Thursday, September 28, 2023

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-54 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-54 TAHUN"

BACHOK,29 September 2023 - Seluruh Jawatankuasa Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-54 tahun.

“ISLAM MEMIMPIN ,RAJA MENAUNGI,NEGERI BERKAT”

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Selurun pacal-pacal MAYC Kawasan Bachok mendoakan semoga Tuanku dilanjutkan usia dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindunganNya, hidup dengan penuh kebahagiaan dan kerukunan dan dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat.
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Daulat Tuanku, Dirgahayu Tuanku!
Sembah Ta'zim
🙏🏻
Seluruh Pacal-Pacal MAYC Kawasan Bachok

#HariKeputeraanSultanMuhammadV #MAYCKawasanBachok


 


 

Wednesday, September 27, 2023

PROGRAM RAKAN BUMI EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023



























"PROGRAM RAKAN BUMI EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023"

Pantai Senok,28 September 2023 - Program Rakan Bumi Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Kelantan 2023 telah diadakan di Pantai Senok.Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kerjasama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.A.Y.C)Kawasan Bachok & Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.

  Dirasmikan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Turun bersama dalam majlis tersebut Cikgu Law selaku Pengetua SMK Beris Panchor 2,Cikgu Nasrul mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,Ustaz Abdul Fattah mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Bachok dan Puan Azma binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Terima kasih Encik Mohd Anazem bin Ibrahim selaku Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas kepercayaan diberi kepada MAYC Kawasan Bachok untuk menganjurkan program ini secara bersama di N20 Dun Tawang.
Terima kasih SMK Beris Panchor 2,Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok.Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Terima kasih Sukarelawan MAYC Kawasan Bachok yang turun sertai diwakili oleh Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Ijam mewakili Biro VAV MAYC Kawasan Bachok,Faten dan Puteri mewakili Kelab Belia Jelawat Tengah.
Terima kasih Puan Suriyani Razali selaku Setiausaha Majlis Belia Jajahan Bachok juga turun hadir bersama.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABI'ULAWAL 1443H


"SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABI'ULAWAL 1443H"

Seluruh Jawatankuasa Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 28 September 2023 bersamaan 12 Rabi'ulawal 1445H.

Jom sama-sama kita Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

    Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah :-



Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir



 

Friday, September 22, 2023

PROGRAM MOBILISASI SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH BACHOK SIRI 1/2023 BERJAYA DIADAKAN

















"PROGRAM MOBILISASI  SKUAD SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH BACHOK SIRI 1/2023 BERJAYA DIADAKAN"

Kampung Kandis,23 September 2023 - Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Bachok Siri 1/2023 berjaya diadakan pada 22 September 2023.Program ini dianjurkan secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (M.AY.C) Kawasan Bachok.

Selain itu,program ini turut berkolobrasi bersama Jawatankuasa Masjid Mukim Kuala Kandis,Rela Muda Daerah Bachok(10 orang) dan SMK Kandis (16 orang).Program ini juga turut disertai 10 orang belia sekitar Mukim Kandis.Sukarelawan MAYC Kawasan Bachok juga turun sertai bersama seramai 7 orang.

Dianggarkan seramai 43 orang belia dan beliawanis yang sertai.Manakala Veteran Belia dianggarkan seramai 27 orang.Secara keseluruhan dianggarkan seramai 70 orang Belia & Beliawanis dan Veteran Belia.

Terima kasih Ustaz Norazman Che Hassan selaku Imam Tua Masjid Mukim Kuala Kandis dan Semua Jawatankuasa Masjid Mukim Kuala Kandis yang terlibat menjayakan program pagi semalam.Terima kasih En Razali bin Yasod selaku Penghulu Mukim Kandis juga turun sertai bersama anak mukim yang sertai.Terima kasih Encik Abdul Aziz bin Noor selaku Pembantu Belia & Sukan Daerah Bachok yang hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok atas kepercayaan diberikan untuk MAYC Kawasan Bachok.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk penghuni-penghuni kediaman akhirat di Tanah Perkuburan Islam Mukim Kuala Kandis.
Al-Fatihah

Terima kasih yang mana terlibat menjayakan program pagi semalam.Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).

0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.



 

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...