Sunday, February 26, 2023

5 ORANG PERWAKILAN MAYC KAWASAN BACHOK HADIR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN KALI KE-61


"5 ORANG PERWAKILAN MAYC KAWASAN BACHOK HADIR  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN KALI KE-61"

PETALING JAYA,26 Februari 2023- 5 Orang Perwakilan MAYC Kawasan Bachok hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Kali Ke-61 pada 25 Februari 2023.

5 orang perwakilan MAYC Kawasan Bachok diketuai oleh Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok,Saudai Nik Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Afif Azli selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok mewakili Kelab Belia Gunong.

Insya Allah MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan Kelab Belia Tunggal di Daerah Bachok untuk bergabung dengan MAYC Kawasan Bachok.Tanpa sokongan anda semua,MAYC Kawasan Bachok tidak boleh ditubuhkan dan diperkasakan.

Terima kasih Saudara Mohd Hakimi selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan kerana sentiasa memberi sokongan penuh untuk MAYC Kawasan Bachok.

    Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

6 ORANG DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK HADIR MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN KALI KE-61




"6 ORANG DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK HADIR MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KEBANGSAAN KALI KE-61"

PETALING JAYA,26 Februari 2023- 6 orang delegasi MAYC Kawasan Bachok hadir Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan Kali Ke-61.

6 orang Delegasi MAYC Kawasan Bachok diketuai oleh Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok, Amir Din selaku Setiausaha Kerja kepada Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudari Nik Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok dan Saudara Afif Azli selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok mewakili Kelab Belia Gunong.

    Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Thursday, February 23, 2023

JOM BERSEDEKAH UNTUK SAHAM AKHIRAT DI TAHFIZ AZ-ZAHRAH LILBANAT PEKAN GUNONG BACHOK KELANTAN


[JOM BERSEDEKAH UNTUK SAHAM AKHIRAT DI TAHFIZ AZ-ZAHRAH LILBANAT PEKAN GUNONG BACHOK KELANTAN]

"Ke arah melahirkan hafizah yang berilmu,bertakwa dan solehah"

Ayuh sama-sama kita bersedekah untuk saham akhirat kita kelak.

Alamat : Lot 2655,Simpang Empat Gunong,Jalan Bukit Hanyut,16390 Gunong Bachok Kelantan

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam seperti dibawah :

03111010163923

Untuk maklumat lanjut hubungi pegawai Tahfiz Az-Zahrah Lilbanat Pekan Gunong ditalian :

019-9672255

atau

09-7195555

"Jom kita sama-sama bersedekah sempena hari Jumaat yang mulia ini"


 

Saturday, February 18, 2023

PROGRAM SANTAI MALAM ISRAK MIKRAJ & BBQ MT MAYC KAWASAN BACHOK


"PROGRAM SANTAI MALAM ISRAK MIKRAJ & BBQ MT MAYC KAWASAN BACHOK"

KANDIS,19 Febuari 2023- Program Santai Malam Israk Mikraj & BBQ Majlis Tertinggi MAYC Kawasan Bachok telah diadakan semalam sempena Israk Mikraj di Pasir Beach Glamping Resort.

Saudara Ahamd Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,program kali ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara Majlis Tertinggi MAYC Kawasan Bachok.Program ini juga dianjurkan sempena Israk Mikraj.

    Alhamdulillah semoga dengan Israk Mikraj kali ini dapat memberi sinar baru untuk keluarga MAYC Kawasan Bachok.Terima Kasih Pasir Beach Glamping Resort kerana menyediakan tempat BBQ yang selesa untuk keluarga MAYC Kawasan Bachok.

Pasir Beach Glampir Resort tempat sesuai untuk anda datang bersama keluarga menginap dan berehat di Daerah Bachok healing-healing pantai.Terima kasih semua Majlis Tertinggi MAYC Kawasan Bachok yang sudi hadir bersama.

    Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir

TERIMA KASIH RV GROUP BAGI SOKONGAN UNTUK PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG TEPUS PAUH LIMA 18 FEBUARI 2023


Terima kasih RV Group ( D’RV Kontena Bachok) atas sumbangan diberikan untuk Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepus Bachok Kelantan semalam.
Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok mewakili MAYC Kawasan Bachok menerima sumbangan tersebut sebagai wakil pihak urusetia.
Jangan lupa semua singgah makan di D’RV Kontena Bachok.
"Bachok Gedung Makanan Kelantan"

Lihat wawasan dan iklan
Suka
Komen
Kongsi


 

PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG TEPUS PAUH LIMA BACHOK KELANTAN





PROGRAM GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG TEPUS PAUH LIMA BACHOK KELANTAN
KAMPUNG TEPUS PAUH LIMA, 19 Februari 2023 - Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepus Pauh Lima Bachok Kelantan telah berjaya diadakan semalam dengan penyertaan dianggarkan seramai 140 orang sukarelawan dan sukarelawati yang hadir.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,program kali ini dapat melibatkan beberapa agensi,pertubuhan belia dan mahasiswa daripada segenap skop.Katanya kepada semua sukarelawan dan sukarelawati yang hadir,pihaknya amat mengalukan penglibatan golongan belia dan beliawanis berumur 15 hingga 30 tahun sertai pertubuhan belia di sekitar tempat tinggal masing-masing seluruh Malaysia.

Penglibatan golongan belia dan beliawanis ke dalam pertubuhan belia amat dialukan demi menggilap pelapis kepimpinan masa depan negara.Belia yang bakal mencorakkan masa depan negara kelak.Mengikut hasrat yang pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia hajati melalui Akta 668,had umur belia bakal dilaksanakan di Malaysia peringkat umur dengan had umur 30 tahun kebawah.Majlis Belia Malaysia dalam proses menyediakan pasukan taskforce bagi melancarkan transisi peralihan kepimpinan belia di Malaysia.


Semalam program gotong-royong ini anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia ( MAYC) Daerah Bachok dengan Kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, Pejabat RELA Bachok, Pengakap Kelana Politeknik Kota Bharu, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara(IKTBN) Bachok, Kelab Belia Gunong, Youth Care Malaysia, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) serta agensi koporat Eniq World Design &Hardware Sdn Bhd dan RV Group. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk budaya menyayangi alam sekitar dan bersama-sama mengekalkan kebersihan dan kecantikan tanah perkuburan, mendekatkan diri belia-belia dengan aktiviti kemasyarakatan disamping menyumbang tenaga untuk kebaikan bersama serta mengeratkan hubungan di antara ahli kelab untuk mewujudkan semangat berkumpulan.
Program ini dirasmikan oleh YBrs. Encik Hazri Nizam bin Zakaria Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(MAYC) Kawasan Bachok, Encik Zulfadly bin Ruslan Pengerusi Pertubuhan Anak Jati Bachok serta Puan Nur Amysiah binti Yusof Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.Terima kasih Puan Mariati Binti Ahmad yang sudi turun bawa Kumpulan Latihan Kelanasiswa Politeknik Kota Bharu.

Terima kasih kepada semua Hamba Allah yang memberi sokongan padu dalam program khidmat masyarakat yang dijalankan oleh pihak MAYC Kawasan Bachok.Semoga terus dimurahi rezeki dan dipercepatkan jodoh yang baik.Insya Allah.Tahniah Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari merangkap Ketua Koordinator program berjaya menganjurkan program semalam.Tahniah semua urusetia yang turun menjayakan program semalam.Terima kasih kepada semua sukarelawan.Niat murni kalian hanya Allah s.w.t. sahaja dapat memberi ganjaran untuk dibawa bekal ke akhirat kelak.

#MalaysiaMADANI #MAYCKawasanBachok
#KLKMPKB
#IKTBNBachok
#UITMMachang
#YCMKelantan
#RELADaerahBachok

GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS KELANTAN AKTIF DALAM ARENA LUMBA KUDA DI KELANTAN




"GOLONGAN BELIA  DAN BELIAWANIS KELANTAN AKTIF DALAM ARENA LUMBA KUDA DI KELANTAN"

KAMPUNG BINJAI BARU,19 Febuari 2023 - Golongan Belia dan Beliawanis Kelantan aktif dalam arena lumba kuda di Kelantan.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,penglibatan golongan belia dan beliawanis di Negeri Kelantan amat aktif apabila beliau turun ke arena lumba kuda semalam.Katanya lagi,beliau mengucapkan ribuan terima kasih khasnya untuk para penyumbang dan penaja yang memberi sokongan padu untuk acara lumba kuda di Kelantan.Semalam seramai 88 ekor kuda yang telah menyertai.Tahniah semua urusetia yang terlibat.Terima kasih Wan Tendong dan keluarga Lumba Kuda Kelantan yang terus aktif menganjurkan acara lumba kuda di Negeri Kelantan.

Turun sama dalam penyampaian hadiah kepada para pemenang semalam Encik Azis Bin Mamat selaku Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).Insya Allah sukan berkuda di Negeri Kelantan amat mengalukan sokongan kerajaan Negeri Kelantan untuk meluluskan dan melancarkan proses permohonan tanah trek kekal lumba kuda di Negeri Kelantan agar lebih strategik,sistematik dan teratur.

    Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir #KeluargaEkuinKelantan


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...