"SINAR AIDILFITRI 1442 MAYC KAWASAN BACHOK KERJASAMA J&T GUNONG"
Bukit Temalong,12 Mei 2021 - MAYC Kawasan Bachok mengadakan ziarah Sinar Aidilfitri 1442H ini bagi mewakili hamba Allah daripada Johor untuk menyampaikan sedikit cenderahati "Barangan Asas" bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma.
Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Muhammad Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok mengiringi wakil J&T Gunong iaitu Saudari Nurul bagi menyampaikan "BARANGAN ASAS" kepada ibu 3 orang anak yatim (Nur Fidyana Damiela Binti Mohd Fairul,Nor Damia Damiela Binti Mohd Fairul dan Nor Danisha Damiela Binti Mohd Fairul).Cik Damiela Ikhwan telah kehilangan suami tercinta tahun lepas 2020.Allahyarham Suami beliau berasal daripada Felda Bukit Batu Kulai Johor.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Kepimpinan MAYC Kawasan Bachok,J&T Gunong dan hamba Allah daripada Johor atas sumbangan ini bagi meringankan sedikit beban bagi menempuhi syawal 1442H.Beliau juga mengharapkan lebih ramai lagi hamba-hamba Allah membantu MAYC Kawasan Bachok untuk menyalurkan sumbangan ikhlas bagi memperkasakan lagi ziarah kebajikan untuk golongan asnaf,Oku,anak yatim dan balu.
MAYC Kawasan Bachok adalah salah satu platform terbaik setakat ini yang telah saya tengok untuk golongan belia dan beliawanis untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.
Damiela Ikhwan juga berkata,beliau mengucapkan terima kasih kepada wakil MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Muhammad Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok serta Cik Nurul Wakil J&T Gunong sudi turun ziarah anak beliau.Beliau juga mendoakan agar hamba Allah daripada Johor dan Kuala Lumpur terus dimurahi rezeki berlimpah ruah,dipermudahkan segala urusan,dipanjangkan umur,dilindungi Allah S.w.t dan dipercepatkan jodoh.
Selain itu,saudara Azwan selaku Naib Pengerusi 1 MAYC Kawasan Bachok mengalukan seluruh Warga Bachok,Warga Kelantan dan Seluruh Rakyat Malaysia sama-sama kita berkongsi rezeki walaupun RM1.
Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #Bachok #Kelantan #J&TGunong
No comments:
Post a Comment