilias Husain.


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaWakafZin #KelabBeliaKgKuinPasirJelawat #KelabBeliaGunong

 

USAI SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI INDIVIDU PERINGKAT NEGERI KELANTAN



"USAI SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA KATEGORI INDIVIDU PERINGKAT NEGERI KELANTAN"

26-27 MAC 2021

Panji - Usai sudah penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Peringkat Negeri Kelantan ...hanya menunggu keputusan sahaja...

Kategori Lelaki

Mohd Nazrin Faiz
(Pengerusi Jawatankuasa MAYCare Kawasan Bachok)

Kategori Wanita

Nur Liyana Ayunni Zukri
(Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang MAYC Kawasan Bachok)

Sama-sama kita doakan yang terbaik kepada Wakil MAYC Kawasan Bachok agar mendapat membawa pulang KEJAYAAN Demi BACHOK TERCINTA !!!!

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #TeamMAYCareBachok #bachok  #SemogadapatKejayaan #insyaallahusahadantawakallahkpdallah


 

SELAMAT PENGANTIN BARU PUAN HAJAR PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN







MAJLIS PERKAHWINAN HAJAR PENGERUSI KELAB BELIA WAKAF ZIN DAN PASANGANNYA BAIHAKI"

27 Mac 2021 

Tawang - MAYC Kawasan Bachok menghadiri jemputan Majlis Perkahwinan Puan Hajar dan Encik Baihaki di Tawang.Puan Hajar merupakan Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudari Nur Ain Syuhada selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok,Afif Azli selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan MAYC Kawasan Bachok dan Saudari Wan Nur Syuhada merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tanah,Kewangan dan Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok.

Kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Puan Hajar dan Encik Baihaki.Semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu dan mendapat zuriat bagi melahirkan pelapis masa depan negara.

"Selamat Pengantin Baru Puan Hajar dan Encik Baihaki"

#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MyMAYC #KelabBeliaWakafZin

 

KUNJUNGAN KE RUMAH PENGUSAHA SUSU KUDA DI PASIR PEKAN


"KUNJUNGAN KE  RUMAH PENGUSAHA SUSU KUDA DI PASIR PEKAN"

27 Mac 2021

Pasir Pekan : MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan ke Rumah Pengusaha Susu Kuda Di Pasir Pekan iaitu Encik Rozi.

Encik Rozi merupakan pengusaha Susu Kuda di Pasir Pekan dan juga Founder Produk Arjuna Sakti.Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Terima Kasih Encik Rozi sudi menerima kunjungan delegasi MAYC Kawasan Bachok.

Anda yang ingin mencari susu kuda di Daerah Tumpat boleh hubungi Encik Rozi ditalian 010-3855222.Encik Rozi juga selaku Pemilik RG Arabian Stable.RG Arabian Stable juga menyediakan Kelas Menunggang Kuda.Boleh hubungi Encik Rozi bagi pertanyaan harga Kelas Menunggang Kuda bagi anda yang tinggal di Daerah Tumpat ataupun sekitar Pasir Pekan.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok  #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #PENKB #SukanBerkudaKelantan #KudaKelantan #KelasMenunggangKudaTumpat #KelasMenunggangKudaKelantan #Kelantan

 

ZIARAH MAYC KAWASAN BACHOK KE RUMAH ABE ARIF VETERAN SUKAN BERKUDA KELANTAN


"ZIARAH MAYC KAWASAN BACHOK KE RUMAH ABE ARIF VETERAN SUKAN BERKUDA KELANTAN"

27 MAC 2021

Tumpat - MAYC Kawasan Bachok mengadakan Ziarah MAYC Kawasan Bachok(ZUMB 2.1) ke Rumah Abe Arif merupakan Veteran Sukan Berkuda Negeri Kelantan.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Ziarah ini bertujuan bagi mendekati Veteran-Veteran Sukan Berkuda Kelantan yang aktif di suatu ketika dahulu.Orang Muda harus berjiwa besar dengan mendekati Veteran-Veteran ini bagi mendapatkan khidmat nasihat untuk meneruskan delegasi kepimpinan yang HEBAT.

Terima Kasih Abe Arif  sudi menerima wakil kami untuk mengadakan sesi ZUMB 2.1.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #PENKB #SukanBerkudaKelantan #Kelantan

 

ZUMB 2.1 KE RUMAH ENCIK FAIZAL MANTAN SETIAUSAHA MAJLIS BELIA NEGERI KELANTAN


26 MAC 2021(JUMAAT)

"ZIARAH UKHWAH MAYC KAWASAN BACHOK 2.1 KE RUMAH ENCIK FAIZAL"

Tumpat - MAYC Kawasan Bachok mengadakan Ziarah Ukhwah MAYC Kawasan Bachok 2.1(ZUMB 2.1) Ke Rumah Encik Faizal yang keuzuran.

Encik Faizal merupakan Mantan Setiausaha Majlis Belia Negeri Kelantan dan juga aktivis penggerak belia di Tumpat.Beliau baru sahaja buat pembedahan dan mengalami keuzuran dengan kesihatan beliau.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok dalam sesi ZUMB 2.1 ini diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap EXCO MAYC Negeri Kelantan.

Semoga Encik Faizal segera sembuh seperti sediakala...

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok 

 

USAI PERBINCANGAN UNTUK PUSAT INTERNET KOMUNITI PEKAN JELAWAT


25 MAC 2021

"USAI PERBINCANGAN  UNTUK PUSAT INTERNET KOMUNITI PEKAN JELAWAT"

Pekan Jelawat - Pusat Internet Komuniti Pekan Jelawat membuat permohonan untuk keselesaan komuniti ke Pusat Internet Komuniti Pekan Jelawat.

Saudara Ahmad Faris yang juga antara penggerak komuniti dibawah Pusat Internet Komuniti Pekan Jelawat merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok mengadakan pertemuan dan perbincangan antara Chandek Lee selaku Ahli Majlis Daerah Bachok dan Zainal selaku Pemilik Tanah Pusat Internet Komuniti Pekan Jelawat.

Terima Kasih Chandek Lee selaku Ahli Majlis Daerah Bachok sudi menerima pertemuan ini dengan Pemilik Tanah.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #AhliMajlisDaerahBachok #PusatInternetKomunitiPekanJelawat

 

KUNJUNGAN BERTEMU PEGAWAI KADA DAERAH BACHOK


25 MAC 2021(KHAMIS)

"KUNJUNGAN BERTEMU PEGAWAI KADA DAERAH BACHOK"

Bator - MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan  bertemu Encik Wan Imran Bin Ab Rahman selaku Pegawai KADA Daerah Bachok.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan ukhwah antara agensi bersama MAYC Kawasan Bachok.Delegasi MAYC Kawasan Bachok dalam kunjungan kali ini diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.

Beberapa perkara diberi penerangan untuk delegasi MAYC Kawasan Bachok tentang peluang untuk belia dan beliawanis berpersatuan.Insya Allah hubungan ini akan terus diperkukuhkan lagi dan sentiasa terjalin erat ukhwah fillah antara agensi dan MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Pegawai KADA Daerah Bachok sudi menerima kunjungan santai ini.

#KADABachok #MAYCKawasanBachok #Bachok #MyMAYC

 

Thursday, March 18, 2021

KUNJUNGAN SANTAI BERTEMU PEGAWAI KHAS YB DATO HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT


KUNJUNGAN SANTAI BERTEMU PEGAWAI KHAS YB DATO HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT

17 Mac 2021

Putrajaya  - MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan santai bertemu Encik Mohamad Faizal Bin Che Yusof merupakan Pegawai Khas Hal Ehwal OKU kepada YB Dato Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff  selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Khairul Azri selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin.

Terima Kasih Encik Mohamad Faizal sudi menerima kunjungan kami.


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #KelabBeliaWakafZin 

 

Tuesday, March 16, 2021

ZIARAH UKHWAH MAYC KAWASAN BACHOK (ZUMB 2.1)


ZIARAH UKHWAH MAYC KAWASAN BACHOK (ZUMB 2.1)

15 Mac 2021

Tepus  : MAYC Kawasan Bachok mengadakan Ziarah MAYC Kawasan Bachok (ZUMB 2.1) ke Rumah Imam Muda Masjid Mukim Tepus.Saudara Hazwan merupakan Imam Muda Masjid Mukim Tepus.

Ziarah Ukhwah kali ini bertujuan berbincang beberapa perkara antara salah satunya mewujudkan Kelab Belia Tepus dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok.Selain itu,beberapa perbincangan bagi meneruskan hubungan ukhwah antara MAYC Kawasan Bachok dan Institusi Masjid sekitar.

ZUMB 2.1 ini diteruskan bagi memperkasakan lagi kempen "BELIA JOM KE MASJID" .

Ziarah ZUMB 2.1 diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Imam Muda Masjid Tepus Saudara Hazwan menyediakan "NASI DAGANG KELATE".

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MasjidMukimTepus

 

MAYC KAWASAN BACHOK MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU KETUA JAJAHAN BACHOK







KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU KETUA JAJAHAN BACHOK

15 MAC 2021

Bachok : MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan hormat bertemu Haji Mohd Farid Bin Dato' Haji Abdul Razak selaku Ketua Jajahan Bachok.

Kunjungan kali ini bertujuan bagi meneruskan hubungan ukhwah antara Ketua Jajahan Bachok antara MAYC Kawasan Bachok.Selain itu,beberapa perbincangan bagi memperkasakan lagi persatuan belia bawah gabungan MAYC Kawasan Bachok.

Beberapa penerangan juga diberi oleh Haji Mohd Farid selaku Ketua Jajahan Bachok untuk MAYC Kawasan Bachok meneruskan khidmat masyarakat untuk golongan belia berpersatuan dalam Bachok terutama dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Ekram Rohakimi selaku Pemeriksa Kira-Kira 2 MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Biro Keusahawanan MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Haji Mohd Farid Bin Dato' Haji Abdul Razak selaku Ketua Jajahan Bachok sudi menerima kunjungan Delegasi MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok  #KetuaJajahanBachok #Bachok

 

KUNJUNGAN PENGERUSI MAYC KAWASAN BACHOK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK



KUNJUNGAN PENGERUSI MAYC KAWASAN BACHOK KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK

15 MAC 2021

Jelawat -  MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok bagi mengadakan beberapa perbincangan dan semakan untuk Laporan MYKD MAYC Kawasan Bachok serta  Ahli Gabungan MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Puan Emy selaku Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bachok sudi menerima kunjungan ini bagi meneruskan hubungan ukhwah antara MAYC Kawasan Bachok dengan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok.Alhamdulillah tahun ini MAYC Kawasan Bachok hantar wakil untuk Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2020 bagi kategori Individu Lelaki dan Perempuan.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok dalam kunjungan kali ini diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.


#MAYCKawasanBachok #MyMAYC #PejabatBeliaDanSukanDaerahBachok #Bachok #Kelantan

 

SANTAI PAGI BERSAMA PEMANGKU PEGAWAI RELA BACHOK


SANTAI PAGI BERSAMA PEMANGKU PEGAWAI RELA BACHOK

14 MAC 2021

Jelawat - Wakil MAYC Kawasan Bachok santai bersama Pemangku Pegawai RELA Bachok Encik Hasrol dan Safari Anggota RELA Bachok di Pekan Jelawat sambil berbincang beberapa perkara bagi mengeratkan hubungan MAYC Kawasan Bachok dengan Badan Uniform Kerajaan.

Beberapa perbincangan dilakukan demi memberi peluang kepada Belia Berpersatuan untuk sertai anggota RELA.

Belia dan Beliawanis di Sekitar Bachok boleh ke Pejabat RELA Bachok bersebelahan Tabung Haji Bachok jika berminat untuk sertai RELA Bachok.Jom sertai RELA Bachok dan MAYC Kawasan Bachok.

Wakil MAYC Kawasan Bachok yang sertai dalam program santai ini ialah Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #RELABachok 


 

Saturday, March 6, 2021

MENGOPI BERSAMA DR ZULKIFLI SELAKU AHLI MAJLIS DAERAH BACHOK



" MENGOPI BERSAMA DR ZULKIFLI SELAKU AHLI MAJLIS DAERAH BACHOK"
Tarikh : 6 Mac 2021
Masa : 8 Pagi
Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok mengadakan beberapa perbincangan dengan Dr Zulkifli selaku Ahli Majlis Daerah Bachok....Terima Kasih Dr Zulkifli selaku Ahli Majlis Daerah Bachok sudi bersama sarapan pagi untuk berbincang beberapa perkara untuk Persatuan Belia dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok....
Terima Kasih juga Pak Do sudi bersama semalam...

 

ZIARAH DALAM CAWANGAN AHLI GABUNGAN MAYC KAWASAN BACHOK


4 MAC 2021
"ZIARAH DALAM CAWANGAN AHLI GABUNGAN MAYC KAWASAN BACHOK"
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Kelab Belia Gunong mengadakan sesi ziarah dalam cawangan beliau iaitu Kelab Belia Gunong.
Beliau turun ziarah Chuinh Vee Pin merupakan EXCO Kelab Belia Gunong sambil menyampaikan cenderahati berupa baju berkolar "KELAB BELIA GUNONG".
Belia Tionghua merupakan keahlian sejak 2015 lagi.Terima Kasih atas sokongan menyertai Persatuan Belia dibawah MAYC Kawasan Bachok.
Turun bersama Nik Ashraf selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok.



 

ZIARAH SETIAUSAHA MAYC KAWASAN BACHOK


4 MAC 2021
ZIARAH SETIAUSAHA MAYC KAWASAN BACHOK
Bachok - Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok mengadakan ziarah ke Rumah Setiausaha MAYC Kawasan Bachok bagi menyampaikan cenderahati kepada Saudara Zaharin selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok iaitu sehelai baju berkolar "KELAB BELIA GUNONG".
Turun bersama dalam ziarah kali ini Saudara Afif Azli selaku Pengerusi Biro Kebajikan MAYC Kawasan Bachok.


 

KUNJUNGAN KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK



4 MAC 2021
KUNJUNGAN KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH BACHOK
Bachok - MAYC Kawasan Bachok turun ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok bagi hantar dokumen MAYC Kawasan Bachok untuk simpanan pihak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok.
Dilegasi MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Nik Ashraf selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok.
Terima Kasih Puan Emy selaku Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bachok Dan Puan Linda selaku Pembantu Belia Dan Sukan Daerah Bachok mewakil Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bachok sudi menerima kunjungan kami.
Selain itu,beberapa perbincangan dilakukan untuk meneruskan delegasi hubungan yang sentiasa terjalin erat antara MAYC Kawasan Bachok dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok.
Skim Perantisan Nasional adalah peluang baharu yang disediakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negara.
Anugerah Perdana Belia Negara juga disediakan oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negara yang ingin memberi penghargaan kepada aktivis belia di Seluruh Malaysia.
Kepada Belia dan Beliawanis di luar sana.Ayuh sertai Persatuan Belia berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Di Bachok,kami mempunyai 3 Ahli Gabungan kami iaitu :
1. Kelab Belia Gunong
2. Kelab Belia Kg Kuin Pasir
3. Kelab Belia Wakaf Zin
Email kami :maycbachok@gmail.com


 

Monday, March 1, 2021

KUNJUNGAN BERTEMU WAKIL YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI MENTERI PERUSAHAAN,PERLADANGAN DAN KOMODITI


KUNJUNGAN  BERTEMU WAKIL YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI MENTERI PERUSAHAAN,PERLADANGAN DAN KOMODITI

1 MAC 2021 | ISNIN 

PUTRAJAYA - Wakil MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan bertemu wakil YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali selaku Menteri Perusahaan,Perladangan Dan Komoditi.Wakil kepada YB Menteri iaitu Haji  Khairul Anuar Bin Abdul Manap merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas(Polisi,Dasar & Strategik).

Kunjungan ini bertujuan ingin bincang beberapa perkara tentang isu yang  membebankan para penternak dalam golongan belia "KENAIKAN HARGA MAKANAN HAIWAN" dan "KEKURANGAN STOK MAKANAN HAIWAN DI PASARAN" yang dikatakan berpunca daripada kekurangan bahan mentah untuk disalurkan kepada pengilang.

Dilegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).

Ahmad Faris berkata,beliau telah bincang dengan Haji Khairul merupakan wakil daripada YB Menteri.Insya Allah sebelah pihak Haji Khairul akan teliti dan berhubung dengan agensi berkenaan dalam masa terdekat.

Selain itu,beliau menerangkan makanan haiwan itu dibuat daripada bahan sawit dan harganya sangat murah.Haji Khairul juga bagi penerangan dan maklumkan tentang pasaran harga minyak sawit terkini amat tinggi dan permintaan amat hebat.

MAYC Kawasan Bachok mengharapkan pihak kerajaan dapat menyelaraskan semula isu kenaikan harga makanan haiwan ini yang tidak menepati masa dilakukan pada musim PKP,PKPB,PKPP ini.Harga meningkat tapi stok amat berkurangan di pasaran.

Insya Allah kita sama-sama doakan agar perbincangan kali ini dapat memberi impak yang terbaik untuk manfaat semua.Doakan yang terbaik.Hanya kita merancang,Allah akan tentukan.

Jom Follow,Like dan Share :

Facebook  : MAYC Kawasan Bachok
Instagram  : mayc_bachok
Website  : https://mayckawasanbachok.blogspot.com/

#MAYCKawasanBachok #MyMAYC #BersatuMaju #67Tahun  #KementerianPerusahaanPerladanganDanKomoditi #Putrajaya 

 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...