Tuesday, January 31, 2023

SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 1 FEBUARI 2023


"SELAMAT HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 1 FEBUARI 2023"

Pengerusi,Timbalan Pengerusi serta Seluruh Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 2023.

Selamat Bercuti semua kepada golongan belia dan beliawanis Bachok yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022


"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022"

Seluruh Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2022 untuk adik-adik semua yang bermula pada 30 Januari 2023 hingga 15 Mac 2023.

Selamat Berjuang adik-adik.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Friday, January 27, 2023

PROGRAM CSR SISWA SISWI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU DI KAMPUNG GUNONG BACHOK KELANTAN

"PROGRAM CSR SISWA SISWI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU DI KAMPUNG GUNONG BACHOK KELANTAN"

Kampung Gunong,27 Januari 2023- Program CSR Siswa Siswi Universiti Malaysia Terengganu telah diadakan di Kampung Gunong Bachok Kelantan dengan jayanya.

Saudara Wan Muhammad Naziq Bin Che Nor selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok berkata,program csr kali ini merupakan satu pendekatan mahasiswa dan mahasiswi menabur khidmat bakti bersama masyarakat.

Kali ini csr di Kampung Gunong Bachok dengan mengadakan sesi ziarah ke rumah yang terkesan banjir,asnaf yang terpilih dan anak yatim yang terpilih.Terima kasih Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok yang turun dalam program kali ini.

Terima kasih Pemuda Masjid Gunong yang diketuai oleh Saudara Faisal serta beberapa sukarelawan Pemuda Masjid Gunong yang  turut turun bersama dalam Program CSR Siswa Siswi Universiti Malaysia Terengganu.Terima kasih Tuan Imam Masjid Mukim Gunong sudi bersama rombongan.

Terima kasih kepada Siswa Siswi Universiti Malaysia Terengganu yang terlibat.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Thursday, January 26, 2023

RAYUAN SUMBANGAN DERMA UNTUK TABUNG PEMBINAAN MASJID BARU MUKIM KUALA KANDIS BACHOK,KELANTAN





[RAYUAN SUMBANGAN DERMA UNTUK TABUNG PEMBINAAN MASJID BARU MUKIM KUALA KANDIS BACHOK,KELANTAN]

"Bandingan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh  menerbitkan tujuh tangkai,tiaptiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan(ingatlah)kurniaaNya,lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Sebarang Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank atas nama  : MASJID KANDIS sepertimana dibawah :

03090020262307(Bank Islam)
Reference : Sumbangan Pembinaan Masjid Baru Mukim Kandis

atau

8604458164(CIMB)
Reference : Sumbangan Pembinaan Masjid Baru Mukim Kandis

Sebarang pertanyaan hubungi Pegawai Masjid ditalian :

1.Ustaz Norazman Bin Che Hassan(Imam Tua)  : 013-9752170
2.Encik Rozmi Bin Mustapha(Imam Muda)  : 010-7840267

"Jom kita sama-sama bersedekah sempena hari Jumaat yang mulia ini"

#JomBersedekahJumaat #SahamAkhirat


 

KELANTAN PERLUKAN PERSIAPAN AWAL UNTUK ACARA SUKAN BERKUDA

"KELANTAN PERLUKAN PERSIAPAN AWAL UNTUK  ACARA SUKAN BERKUDA"

Kuala Lumpur,26 Januari 2023 - Kelantan perlukan persiapan awal untuk acara sukan berkuda.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,persiapan awal ini merupakan persediaan beberapa kejohanan yang bakal disertai.Acara Sukan Berkuda sudah sekian lama tidak berada dalam Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) dan tiada dalam senarai top 15 di peringkat Majlis Sukan Negara dan Negeri.

Katanya lagi,bermula 2023 pihaknya menyasarkan target 5% persiapan jentera demi meyakinkan pihak pengurusan tertinggi Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara termasuklah Persatuan Ekuestrian Malaysia.Atas beberapa faktor penganjuran tidak dipertandingkan dalam Temasya Sukan Malaysia seperti kos penganjuran haruslah kita galaskan secara bersama syarikat-syarikat korporat demi memperkasakan kembali Sukan Ekuestrian(Berkuda) di Malaysia dan Negeri Kelantan.Doakan agar hajat dan hasrat untuk masukkan acara berkuda(Ekuestrian) dalam Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Kelantan pada 2026 tercapai.

Beliau berkata dalam sesi ziarah ayah kepada Saudara Ali Kanis yang merupakan penunggang kuda lasak Dbali Stable.

Ayah kepada Saudara Ali Kanis dimasukkan wad ICU Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju Kuala Lumpur.Sama-sama kita doakan agar ayah kepada Saudara Ali Kanis segera sembuh seperti sediakala.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Sunday, January 22, 2023

KEM MOTIVASI ANAK MUDA KELANTAN 2023 BERJAYA DIANJURKAN DI BACHOK KELANTAN







"KEM MOTIVASI ANAK MUDA KELANTAN 2023 BERJAYA DIANJURKAN DI BACHOK KELANTAN"

BACHOK,22 Januari 2023- Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 berjaya dianjurkan di Bachok Kelantan dengan penyertaan seramai 93 orang peserta dan 22 orang urusetia yang telah menyertainya.Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 telah diadakan di Sudara Beach Resort & Spa.

Saudara Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz selaku Ketua Koordinator Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 merangkap Penyelaras MAYC Kawasan Bachok N21 Dun Pantai Irama berkata,kem kali ini berjaya diadakan di Bachok yang julung kalinya diadakan pada tahun 2023.

Alhamdulillah,Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 diberi sokongan penuh oleh Yayasan Bank Rakyat.Kali ini turut dibantu rakan strategik NGO seperti Geng Tolong Orang-GTO Kelantan,MAYC Kawasan Bachok,Alumni Parlimen Belia Malaysia dan YCM Kelantan.

Terima kasih Saudara Mohd Noor Shahrul Afizan Bin Ismail selaku Naib Pengerusi 2 MAYC Kawasan Bachok sudi turun dalam Majlis Perasmian Penutup Kem Anak Muda Kelantan 2023 mewakili Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Terima kasih Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat yang turun merasmikan Kem Anak Muda Kelantan 2023.Terima kasih Saudari Nik Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Saudara Azam Ghazali selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok dan Fazlie mewakili Jawatankuasa Sementara MAYC Kawasan Bachok N20 Dun Tawang.Terima kasih 22 orang urusetia yang menjayakan kem kali ini.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok.

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir



 

Saturday, January 21, 2023

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2023


"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2023"

Seluruh Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua keluarga bangsa cina di Bachok,Kelantan dan seluruh Malaysia.

Gong Xi Fa Cai !!

Xin Nian Kuai Le!!

Semoga dengan datangnya tahun baru arnab ini dapat memberi kebahagiaan,dimurahi rezeki berlimpah ruah dan perniagaan terus maju.

Kita satu keluarga Malaysia yang demokrasi,aman.makmur dan sejahtera di Malaysia tercinta.

#SelamatTahunBaruCina2023 #BachokKuSayang #MAYCKawasanBachok #Kitasatukeluarga  

 

ANAK MUDA BACHOK MEWAKILI MALAYSIA SERTAI INTERNATIONAL TENT PEGGING WORLD CUP QUALIFIER GROUP A

"ANAK MUDA  BACHOK MEWAKILI MALAYSIA SERTAI INTERNATIONAL TENT PEGGING WORLD CUP QUALIFIER GROUP A"

DOHA,21 Januari 2023 - Anak Muda Bachok mewakili Malaysia sertai International Tent Pegging World Cup Qualifier Group A di Cairo Egypt.

Saudara Ahmad Mustaqim bin Hassaim merupakan anak jati Bachok yang mewakili Malaysia melalui Skuad Berkuda ATM.

Seluruh keluarga Bachok mendoakan kejayaan milik anda dan Malaysia.5 orang yang mewakili Malaysia dalam International Tent Pegging World Cup Qualifier Group A bakal bersaing dengan negara-negara hebat seperti Qatar.

Semoga dipermudahkan segala urusan disana.

#MalaysiaBoleh #HebatkanBachok #BachokKuSayang

 

Friday, January 20, 2023

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN KE-49


"SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN KE-49"

     Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra yang ke-49 tahun pada 20 Januari 2023.

Selurun pacal-pacal MAYC Kawasan Bachok mendoakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindunganNya, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan dan dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat.
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku!
Sembah Ta'zim
🙏🏻
Seluruh Pacal-Pacal MAYC Kawasan Bachok

#HariKeputeraanTengkuMahkotaKelantan #HappyBirthdayTMK #MAYCKawasanBachok


 

Thursday, January 19, 2023

RAYUAN PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN MASJID AL NAIM JELAWAT BACHOK KELANTAN MALAYSIA




[RAYUAN PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PEMBANGUNAN MASJID AL NAIM JELAWAT BACHOK KELANTAN MALAYSIA]

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda  :

"Apabila anak Adam telah meninggal dunia,maka putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara seperti sedekah jariah,ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya"

Gambar yang dilampirkan tersebut merupakan dalam kawasan Masjid Al Naim Jelawat Bachok Kelantan Malaysia.Jom sama-sama kita bersedekah untuk memudahkan pihak pengurusan masjid perkasakan pembangunan sekitar halaman masjid dan menyalurkan sumbangan makanan asas kepada yang memerlukan sekitar lokalti Masjid Al Naim Jelawat Bachok Kelantan.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank Masjid Al Naim Jelawat Bachok seperti berikut :

03018010105480(Bank Islam)

"Jom bersedekah sempena hari Jumaat yang penuh barokah ini"

#SahamAkhirat #JomBersedekahJumaat
 

Tuesday, January 17, 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB YANG KE-63 TAHUN


"SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN  YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB YANG KE-63 TAHUN"

Bachok,18 Januari 2023- Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran khas untuk YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang ke-63 tahun.

Semoga YB Dato' Sri dapat meneruskan khidmat bakti untuk seluruh keluarga Malaysia.Khidmat bakti yang YB Dato' Sri curahkan semasa berjawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 amat diperlukan demi melestarikan ekonomi Malaysia.

                                                       Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah :-


Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Saturday, January 14, 2023

MESYUARAT JAWATANKUASA MAYC KAWASAN BACHOK BIL.1/2023

"MESYUARAT JAWATANKUASA MAYC KAWASAN BACHOK BIL.1/2023"

Bachok,15 Januari 2023- Mesyuarat Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok Bil.1/2023 telah diadakan semalam pada 14 Januari 2023 Sempena Ulangtahun penubuhan MAYC Kawasan Bachok yang ke-3.

Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok berkata,mesyuarat semalam merupakan salah satu perbincangan secara bersama dalam sebuah organisasi bergerak secara berjemaah.

Insya Allah 4 program bakal dianjurkan sehingga bulan Mac 2023.Beberapa mandat diberikan oleh Pengerusi MAYC Kawasan Bachok untuk terus membawa obor MAYC di Daerah Bachok supaya terus subur.

MAYC merupakan wadah perjuangan anak muda.MAYC merupakan platform yang terbaik untuk anak muda.Insya Allah walaupun tak ramai tetapi kami sentiasa ada.Selamat berkhidmat untuk fasilitator MAYC Kawasan Bachok yang bakal berkhidmat di Kem Motivasi Anak Muda Kelantan pada 20-22 Januari 2023.Manakala Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Pauh Lima telah dimuktamadkan pada 18 Febuari 2023 jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari sempena Israj Mikraj.Sebelah malam pula bakal diadakan Program Jalinan Kasih Cintailah MAYC antara Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok.Bulan 3 Ramadhan Al-Mubarak Insya Allah diteruskan acara tahunan iaitu singgah sahur.

Doakan kami agar diberi kekuatan untuk terus membawa obor MAYC di Daerah Bachok.Terima kasih Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok yang mengorbankan masa hadir mesyuarat semalam.Hanya Allah sahaja dapat memberi ganjaran pahala untuk kalian semua.

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Friday, January 13, 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PENUBUHAN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(M.A.Y.C)KAWASAN BACHOK KE-3 TAHUN


"SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN PENUBUHAN PERSATUAN KELAB-KELAB BELIA MALAYSIA(M.A.Y.C)KAWASAN BACHOK KE-3 TAHUN"

Bachok,14 Januari 2023-Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok hari ni telah berusia 3 tahun.Kelulusan penubuhan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok telah diluluskan pada 14 Januari 2020.

Semoga Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok dapat terus diperkasakan dan melahirkan lebih ramai pemimpin belia di Daerah Bachok.

    Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah :-


Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

Thursday, January 12, 2023

RAYUAN PERMOHONAN SUMBANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN GARAJ KENDERAAN MASJID AS-SOLOHIN,MUKIM KELUAT,BACHOK


[RAYUAN PERMOHONAN SUMBANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN GARAJ KENDERAAN MASJID AS-SOLOHIN,MUKIM KELUAT,BACHOK]

Rayuan  sumbangan bagi membina dan menyiapkan garaj kenderaan berukuran 50’ X 16’ dengan ketinggian 8’ dengan binaan MATALDECK G28 serta struktur kekuda keluli termasuk tiang keluli dan lantai simen. 

Kos diperlukan : RM10,400.00

Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Agrobank

No Akaun: 2006631000109856
Atas Nama: Masjid Mukim Keluat Masjid As-Solihin, Mukim Keluat, Bachok

Sila WhatsApp resit selepas sumbangan kepada:
IMAM MUDA - US SHAHRIZAN DI TALIAN 011-17844022
BENDAHARI (CIKGU ZU) DITALIAN 012-9019694
SETIAUSAHA (US NASARUDDIN) DITALIAN 017-9566954

"Jom bersedekah sempena hari Jumaat yang mulia ini"

#JomBersedekahJumaat 

 

Monday, January 9, 2023

JOM BELI SUSHI DI PEKAN JELAWAT BACHOK RM1 SAHAJA





OPEN!OPEN!

"JOM BELI SUSHI DI PEKAN JELAWAT BACHOK RM1 SAHAJA"

Sushi rm1 beroperasi seperti biasa hari deh.


Jemput singgah.


Semua perisa ada


❗️Hot selling item❗️

✅kanimayo

✅Korean nugget

✅curry nugget

✅Tuna mayo

✅Ibaco


Lokasi di pasar jelawat(berhadapan Kedai kedai emas noris )


Atau nak join COD Whatsapp terus no di bawah👇


https://www.wasap.my/+60163245348/ordersushi


"Jom semua support produk perniagaan Exco MAYC Kawasan Bachok ni,,Jom order sushi"


#BisnesAnakMuda #PerniagaanAnakMuda #EXCOMAYCKawasanBachok

 

Sunday, January 8, 2023

2 DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI BENGKEL PENYELARASAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI KELANTAN 2023

"2 DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI  BENGKEL PENYELARASAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI KELANTAN 2023"

Kota Bharu,9 Januari 2023 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C) menyertai Bengkel Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negeri Kelantan 2023 di IBIS Hotel Kota Bharu.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Nik Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerana sudi menjemput wakil MAYC Kawasan Bachok untuk hadir.Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan dan MAYC Negeri Kelantan.

Jom daftar ahli MAYC Kawasan Bachok.

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...