Monday, October 30, 2023

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT KEPADA DULI YANG MAHA MULIA SULTAN JOHOR


Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sempena pemilihan DYMM Tuanku Sultan Johor sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024.

Sembah Takzim daripada  Seluruh Pacal-Pacal
 Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok

#MAYCKawasanBachok
#DaulatTuanku

 

Sunday, October 29, 2023

TERIMA KASIH SMK SRI NIPAH









"TERIMA KASIH SMK SRI NIPAH"

Kampung Nipah,30 Oktober 2023 - Seluruh Jawatankuasa Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan ribuan terima kasih khasnya untuk pengurusan pentadbiran SMK Sri Nipah kerana mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada belia SMK Sri Nipah yang sertai Program Mobilisasi SATRIA Peringkat Daerah Bachok Siri 3/2023 tempoh hari.

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dihadiri oleh Cikgu Saidin PKP SMK Sri Nipah mewakili Puan Hajah Madiah Binti Hassan selaku Pengetua SMK Sri Nipah.

Tahniah dan Terima kasih semua adik-adik belia SMK Sri Nipah.

 Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

KURSUS SMARTSTART 2.0 PRA PERKAHWINAN 2023 BERJAYA DIADAKAN






"KURSUS SMARTSTART 2.0  PRA PERKAHWINAN 2023 BERJAYA DIADAKAN"

Kota Bharu,30 Oktober 2023 -Kursus SmartStart 2.0 Pra Perkahwinan 2023 berjaya diadakan secara atas talian pada 29 Oktober 2023.Kursus kali ini dianjurkan secara PERCUMA.

Kursus kali ini anjuran bersama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Kelantan,Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu kerjasama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Gua Musang.

Dianggarkan 30 orang hingga 44 orang yang sertai menjayakan kursus kali ini.Alhamdulillah semua peserta dapat diberi pengisian seperti Alam Perkahwinan,Pelayaran Cinta dan Rahsia Cinta.

Tahniah dan Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus kali ini.

 Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

12 PASUKAN SERTAI KEJOHANAN BOWLING KELAB BELIA TUNGGAL PERINGKAT DAERAH BACHOK 2023












"12 PASUKAN SERTAI  KEJOHANAN BOWLING KELAB BELIA TUNGGAL PERINGKAT DAERAH BACHOK 2023"

Tunjong,30 Oktober 2023 - 12 Pasukan sertai Kejohanan Bowling Kelab Belia Tunggal Peringkat Daerah Bachok 2023.

Kelab Belia Gunong dan Kelab Belia Jelawat Tengah antara Kelab Belia Tunggal yang menyertai kejohanan kali ini.Alhamdulillah secara rumusannya,peserta amat gembira dengan pelaksanaan kejohanan kali ini dan dicadangkan untuk anjur siri 2.

Tahniah dan Terima kasih kepada semua peserta yang turun bagi sokongan demi menjayakan kejohanan.Insya Allah ada masa ruang kami cuba anjurkan kejohanan sebegini buat kali kedua di Kelantan.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun sertai kejohanan ini diwakili oleh Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Saudara  Muhamad Azrie Bin Abdullah Tahir selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok,Saudari Suriani Binti Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan beberapa sukarelawan & sukarelawati MAYC Kawasan Bachok yang turun bantu menjayakan kejohanan kali ini.

Terima kasih Lite Superbowl JB7 Mydin Tunjong Kelantan kerana menyediakan kemudahan yang selesa untuk kami anjurkan kejohanan kali ini.

 Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERLU DIPERKASAKAN UNTUK GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS









"SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERLU DIPERKASAKAN UNTUK GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS"

Bukit Temalong,30 Oktober 2023 - Seni mempertahankan diri perlu diperkasakan untuk golongan belia dan beliawanis demi memberi pengisian masa yang manfaat.

Pengisian aktiviti sebegini boleh menarik minat setiap belia dan beliawanis daripada terjebak perkara yang negatif.Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok berkata,hobi yang kita minati perlu diterjemahkan untuk dibawa ke peringkat tertinggi.

Setiap orang ada minat hobi masing-masing mengikut citarasa kehendak sendiri.Beliau turun di Majlis Perasmian Pelima Anak Muay Kelab Muay Bonda Nik Nah Stewong Bukit Temalong yang dirasmikan oleh Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Mantan Adun Jelawat merangkap Penasihat MAYC Kawasan Bachok diiringi oleh Encik Sardi selaku Pegawai Khas YB Exco Pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tahniah dan Terima kasih Urusetia diwakili oleh Saudara Mie,Saudara Kamal Stewong dan semua yang terlibat menjayakan program.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...