Wednesday, August 31, 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA MERDEKA TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KUIN PASIR JELAWAT







 "PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA MERDEKA TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KUIN PASIR JELAWAT"

Kuin Pasir Jelawat,1 September 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia mengadakan program anjuran bersama komuniti di Kampung Kuin Pasir Jelawat.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,siri jelajah gotong-royong tanah perkuburan Islam ini merupakan lokasi kedua selepas Tanah Perkuburan Pintu Gerbang Tawang.Pihaknya memberi sepenuh kepercayaan pengurusan kepada Saudara Halim selaku Koordinator Program kali ini.Terima kasih Eniq World Design & Hardware Sdn Bhd,BYO Cosmetic,Emas Che Gas,Real Design Jelawat,Habib Elbie Restaurant Jelawat,KB Brewster Bachok,Warung ARC dan beberapa orang hamba Allah yang memberi sokongan kewangan untuk program kali ini.Sama-sama kita doakan kepada mereka yang menyumbang ini terus dimurahi rezeki berlimpah ruah.

Seramai 81 orang komuniti yang hadir termasuklah golongan belia dan beliawanis.Tahniah dan terima kasih komuniti yang hadir korbankan masa untuk gotong-royong pusara kubur keluarga.Siapalah nak jaga bukan kita.Terima Kasih Penasihat MAYC Kawasan Bachok iaitu YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir merupakan Adun Jelawat sempat singgah bagi sokongan demi menjayakan program kali ini.Terima kasih Puan Syamimi Wahidah selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok yang hadir.

Terima kasih Masjid An-Naim Jelawat dan Surau Al-Huda.Terima kasih kepada semua yang hadir.Penyertaan 81 orang capai sasaran target penyertaan.Tahniah Saudara Halim selaku Koordinator Program ini.Program kali ini juga turut bekerjasama dengan Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jelawat Tengah.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...