Sunday, June 26, 2022

TAHNIAH KHUSHAIRI AIZAD JAMALLUDIN SELAKU PENGERUSI MAYC KAWASAN SELAYANG YANG BAHARU PENGGAL 2022-2024


"TAHNIAH KHUSHAIRI  AIZAD JAMALLUDIN SELAKU PENGERUSI MAYC KAWASAN SELAYANG YANG BAHARU PENGGAL 2022-2024"

KUALA LUMPUR,26 Jun 2022 - Seluruh keluarga MAYC Kawasan Bachok ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada keluarga MAYC Kawasan Selayang kerana BERJAYA mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Selayang kali ke-5 di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,beliau mewakili seluruh kepimpinan MAYC Kawasan Bachok ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk Fadzlan Husain selaku Pengerusi MAYC Kawasan Selayang yang Ke-3 atas jemputan tanda ikatan persahabatan antara MAYC Kawasan Selayang bersama MAYC Kawasan Bachok.

Terima kasih Saudara Kamarul selaku Setiausaha MAYC Kawasan Selayang  penggal lepas atas memperkasakan dan menasihati adik-adik untuk terus membawa obor MAYC dan terima kasih kepada Saudara Shaharudin juga banyak membantu adik-adik dalam memperkaskan organisasi MAYC.Kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh keluarga MAYC Kawasan Selayang yang mendendangkan lagu MAYC Kawasan Selayang.Cetusan idea yang merupakan kekuatan kreativiti oleh SikuDahi Studio yang membuatkan produk MAYC Kawasan Selayang melonjak.

Insya Allah MAYC Kawasan Bachok akan memperbaiki pengurusan dari semasa ke semasa bagi memantapkan lagi pengurusan dokumentasi MAYC Kawasan Bachok dan melahirkan lebih ramai lagi pelapis kepimpinan dalam MAYC Kawasan Bachok.Mesyuarat Agung MAYC Kawasan Selayang dirasmikan oleh Saudara Al-Hafizi selaku Presiden MAYC Kebangsaan yang Ke-9 diiringi oleh Puan Zakiah selaku Pengerusi MAYC Negeri Selangor,Saudara Farid selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Gombak dan Encik Saibiee Ibrahim selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak.

Anak-anak Bachok berada di Selayang,Gombak dan Lembah Klang jom sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok.


 Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :


Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok





 










 

Saturday, June 25, 2022

MESYUARAT PROGRAM MAYC N20 DUN TAWANG BIL.1/2022


"MESYUARAT PROGRAM MAYC N20 DUN TAWANG BIL.1/2022"

TAWANG,26 Jun 2022 -Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengadakan satu mesyuarat khas untuk lokalti Dun dalam Daerah Bachok.Dun yang pertama ialah N20 Dun Tawang.

Puan Nurul Hajar Nazwa Binti Mohd Isa selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap MAYC N20 Dun Tawang merangkap Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin berkata,MAYC Dun Tawang bakal mengadakan satu program sukarelawan pada hujung Julai 2022 nanti sempena Awal Muharram 1444 Hijriah.

Katanya lagi,program tersebut bakal dianjurkan bersama antara MAYC Kawasan Bachok dan Kelab Belia Wakaf Zin termasuklah beberapa rakan strategik yang lain dan komuniti sekitar.Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Pintu Gerbang Tawang bakal diadakan pada hujung bulan Julai 2022.Sesiapa yang ingin memberi sokongan dan sumbangan boleh hubungi ditalian dibawah :

Link WhatsApp :
Sis Alia : http://wasap.my/60139860074/NakBagiSumbanganUntukProgramGotongRoyongTanahPerkuburanPintuGerbangTawang Sis Fazana : http://wasap.my/601119807322/NakBagiSumbanganUntukProgramGotongRoyongTanahPerkuburanPintuGerbangTawang

Jika ada hamba Allah s.w.t ingin menyumbang makanan,minuman,cat dan peralatan gotong-royong boleh hubungi ditalian.Pihak urusetia membuka seluas-luasnya untuk anda demi menjayakan program ini.Pihak pengurusan MAYC Kawasan Bachok mengalukan lebih ramai lagi golongan belia dan beliawanis di Dun Tawang untuk sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok terutama Kelab Belia Tunggal untuk menjadi ahli gabungan yang SAH dibawah MAYC Kawasan Bachok.

 Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :


Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok




 

JOM NAIK BAS MUTIARA RENTAS DESA KE BACHOK




"JOM NAIK BAS MUTIARA RENTAS DESA  KE BACHOK"

BACHOK,26 Jun 2022 - Bas Mutiara Rentas Desa sudah buka 2 laluan untuk singgah ke destinasi di Daerah Bachok.

Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Konsortium E-Mutiara Berhad dan Kementerian Pengangkutan Malaysia kerana menyediakan kemudahan pengangkutan awam bagi memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan di Daerah Bachok.

Ayuh semua naik bas Mutiara Rentas Desa yang menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda semua.Sama-sama kita bagi sokongan.Insya Allah jika semua bagi sokongan padu,Konsortium E-Mutiara Berhad akan menaiktarafkan sistem yang lebih canggih demi keselesaan pengguna.

Pakat ajok belako sep kito naik bas Mutiara Rentas Desa.

Bas Mutiara Rentas Desa di Kelate,
Bas Rentas Desa singgoh Bachok,
Jom Adik kakok naik bas Mutiara Rentas Desa.

 Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :


Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok


 

Thursday, June 23, 2022

JUALAN AMAL JERSI SAHABAT FC UNTUK AHLI MAYC KAWASAN BACHOK DAN PENYOKONG SAHABAT FC



"JUALAN AMAL  JERSI SAHABAT FC UNTUK AHLI MAYC KAWASAN BACHOK DAN PENYOKONG SAHABAT FC"

BACHOK,23 Jun 2022 - Srikandi MAYC Kawasan telah buka jualan amal jersi Sahabat FC bermula 23 Jun 2022 sehingga 15 Julai 2022 dengan harga RM50 sehelai lengan pendek.

Puan Syamimi Wahidah Binti Khairul Hazaha selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok berkata,jualan amal ini merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan tertinggi Srikandi MAYC Kawasan Bachok bagi menampung kos pengurusan pasukan Sahabat FC yang bakal berentap di Kejohanan Futwal Wanita peringkat MSL Negeri Kelantan mewakili Daerah Bachok.Katanya lagi,jualan amal ini juga merupakan salah satu pendapatan ekonomi Srikandi MAYC Kawasan Bachok untuk bergiat lebih aktif demi memperkasakan lagi Srikandi MAYC Kawasan Bachok.

Srikandi MAYC Kawasan Bachok ingin mengucapkan sejuta terima kasih untuk Yang Berhomat Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat merangkap Penasihat MAYC Kawasan Bachok atas sokongan dan dorongan bagi meneruskan pemerkasaan organisasi MAYC Kawasan Bachok.Jom beliawanis di Bachok sertai MAYC Kawasan Bachok.

Doakan untuk Sahabat FC bakal berentap pada 22 Julai 2022 dalam saingan MSL Negeri Kelantan acara Futsal Wanita.Anda yang ingin tempah dan beli jersi Sahabat FC hubungi ditalian :

Link WhatsApp :
Sis Azura : http://wasap.my/60145083575/NakBeliJersiSahabatFC Sis Syamimi : http://wasap.my/601139168486/NakBeliJersiSahabatFC

         Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :


Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok


 

Saturday, June 18, 2022

SELAMAT HARI BAPA 19.6.2022 KHAS UNTUK SEMUA BERGELAR BAPA

"SELAMAT HARI BAPA 19.6.2022  KHAS UNTUK SEMUA BERGELAR BAPA"

BACHOK,19 Jun 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada seluruh golongan belia yang bergelar seorang BAPA termasuklah golongan veteran yang bergelar seorang BAPA.

BAPA merupakan ketua keluarga.Membentuk keluarga yang bahagia terletak atas strategik percaturan seorang BAPA yang dibantu oleh penolong ketua keluarga iaitu seorang IBU.

 RASULULLAH mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibu bapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah. Sabda Rasulullah:

إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ أَنَّى هَذَا؟ فَيُقَالُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Seorang lelaki diangkat kedudukannya di dalam syurga (kelak), lalu dia bertanya: Dari mana datangnya (anugerah kenaikan ini)? Lalu dijawab kepadanya: Daripada doa istighfar anakmu buat dirimu.” (HR Ibn Majah – dinilai Sahih)

Berat Tanggungjawab Seorang Ayah
===========
1. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan yang besar terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:

فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم

“Maka tidak ada yang lebih merosakkan seperti kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka (dari mendidik dan tanggungjawab terhadap keluarga).” (Tuhfatul Maudud)

2. Malah Ibn al-Qayyim menegaskan, kebanyakkan kesan buruk terhadap anak adalah apabila ayah mereka gagal berfungsi dalam mendidik mereka. Kata ibn al-Qayyim:

وكل هَذَا عواقب تَفْرِيط الْآبَاء فِي حُقُوق الله وإضاعتهم لَهَا وإعراضهم عَمَّا أوجب الله عَلَيْهِم من الْعلم النافع وَالْعَمَل

“Dan semua kesan buruk ini adalah akibat kealpaan ayah terhadap hak-hak Allah, mereka meninggalkan hak-hak Allah serta menjauhi apa yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap mereka dari aspek ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.” (Ibn al-Qayyim).

3. Begitu juga seorang ayah dan suami berperanan membantu keluarga dan membina kehidupan yang menepati syariat. Kegagalan ini berupaya menyebabkan mereka dihina di akhirat. Sabda Rasulullah:

"ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَة:ِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ

“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah dihari akhirat kelak: Orang yang menderhaka terhadap ibubapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si dayus.” (HR Ahmad)

4. Menurut hadis, dayus adalah lelaki yang membiarkan kejahatan maksiat atau zina (ada segala puncanya) berlaku di dalam rumahnya. Sabda Rasulullah:

والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ

“Dan si dayus itu adalah mereka yang membiarkan kemungkaran besar (zina atau segala puncanya) berlaku dalam rumahnya.” (HR Ahmad)

5. Atas dasar itu, kebanyakkan dialog di dalam al-Quran dipamerkan perbualan antara anak dengan ayah. Ia seakan menunjukkan fungsi dan peranan seorang ayah dan suami. Nabi Yusuf mengadu masalah dengan ayahnya Nabi Ya’qub. Luqman al-Hakim mendidik anaknya tentang aqidah dan tauhid.

6. Bahkan doa seorang ayah jugalah yang ditekankan di dalam al-Quran. Ini dipamerkan melalui doa Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Nabi Ibrahim mendoakan agar anak-anaknya dijadikan dikalangan mereka yang mendirikan solat. Doa Nabi Ibrahim:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku dikalangan mereka yang mendirikan solat, begitu jugalah dengan seluruh zuriatku, wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku ini.

Semoga ia adalah muhasabah buat diri ini. Semoga ia muhasabah buat seluruh ayah.
Jom semua belia dan beliawanis di sekitar Daerah Bachok sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok.

                                            Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :


Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaBachok #KeluargaKelantan #KeluargaMalaysia #HariBapa2022


 

8 ORANG WAKIL MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI PROGRAM JELAJAH KOMUNITI BELIA DESA NOMAD DIGITAL ZON TIMUR 2022


"8 ORANG WAKIL MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI  PROGRAM JELAJAH KOMUNITI  BELIA DESA NOMAD DIGITAL ZON TIMUR 2022"

CHERATING,19 Jun 2022 -8 orang wakil MAYC Kawasan Bachok menyertai Program Jelajah Komuniti Belia Desa Nomad Digital Zon Timur 2022 telah diadakan di Hotel eRYAbySuria Cherating Pahang 3 hari 2 malam bermula 17 Jun hingga 19 Jun 2022.Program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti,Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Saudari Suriani binti Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hubungan Agensi,Korporat dan Awam MAYC Kawasan Bachok berkata,program sebegini amat bermanfaat kepada golongan belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 40 tahun bagi mempelajari tentang Nomad Digital mengikut pengedaran zaman terkini untuk belia desa.Selain itu,golongan belia yang menyertai program ini dapat mengenali antara satu sama lain dan terus mengeratkan hubungan ukhwah fillah.8 orang peserta daripada MAYC Kawasan Bachok terdiri daripada barisan kepimpinan MAYC Kawasan Bachok dan ahli keluarga MAYC Kawasan Bachok.

Terima kasih Nik Nur Amni Madihah Binti Nik Man selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Muhamed Zaharin Bin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Muhamad Afif Azli Bin Azman selaku Exco Kelab Belia Gunong,(Syakirah Mohd Yasin & Che Norhafiza Binti Che Rusmahiri,Arif Bukhari Bin Marzuki,Azruk Adha Bin Marzuki-Ahli Keluarga MAYC Kawasan Bachok).Terima kasih Saudara Mohd Hakimi selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan.

Jom semua belia dan beliawanis di sekitar Daerah Bachok sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok.

Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaMalaysia #TeamJBSNKelantan #KeluargaJBSNKelantan #MAYCKelantan #JBSNBersama #IniMasaKita #KeluargaMAYCKelantan #JabatanPerdanaMenteri #JabatanBeliadanSukanNegeriKelantan #TeamKBS #KBS #NomadBeliaDesaZonTimur




 

TAHNIAH YB SENATOR DATO NICOLE WONG SIAW TING DILANTIK SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA


"TAHNIAH YB SENATOR DATO NICOLE WONG SIAW TING DILANTIK SEBAGAI  AHLI DEWAN NEGARA"

BACHOK,18 Jun 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara untuk YB Senator Dato Nicole Wong Siaw Ting selaku Ketua Pemuda MCA.

Selamat menjalankan tanggungjawab dan tugas demi memperkasakan lagi golongan belia dan beliawanis tiongchua.Sekali lagi seluruh keluarga MAYC Kawasan Bachok mengucapkan tahniah dan selamat menggalaskan tanggungjawab kepada YB Senator Dato Nicole Wong Siaw Ting.

Jom semua belia dan beliawanis di sekitar Daerah Bachok sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok.

Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaMalaysia


 

Thursday, June 16, 2022

SYABAS & TAHNIAH CALON-CALON SPM 2021


"SYABAS & TAHNIAH  CALON-CALON SPM 2021"

BACHOK,16 Jun 2022 -Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan SPM 2021.

Kepada yang tidak berjaya.Jangan kecewa.Teruskan perjuangan demi meneruskan kehidupan yang penuh cabaran dan liku-liku.Ini merupakan satu detik permulaan untuk kalian untuk mematangkan diri demi meneruskan kehidupan.Insya Allah di alam menara gading kelak kalian memperoleh KEJAYAAN.Yang belum memperoleh KEJAYAAN dalam SPM 2021.Kalian boleh cuba melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.Banyak kolej-kolej yang menyediakan kelayakan dalam bidang kemahiran termasuklah IKTBN.

Kalian yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran boleh melanjutkan pelajaran di Institusi Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok.Jangan lupa daftar ahli dan sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.

Tekan link dibawah untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok bagi tahun 2022 :


Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok


 

Wednesday, June 15, 2022

700 RIBU KILOGRAM MINYAK MASAK TERPAKAI DIPERLUKAN DALAM KEMPEN INFAQ MINYAK MASAK TERPAKAI


"700 RIBU KILOGRAM MINYAK MASAK TERPAKAI DIPERLUKAN DALAM KEMPEN INFAQ MINYAK MASAK TERPAKAI"

BACHOK,16 Jun 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok memerlukan sebanyak 70 Ribu Kilogram Minyak Masak Terpakai dalam Kempen Infaq Minyak Masak Terpakai anjuran Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Alam Sekitar dan MAYC Care Kawasan Bachok bermula hari ni 16 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 untuk fasa 1.

Puan Noor Azura Binti Mohd Ramli selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,Alam Sekitar dan MAYC Care Kawasan Bachok berkata,platform kempen ini bertujuan bagi mengumpul dana untuk pembinaan Kompleks MAYC Kawasan Bachok.Untuk fasa 1 pembinaan pihak pengurusan MAYC Kawasan Bachok memerlukan berjumlah 350 Ribu untuk membina Bangunan Pentadbiran termasuk beberapa fasiliti untuk kegunaan bersama.Jumlah 350 Ribu juga termasuklah pembelian tanah dan diberi hak milik dibawah MAYC Kawasan Bachok kelak.

Beliau menyeru kepada semua golongan belia dan beliawanis di Daerah Bachok.Ayuh sertai keluarga Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok bagi meneruskan kesinambungan pembangunan belia yang dihasratkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Sesiapa yang ingin menginfaqkan minyak masak terpakai dan menjual minyak masak terpakai demi memberi sokongan dan jayakan pembinaan Kompleks MAYC Kawasan Bachok boleh hubungi ditalian :

http://www.wasap.my/60145083575/NakInfaqMinyakMasakTerpakaiMAYCKawasanBachok atau http://www.wasap.my/60145083575/NakjualminyakmasakterpakaiseikhlashatiuntukPembangunanKompleksMAYCKawasanBachok

Untuk daftar keahlian MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah : https://tinyurl.com/DaftarAhliMAYCBachok2022

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok #KempenInfaqMinyakMasakTerpakai



 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...