Friday, January 27, 2023

PROGRAM CSR SISWA SISWI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU DI KAMPUNG GUNONG BACHOK KELANTAN

"PROGRAM CSR SISWA SISWI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU DI KAMPUNG GUNONG BACHOK KELANTAN"

Kampung Gunong,27 Januari 2023- Program CSR Siswa Siswi Universiti Malaysia Terengganu telah diadakan di Kampung Gunong Bachok Kelantan dengan jayanya.

Saudara Wan Muhammad Naziq Bin Che Nor selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok berkata,program csr kali ini merupakan satu pendekatan mahasiswa dan mahasiswi menabur khidmat bakti bersama masyarakat.

Kali ini csr di Kampung Gunong Bachok dengan mengadakan sesi ziarah ke rumah yang terkesan banjir,asnaf yang terpilih dan anak yatim yang terpilih.Terima kasih Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok yang turun dalam program kali ini.

Terima kasih Pemuda Masjid Gunong yang diketuai oleh Saudara Faisal serta beberapa sukarelawan Pemuda Masjid Gunong yang  turut turun bersama dalam Program CSR Siswa Siswi Universiti Malaysia Terengganu.Terima kasih Tuan Imam Masjid Mukim Gunong sudi bersama rombongan.

Terima kasih kepada Siswa Siswi Universiti Malaysia Terengganu yang terlibat.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024 14 September 2024 (Sabtu) 7.30 Pagi Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teko...