Tuesday, January 30, 2024

KELAB SUKAN MUAYTHAI PERLU DIWUJUDKAN DI SETIAP KAMPUNG SELURUH NEGERI KELANTAN















"KELAB SUKAN MUAYTHAI  PERLU DIWUJUDKAN DI SETIAP KAMPUNG SELURUH NEGERI KELANTAN"

Bukit Temalong,31 Januari 2024- Kelab Sukan Muaythai perlu diwujudkan di setiap kampung seluruh Negeri Kelantan.

Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan berkata,pentingnya Kelab Sukan Muaythai diwujudkan demi mewujudkan kemudahan dan manfaat untuk atlet sukan muaythai itu sendiri.

Selain itu,kelab sukan juga perlulah mempersiapkan atlet tersebut menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan terus bawa nama baik Negeri Kelantan.Beliau berkata semasa merasmikan pembukaan Gelanggang Muaythai Nik Nah Stewong di Bukit Temalong Gunong Bachok Kelantan.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun diwakili oleh Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok dan Suriani Binti Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok.Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana bagi sokongan untuk belia dan beliawanis dalam memperkasakan program sebegini.

                                     Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

 

Sunday, January 28, 2024

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MERUPAKAN SUARA AKAR UMBI SISWA/SISWI


"MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MERUPAKAN SUARA AKAR UMBI SISWA/SISWI"

Setiu,29 Januari 2024-Majlis Perwakilan Pelajar merupakan suara akar umbi siswa/siswi dalam kampus.

Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Mantan NYDP Majlis Perwakilan Pelajar University College Bestari penggal 2017-2018 berkata,kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar perlu berani bersuara demi melaksanakan mandat yang diberi oleh Mahasiswa/Mahasiswi.Undi kemenangan di Pilihanraya Kampus merupakan mandat mahasiswa kepada kepimpinan tersebut.

Beliau juga berkata,mahasiswa IPTS berpontensi setaraf dengan mahasiswa IPTA jika tonjolkan bakat masing-masing.Encik Ahmad Faris bin Yusof juga selaku Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok.

Terima kasih YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas sumbangan bola sepak untuk mahasiswa/mahasiswi University College Bestari melaksanakan aktiviti bersukan setiap petang.Terima kasih UMBRO.

Penyerahan bola sepak telah diserahkan kepada wakil Majlis Perwakilan Pelajar University College Bestari mewakili Biro Sukan MPP UCB.Turun bersama saya juga Encik Mohammad Sharul Iman Bin Saebon selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan (Baru).

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

Saturday, January 27, 2024

BACHOK BERPOTENSI MELAHIRKAN PELAPIS PEMAIN BOLA SEPAK BERKUALITI MEWAKILI KELANTAN FC MASA DEPAN




"BACHOK BERPOTENSI MELAHIRKAN PELAPIS PEMAIN BOLA SEPAK BERKUALITI  MEWAKILI  KELANTAN FC MASA  DEPAN"

Alor Bakat,28 Januari 2024 - Bachok berpotensi melahirkan pelapis pemain bola sepak berkualiti mewakili Kelantan FC pada masa hadapan demi memperkasakan Industri Sukan Bola Sepak.

Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok berkata,Industri Bola Sepak perlu bekerjasama dan perlu melaksanakan program pembangunan bola sepak ke setiap akar umbi.

Kos pemerkasaan Industri Bola Sepak perlukan kewangan yang besar lingkungan 300 ribu hingga juta ringgit untuk bersaing dalam saingan Liga Malaysia.Ianya perlu bermula daripada bawah darisegi pengurusan pentadbiran setiap Kelab Bola Sepak dan Persatuan Bola Sepak Jajahan.Beliau juga mengharapkan golongan belia dan beliawanis di Daerah Bachok sertailah pertubuhan belia dalam Daerah Bachok.

Katanya dalam sesi penyerahan bola sepak kepada Belia Alor Bakat.Terima kasih YB Hannah Yeoh selaku Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas sokongan.Terima kasih UMBRO.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

Friday, January 26, 2024

PEMBANGUNAN SUKAN BOLA SEPAK PERLU DIAKTIFKAN SEMULA DI SETIAP KAMPUNG MELALUI KELAB BOLA SEPAK SETIAP KAMPUNG


"PEMBANGUNAN SUKAN BOLA SEPAK PERLU DIAKTIFKAN SEMULA DI SETIAP KAMPUNG MELALUI KELAB BOLA SEPAK SETIAP KAMPUNG"

Mahligai,27 Januari 2024- Pembangunan sukan bola sepak perlu diaktifkan semula di setiap kampung melalui Kelab Bola Sepak setiap kampung.

Encik Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C) Kawasan Bachok berkata semua pihak perlu ambil peranan demi melahirkan pelapis masa depan negara dalam industri sukan.

Katanya lagi,bakat-bakat peringkat akar umbi perlu diketengahkan demi melahirkan pelapis-pelapis pemain bola sepak masa depan negara.Beliau juga menyeru belia dan beliawanis sertailah pertubuhan belia di sekitar rumah tinggal masing-masing demi manfaat bersama.Selain itu,peranan Kelab Bola Sepak perlu menyusun atur program-program pembangunan bakat sukan bola sepak agar tidak ketandusan pemain.

Beliau percaya dengan kerjasama semua pihak,industri sukan bola sepak akan capai kejayaan yang setimpal satu masa akan datang.Beliau turun ke Padang Bola Sepak Klinik Kesihatan Mahligai untuk menyerahkan sumbangan bola sepak mewakili Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok.Penyerahan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pasukan Mahligai FC yang mewakili Dun Jelawat dalam saingan Piala YAB Menteri Besar Kelantan.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...