Sunday, May 30, 2021

BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK 29 MEI 2021














(BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK 29 MEI 2021) Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berpeluang menyertai bersama keluarga besar rakan-rakan MAYC Kebangsaan secara online dalam Program 'Air Mata Al-Aqsa Doa MAYC Buatmu'.Program telah diadakan pada 18 Mei 2021(Selasa) jam 8.00 Malam bertempat di kediaman masing-masing. Program ini turut menerima kehadiran tetamu istimewa Presiden Majlis Belia Malaysia Saudara Jufitri Bin Joha yang berpeluang menyampaikan perkongsian pelan jangka pendek dan jangka panjang Majlis Belia Malaysia dalam membantu saudara-saudara Islam di Palestin. Beberapa kenyataan tegas telah dikeluarkan oleh MBM bagi mewakili suara belia Malaysia ke persada Antarabangsa. Dalam masa terdekat juga, satu kenyataan bersama antara beberapa pemimpin belia Asean akan dikeluarkan menyatakan Solidariti terhadap perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman Zionist dan menghentikan segera peperangan dan pencerobohan tanah Palestin secara haram dan paksaan. Di akhir program, YB. Mohd Syahbuddin Presiden MAYC Kebangsaan berkongsi kisah pengalaman ke bumi Palestin beberapa tahun yang lalu bersama Presiden MBM ketika itu Saudara Muammar Ghadafi dan beliau dapat melihat sendiri semangat perjuangan yang tidak pernah luntur rakyat Palestin mempertahankan kedaulatan Tanahair mereka. Beliau turut mengharapkan agar keluarga MAYC teruskan berdoa dan berikan sebarang bentuk bantuan yang boleh diberikan. Semoga usaha kecil MAYC Kebangsaan ini diberkati oleh Allah SWT serta diterima segala doa-doa kami. Semoga kesengsaraan rakyat Palestin akan segera tamat dan berakhir. Tahniah MAYC Care dibawah MAYC Kebangsaan atas penganjuran yang bermanfaat ini.Terima Kasih Saudara Yazid selaku Naib Presiden MAYC Kebangsaan merangkap Pengerusi MAYCCare atas jemputan untuk MAYC Kawasan Bachok. Ikuti perkembangan terkini aktiviti MAYC Kawasan Bachok di media sosial kami seperti berikut : FB page : MAYC Kawasan Bachok Instagram : mayc_bachok Jangan lupa tekan butang follow,like dan share. #MyMAYC #PrayForPalestine #WestandwithPalestine #DoaUntukPalestin #MAYCCare #MAYCKebangsaan

LOCKDOWN RAMAI YANG RESAH


"LOCKDOWN RAMAI YANG RESAH"

Kemudi,31 Mei 2021 - MAYC Kawasan Bachok mengalukan sumbangan orang ramai bagi disalurkan kepada keluarga yang dikuarantin,asnaf,oku dan anak yatim di Sekitar Jajahan Bachok.

Bachok mempunyai 3 Dun iaitu N20 Tawang,N21 Pantai Irama dan N22 Jelawat.Shahrul Afizan selaku Naib Pengerusi 2 MAYC Kawasan Bachok berkata,pihaknya memerlukan sejumlah RM75,000  bagi menyalurkan sumbangan "BARANGAN ASAS" kepada 1,500 keluarga terdiri daripada asnaf,dikuarantin Covid-19,oku dan anak yatim.Beliau menyasarkan 500 keluarga untuk 1 Dun dalam Jajahan Bachok.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Reference : Sumbangan 1500 Keluarga
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.

                   #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYC #MAYCTetapDihati #MAYCSelamanya 
                  #MAYCBachok  #BersatuMaju 



 

Saturday, May 22, 2021

AIDILFITRI IKATAN UKHWAH SILATURRAHIM











"AIDILFITRI IKATAN UKHWAH SILATURRAHIM"

Kemudi,21 Mei 2021 - MAYC  Kawasan Bachok turun ke 8 buah rumah di Kampung Kemudi bagi mengeratkan silaturrahim yang bertemakan "AIDILFITRI IKATAN UKHWAH SILATURRAHIM".

Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun program kali ini Saudara Mohd Noor Shahrul Afizan Ismail selaku Naib Pengerusi 2 MAYC Kawasan Bachok.Shahrul berkata,tema Aidilfitri Ikatan Ukhwah Silaturrahim ini merupakan salah satu tujuan bagi lebih mendekati nilai kekeluargaan dalam masyarakat sekitar yang telah diterapkan sejak dahulu lagi semenjak turun temurun.

Mengiringi beliau 3 orang sukarelawan belia yang bakal diserapkan dalam VAV MAYC Kawasan  Bachok apabila VAV MAYC Kawasan Bachok dilancarkan kelak.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada hamba-hamba Allah sudi menyumbang sedikit sebanyak keperluan asas untuk 8 buah rumah ini bagi meringankan beban mereka menempuhi Covid-19 ini.



Selain itu,MAYC Kawasan Bachok juga dapat makluman dari Kampung Alur Ganu Dun Jelawat bahawa satu keluarga hadapi kuarantin.Keluarga Muhammad Afiq kena kuarantin Covid-19 bermula 16 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021.Alhamdulillah Afiq juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada MAYC Kawasan Bachok sudi membantu keluarga beliau,Beliau mengambil inisiatif untuk menyertai MAYC Kawasan Bachok bagi mendapatkan beberapa info ataupun perkembangan terkini peluang/program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,Jabatan Belia Dan Sukan Negara,Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan,Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok dan MAYC Kawasan Bachok.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.

                   #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYC #MAYCTetapDihati #MAYCSelamanya 
                  #MAYCBachok  #BersatuMaju 

 

Saturday, May 15, 2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA PADA 15 MEI 2021 KEPADA SEMUA GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS


"SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA PADA 15 MEI 2021 KEPADA SEMUA GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS"
Daripada :
Pengerusi dan Seluruh Kepimpinan MAYC Kawasan Bachok
Tekan Link dibawah untuk daftar sebagai Ahli Keluarga MAYC Kawasan Bachok :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKs35Av0U5Io9k64XEbEj0FK8OyroQBMAC_3Hi9xx-yo2sZA/viewform?fbclid=IwAR3M_BIm-KbEM9b87nRxzGK1uEWwbXh2_WdYZwDelXpJLta0O-ldR9L_lq4



 

Thursday, May 13, 2021

MAYC NEGERI KELANTAN KERJASAMA DENGAN SMK PAK BADOL MENGADAKAN PENYERAHAN PEMANGUAT SEMANGAT AIDILFITRI 1442H





"MAYC NEGERI KELANTAN KERJASAMA DENGAN SMK PAK BADOL  MENGADAKAN PENYERAHAN  PEMANGKIN SEMANGAT AIDILFITRI 1442H"

Pak Badol,12 Mei 2021 - MAYC Negeri Kelantan mengadakan kerjasama dengan SMK Pak Badol mengadakan penyerahan pemangkin semangat Aidilfitri 1442H kepada 5 orang wakil penerima terdiri daripada keluarga  pelajar SMK Pak Badol yang memerlukan.

Saudara Ahmad Faris selaku MAYC Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Hakimi selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan atas kecaknaan bagi memperkasakan MAYC peringkat kawasan.Terima Kasih MAYC Negeri Kelantan atas inisiatif sokongan padu ini untuk peringkat kawasan.

Alhamdulillah,kali ini SMK Pak Badol turut membuat penyerahan sedikit sumbangan sekali dengan "BARANGAN ASAS" yang kami berikan.Terima Kasih Semua.Semoga terus dimurahi rezeki sentiasa.

Penyerahan dibuat oleh Wakil SMK Pak Badol.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #SMKPakBadol
#Aidilfitri #Syawal2021

 

SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 7 ORANG SUKARELAWAN MAYC KAWASAN BACHOK DALAM SUKARELAWAN MYVAC BACHOK






"SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA 7 ORANG SUKARELAWAN MAYC KAWASAN BACHOK DALAM SUKARELAWAN MYVAC BACHOK"

Tangok,6 Mei 2021 - MAYC Kawasan Bachok mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok kerana sudi bagi peluang kepada golongan belia menyertai Sukarelawan MyVac bertempat di Dewan Tuanku Canselor University Malaysia Kelantan Kampus Bachok.

Sesi penerangan MyVac secara pengenalan diberi oleh Encik Hafizie selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Bachok.Terima Kasih Puan Emy  dan Puan Linda atas ruang dan peluang diberi.

7 Orang Sukarelawan MAYC Bachok seperti berikut :
1.Shakir
2.Hafizudin
3.Faiz
4.Hazami
5.Aziz
6.Dinie Thaqif Azhar
7. Nur Alia Yasmin   

Daftar sekarang sebagai MyVac :

https://www.myvac.com.my

Terima Kasih Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,MOSTI,KPT,Jabatan Belia Dan Sukan Negara,Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok kerana bagi peluang dan ruang kepada belia dan beliawanis.

Kredit Gambar : Page Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok

#MyVacBachok #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KitaMasihBelumMenang #KitaJagaKita #PejabatBeliaDanSukanDaerahBachok

AIR MATA AIDILFITRI MENGUKIR SENYUMAN SEMANIS KURMA










"AIR MATA AIDILFITRI MENGUKIR SENYUMAN SEMANIS KURMA"

Selayang Baru,12 Mei 2021 - Biro Anak Perantau MAYC Bachok mengadakan ziarah kasih sinar Aidilfitri Ukhwah Tanpa Sempadan di Selayang Baru sebanyak 5 Buah Rumah.

Rumah yang diziarahi terdiri daripada golongan OKU,Asnaf dan Ibu Tunggal.Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang merupakan Pengerusi MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Ahmad Faris merangkap Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok,Saudara Nazri Faiz selaku EXCO MAYC Bachok merangkap Pengerusi MAYCare Bachok &Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia dan Saudara Saiful Sahak selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Tanjung.

Terima Kasih MAYC Kawasan Selayang kerana memberi sokongan padu dalam mendekati golongan terbabit di Sekitar Selayang.MAYC merupakan persatuan belia yang harus disertai oleh golongan belia dan beliawanis diluar sana bagi mendekati masyarakat sekitar.Terima Kasih kepada Shah Zanuriman selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang atas sumbangan 5 Pax untuk ziarah kali ini.

Saudara Ahmad Faris berkata,rombongan beliau juga turut ziarah 2 orang anak yatim yang kehilangan bapa di Selayang Height,Secara ringkasannya dengan ziarah kali ini,beliau merasakan amat sedih dan pilu apabila mendekati mereka yang memerlukan dan mendoakan agar terus dirahmati oleh Allah s.w.t.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari. #MyMAYC #MAYCBachok #BiroAnakPerantauMAYCBachok #JUAAK

TERIMA KASIH PERTUBUHAN SKUAD INSANIAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR








"SEMANIS SENYUMAN,SEMERBAK BUNGA AIDILFITRI"

Selayang Height,11 Mei 2021 - Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok meneruskan khidmat baktinya di perantauan dengan menyantuni seberapa golongan orang kelantan dan bachok yang berada di perantauan.

"Semanis Senyuman,Semerbak Bunga Aidilfitri" diadakan dengan anjuran bersama Pertubuhan Skuad Insaniah Kuala Lumpur Dan Selangor dengan kerjasama Persatuan Jalinan Ukhuwah Anak Anak Kelantan.

Alhamdulillah 21 Pax telah diagihkan kepada golongan asnaf,OKU dan Balu.Terima Kasih Puan Noor mewakili Pengurusan JMB Apartment Batai sudi bantu bagi kerjasama.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok merangkap Bendahari Agung Persatuan Jalinan Ukhuwah Anak Anak Kelantan berkata,beliau melihat ramai anak-anak Kelantan yang telah bermastautin di Selayang  semenjak tahun 1980 lagi.Anak Kelantan yang berpindah ke sini bermastautin ada yang beliau jumpa terdiri daripada Daerah Tumpat,Machang,Bachok,Kota Bharu dan Gua Musang.

Alhamdulillah....Beliau amat bersyukur dengan anjuran bersama Pertubuhan Skuad Insaniah Kuala Lumpur Dan Selangor ini dapat memberi serba sedikit senyuman Aidilfitri kepada golongan tersebut.

Berikut adalah senarai penerima yang diberi :-

Asnaf
1)Musalmah Bte Ahmad


2)Maznah Bte Hj zakariah


3)Noriah Bte Husin


4)Marhumi Bte Ali

5)Omar B Mohd Noor

6)Nurhidayah Bte Abdullah


7)Mohd Hamizan B Othman


8)Hamimah Bte Dreaman


9) Muhammad Ibrahim Thomas B Abdullah

10) Nur Hidayah

11) ASO

OKU

1)Mohd Mazwan B Ibrahim


2)Nursyahira Bte Mohammad Reduan(terlantar)


3)Mohd Khairul Anuar B Abdullah(Bisu)

4)Zainab Bte Ibrahim


5) Muhammad Affan B  Abu Bakar (terlantar)

BALU
1)Siti Fatimah Bte Makan


2) Fauziah Bte Mohd Ali



3)Suriyati Bte Sarwan

4)Roslawati Bte Borhan


6)Zainab Bte Ahmad

7)Zainab

Kepada yang ingin menyumbang serba sedikit sumbangan berbentuk " WANG TUNAI" bolehlah salurkan sumbangan anda ke no akaun seperti berikut :-

PERTUBUHAN SKUAD INSANIAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
564548158059
MAYBANK

Selepas anda salurkan sumbangan ke akaun tersebut.Boleh hantar resit sumbangan tersebut ke talian whatasapp seperti berikut :- 019-3282160
                                                           #squadinsaniah

 

 

SINAR AIDILFITRI 1442 MAYC KAWASAN BACHOK KERJASAMA J&T GUNONG



"SINAR AIDILFITRI 1442  MAYC KAWASAN BACHOK KERJASAMA  J&T GUNONG"

Bukit Temalong,12 Mei 2021 - MAYC Kawasan Bachok mengadakan ziarah Sinar Aidilfitri 1442H ini bagi mewakili hamba Allah daripada Johor untuk menyampaikan sedikit cenderahati "Barangan Asas" bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Muhammad Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok mengiringi wakil J&T Gunong iaitu Saudari Nurul bagi menyampaikan  "BARANGAN ASAS" kepada ibu 3 orang anak yatim (Nur Fidyana Damiela Binti Mohd Fairul,Nor Damia Damiela Binti Mohd Fairul dan Nor Danisha Damiela Binti Mohd Fairul).Cik Damiela Ikhwan telah kehilangan suami tercinta tahun lepas 2020.Allahyarham Suami beliau  berasal daripada Felda Bukit Batu Kulai Johor.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Kepimpinan MAYC Kawasan Bachok,J&T Gunong dan hamba Allah daripada Johor atas sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban bagi menempuhi syawal 1442H.Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi hamba-hamba Allah membantu MAYC Kawasan Bachok untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bagi memperkasakan lagi ziarah kebajikan untuk golongan asnaf,Oku,anak yatim dan balu.

MAYC Kawasan Bachok adalah salah satu platform terbaik setakat ini yang telah saya tengok untuk golongan belia dan beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Damiela Ikhwan juga berkata,beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Muhammad Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok serta Cik Nurul Wakil J&T Gunong sudi turun ziarah anak beliau.Beliau juga mendoakan agar hamba Allah daripada Johor dan Kuala Lumpur terus dimurahi rezeki berlimpah ruah,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dilindungi Allah S.w.t dan dipercepatkan jodoh.

Selain itu,saudara Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok mengalukan seluruh Warga Bachok,Warga Kelantan dan Seluruh Rakyat Malaysia sama-sama kita berkongsi rezeki walaupun RM1.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #Bachok #Kelantan #J&TGunong

 

Tuesday, May 11, 2021

ZIARAH PENGHUJUNG RAMADHAN KE RUMAH ALLAHYARHAM POK SOH MUAALAF



"ZIARAH PENGHUJUNG RAMADHAN KE RUMAH ALLAHYARHAM POK SOH MUAALAF"

Gunong,11 Mei 2021 - MAYC Kawasan Bachok mengadakan Ziarah Penghujung Ramadhan Ke Rumah Allahyarham Pok Soh Muaalaf tepi Balai Polis Gunong.

MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Mohd Azrien Bin Mohd Nasir.Alhamdulillah terima kasih kepada hamba Allah.Semoga terus dimurahi rezeki sentiasa.

Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari. #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #Bachok #Kelantan

 

ZIARAH SINAR AIDILFITRI UKHWAH TANPA SEMPADAN 1442H






 
"ZIARAH  SINAR AIDILFITRI UKHWAH TANPA SEMPADAN 1442H"

Selayang Indah,10 Mei 2021 - Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok mengadakan ziarah Aidilfitri Ukhwah Tanpa Sempadan 1442H ke 3 Buah Rumah di Kampung Selayang Indah.Beliau juga merupakan Alumni Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Terima Kasih Saudara Nazrin Faiz selaku Pengerusi Biro MAYCare Bachok merangkap Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia,Cikgu Zainab(Sukarelawan JKM Gombak) dan Puan Sarah (Naib Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok).

Terima Kasih Persatuan Jalinan Ukhwah Anak Anak Kelantan(JUAAK),MAYC Kawasan Selayang dan Alumni Parlimen Belia Malaysia atas sokongan padu untuk ziarah Sinar Aidilfitri kali ini.


Semoga dapat mengukir senyuman kepada penerima Insya Allah.

Akhir sekali,pihak MAYC Kawasan Bachok memohon agar semua menadahkan tangan berdoa  kepada adik Muhammad Firdaus Bin Mohd Asri merupakan suspect penyakit Biliary Atrisia.Sama-sama kita berdoa agar Adik Muhammad Firdaus Bin Mohd Asri semoga cepat sembuh dan dijauhi daripada segala penyakit.

" BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,YA ALLAH,KAMI MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH,SEMBUHKAN ADIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ASRI DARIPADA BILIARY ATRISIA YA ALLAH,LINDUNGILAH ADIK MUHAMMAD FIRDAUS YA ALLAH,YA ALLAH YA RAHIM YA FATTAH YA ALIM,MURAHKAN REZEKI KAMI YA ALLAH,PERMUDAHKAN URUSAN PERNIAGAAN KAMI YA ALLAH AGAR TERUS MAJU YA ALLAH DAN PERMUDAHKAN URUSAN KAMI SETIAP HARI YA ALLAH,YA ALLAH, YA RAHIM YA FATTAH YA ALIM,RABBANA ATINA FIDDUNIA HASSANAH WAFILAKHIRATIHASANAH WAKINA AZZABANNAR,WASSOALLAHUALA SAIYYIDANA MUHAMMAD WAALA ALIHI WASHOBIHA WASSALAM WALALHAMDULILLAHIRRAHBILALAMIN"
Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari. #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYC #AlumniParlimenBeliaMalaysia #MAYCSelayang #KitaJagaKita #UkhwahTanpaSempadan #PersatuanJalinanUkhwahAnakAnakKelantan #SelayangIndah #PenghujungRamadhan #SinarAidilfitri



 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...