Wednesday, August 31, 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA MERDEKA TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KUIN PASIR JELAWAT







 "PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA MERDEKA TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KUIN PASIR JELAWAT"

Kuin Pasir Jelawat,1 September 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia mengadakan program anjuran bersama komuniti di Kampung Kuin Pasir Jelawat.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,siri jelajah gotong-royong tanah perkuburan Islam ini merupakan lokasi kedua selepas Tanah Perkuburan Pintu Gerbang Tawang.Pihaknya memberi sepenuh kepercayaan pengurusan kepada Saudara Halim selaku Koordinator Program kali ini.Terima kasih Eniq World Design & Hardware Sdn Bhd,BYO Cosmetic,Emas Che Gas,Real Design Jelawat,Habib Elbie Restaurant Jelawat,KB Brewster Bachok,Warung ARC dan beberapa orang hamba Allah yang memberi sokongan kewangan untuk program kali ini.Sama-sama kita doakan kepada mereka yang menyumbang ini terus dimurahi rezeki berlimpah ruah.

Seramai 81 orang komuniti yang hadir termasuklah golongan belia dan beliawanis.Tahniah dan terima kasih komuniti yang hadir korbankan masa untuk gotong-royong pusara kubur keluarga.Siapalah nak jaga bukan kita.Terima Kasih Penasihat MAYC Kawasan Bachok iaitu YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir merupakan Adun Jelawat sempat singgah bagi sokongan demi menjayakan program kali ini.Terima kasih Puan Syamimi Wahidah selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok yang hadir.

Terima kasih Masjid An-Naim Jelawat dan Surau Al-Huda.Terima kasih kepada semua yang hadir.Penyertaan 81 orang capai sasaran target penyertaan.Tahniah Saudara Halim selaku Koordinator Program ini.Program kali ini juga turut bekerjasama dengan Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jelawat Tengah.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang

Monday, August 29, 2022

PROGRAM RIADAH MERDEKA TEMPIN BOWLING SRIKANDI MAYC KAWASAN BACHOK 2022


"PROGRAM RIADAH MERDEKA TEMPIN BOWLING SRIKANDI MAYC KAWASAN BACHOK 2022"

KOTA BHARU,30 Ogos 2022 - Srikandi MAYC Kawasan Bachok mengadakan Program Riadah Merdeka Tempin Bowling Srikandi MAYC Kawasan Bachok 2022.

Saudari Syamimi Wahidah selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok berkata,program riadah ini merupakan program pertama kali diadakan untuk memperkasakan Biro Srikandi MAYC Kawasan Bachok.Insya Allah Srikandi MAYC Kawasan Bachok bakal menganjurkan Kejohanan Tempin Bowling Srikandi MAYC Kawasan Bachok khas untuk golongan beliawanis Daerah Bachok.

Biro Srikandi MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan lebih ramai lagi beliawanis Daerah Bachok sertai Srikandi MAYC Kawasan Bachok demi memperkasakan lagi Srikandi MAYC Kawasan Bachok.Program kali ini disertai oleh pengurusan tertinggi Srikandi MAYC Kawasan Bachok.Terima Kasih Aida,Syakirah,Amni(Bendahari MAYC Kawasan Bachok) yang sertai program kali ini.Jurukamera kali ini gambar disediakan oleh Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

MAYC KAWASAN BACHOK MENSASARKAN TARGET KEAHLIAN SERAMAI 200 ORANG KEAHLIAN MENJELANG 2023


"MAYC KAWASAN BACHOK MENSASARKAN TARGET  KEAHLIAN SERAMAI 200 ORANG KEAHLIAN MENJELANG 2023"

KOTA  BHARU, 30 Ogos 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mensasarkan  keahlian seramai  200 orang keahlian belia dan beliawanis menjelang 2023.

Saudari Syamimi Wahidah selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok berkata,200 orang tersebut merangkumi 50 orang mahasiswa,50 orang mahasiswi,50 orang satria,50 orang srikandi untuk memperkasakan lagi sayap-sayap MAYC Kawasan Bachok.

Pihak pengurusan MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan kehadiran golongan belia dan beliawanis Daerah Bachok untuk sertai organisasi MAYC Kawasan Bachok.Katanya lagi,MAYC Kawasan Bachok merupakan platform terbaik golongan belia dan beliawanis untuk menonjolkan bakat kepimpinan masing-masing termasuklah dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata dalam sesi rombongan delegasi MAYC Kawasan Bachok ke tempat Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun diwakili oleh Saudari Nik Amni Madihah selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok dan Aida Awang selaku AJK Biro Srikandi MAYC Kawasan Bachok.Delegasi MAYC Kawasan Bachok turut berjumpa bersama Puan Amysiah binti Yusof selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

Sunday, August 28, 2022

PROGRAM WEBINAR TATACARA PENUBUHAN KOPERASI BELIA 2022


"PROGRAM WEBINAR TATACARA PENUBUHAN KOPERASI BELIA  2022"

BACHOK,29 Ogos 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok telah berjaya mengadakan Program Webinar Tatacara Penubuhan Koperasi Belia 2022.

Saudara Muhamad Azrie bin Abdullah Tahir selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok berkata,program ini bertujuan bagi dapatkan info-info penerangan jelas tentang tatacara penubuhan koperasi belia 2022.

Insya Allah MAYC Kawasan Bachok bakal menubuhkan Koperasi MAYC Kawasan Bachok Berhad dalam masa terdekat dalam menumpukan 3 skop bidang perniagaan.MAYC Kawasan Bachok memerlukan seramai 1,000 orang golongan belia dan beliawanis yang berkecimpung dalam bidang perniagaan di Daerah Bachok atau luar Daerah Bachok.Terima kasih Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok yang hadir.Kehadiran seramai 21 orang.Terima kasih Encik Nuzul Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Bachok dan Pasir Puteh.

Jom daftar ahli MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan MAYC Kawasan Bachok dan Koperasi MAYC Kawasan Bachok Berhad yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

Wanita Perlukan Bunga,
Lelaki Perlukan Cinta,
MAYC Bachok Perlukan Anda Semua.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang




 

BEKWOH SURO ANAK PERANTAU KELANTAN DI LEMBAH KLANG


"BEKWOH SURO ANAK PERANTAU KELANTAN DI LEMBAH KLANG"

SHAH ALAM,28 Ogos 2022 - Bekwoh Suro Anak Perantau Kelantan di Lembah Klang telah berjaya diadakan dengan secara kerjasama sepakat antara anak-anak perantau demi menjayakan program.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Pemangku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok berkata,beliau berasa kagum dengan semangat setiap anak-anak perantau Kelantan yang sepakat berkongsi demi menjayakan program ini.Beliau yang juga merupakan mantan pemangku Bendahari Jalinan Anak-Anak Kelantan(JUAAK) 2021 berkata,JUAAK merupakan platform anak-anak perantau Kelantan sertai demi mengeratkan ukhwah antara satu sama lain.Terima Kasih Saudara Shukri selaku Presiden JUAAK yang begitu memberi komitmen penuh demi memperkasakan JUAAK.Jom daftar ahli JUAAK.Untuk daftar ahli JUAAK hubungi ditalian 0126693726.

MAYC Kawasan Bachok juga mengalukan anak-anak perantau Bachok yang berumur bawah 40 tahun jom sertai MAYC Kawasan Bachok.MAYC Kawasan Bachok membuka seluas-luasnya kepada anak-anak bachok yang berada di seluruh Malaysia termasuk berada di luar negara untuk daftar sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.


Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

Saturday, August 27, 2022

SRIKANDI MAYC KAWASAN BACHOK HADIR HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022


"SRIKANDI MAYC KAWASAN BACHOK HADIR HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2022"

KOTA BHARU,27 Ogos 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok hadir ke Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.

Puan Syamimi Wahidah selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok berkata,kehadiran ini bagi memberi semangat dan suntikan pengalaman kepada Srikandi-Srikandi MAYC Kawasan Bachok untuk terus berjuang bersama MAYC Kawasan Bachok.Srikandi MAYC Kawasan Bachok merupakan sayap MAYC Kawasan Bachok.Jika patahnya sayap,hilanglah taringnya.Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022 dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan.

Terima Kasih Encik Asmadi selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan,Encik Hazri selaku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana menyediakan penganjuran program yang cukup bermanfaat untuk golongan belia dan beliawanis yang hadir.Tetamu Kehormat dihadiri oleh YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan Encik Mohd Azhari selaku Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Terima kasih Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Azura selaku Exco MAYC Kawasan Bachok yang turun hadir dalam Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

TEAM MAYC BACHOK FC SERTAI PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA TERTUTUP DUN JELAWAT 2022


"TEAM MAYC BACHOK FC SERTAI PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA  TERTUTUP  DUN JELAWAT 2022"

SRI KEMUNTING,27 Ogos 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok hantar pemain belia menyertai Pertandingan Sepakan Penalti Komuniti Keluarga Malaysia Tertutup Dun Jelawat 2022.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,pertandingan kali ini merupakan pemanas badan dan latihan untuk beberapa pemain menghadapi saingan Liga Elit Dun Jelawat yang baru berkesudahan di peringkat kumpulan.Walupun sepakan penalti tersungkur di separuh akhir,dalam saingan Liga Elit Dun Jelawat semalam telah membelasah Mahligai dengan 4 gol berbalas 3.Tahniah dan terima kasih Saudara Hanif dan Aqib kerana menguruskan pasukan Bola Sepak Gunong FC demi memperkasakan Sukan Bola Sepak di Kampung Gunong Bachok Kelantan.

Insya Allah tidak lama lagi,MAYC Kawasan Bachok bakal lengkapkan jersi baru demi memberi semangat kepada pemain-pemain untuk mengharungi Liga Elit Dun Jelawat.Dengan rekod,Gunong FC pernah menjuarai Liga Elit Dun Jelawat.Doakan agar kejuaraan tersebut dapat dirangkul sekali lagi untuk dimiliki oleh kesemua pemain-pemain Gunong FC.

MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan tajaan daripada syarikat-syarikat korporat untuk memberi sokongan kewangan untuk pasukan bolasepak Gunong FC.Hubungi ditalian 0169331885 (Hanif-Jurulatih Gunong FC).Insya Allah Pakej-Pakej tawaran tajaan untuk syarikat berminat akan diwar-warkan dalam masa terdekat di halaman facebook dan Instagram MAYC Kawasan Bachok.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

Friday, August 26, 2022

FUTSAL BELIA WAKAF ZIN BAKAL DIANJURKAN DALAM BULAN OKTOBER 2022


"FUTSAL  BELIA WAKAF ZIN BAKAL DIANJURKAN DALAM BULAN OKTOBER 2022"

PUTRAJAYA,27 Ogos 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok bekerjasama dengan Kelab Belia Wakaf Zin untuk mengadakan Pertandingan Futsal Belia Wakaf Zin dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada Oktober nanti.

Saudara Khairul Azri selaku Timbalan Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin merangkap Exco MAYC Kawasan Bachok berkata,pertandingan futsal yang bakal diadakan ini bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain futsal wakaf zin untuk menonjolkan bakat masing-masing.Katanya lagi,pihaknya cuba sedaya  memberi sepenuh kepercayaan kepada pengurusan MAYC Kawasan Bachok dalam penganjuran futsal oktober kelak.

Beliau dalam pertemuan dengan Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok di Putrajaya yang memberi mandat agar Kelab Belia Wakaf Zin dapat diperkasakan lagi bagi membantu menggerakkan lagi organisasi pertubuhan belia tunggal di  Dun Tawang.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...