Wednesday, July 26, 2023

2 ORANG DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI KURSUS MODAL INSAN : KURSUS PEMPROSESAN HASILAN MANGGA SIRI 1 (PULUT PANDAN MANGGA,KORDIAL MANGGA & DADIH MANGGA)






"2 ORANG DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI  KURSUS MODAL INSAN : KURSUS PEMPROSESAN  HASILAN MANGGA  SIRI 1 (PULUT PANDAN MANGGA,KORDIAL MANGGA & DADIH MANGGA)"

Melor,27 Julai 2023- 2 Orang Delegasi MAYC Kawasan Bachok sertai Kursus Modal Insan : Kursus Pemprosesan Hasilan Mangga Siri 1 (Pulut Pandan Mangga,Kordial Mangga & Dadih Mangga) di Pusat Bimbingan Usahawan Melor,Kelantan.

2 Orang Delegasi MAYC Kawasan Bachok diketuai oleh Saudari Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Rosmaliza Binti Sebol selaku Setiausaha Kerja MAYC Kawasan Bachok.

Terima Kasih Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dan Pejabat Pertanian Jajahan Bachok.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

Monday, July 24, 2023

DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN










"DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA 2023 PERINGKAT NEGERI KELANTAN"

Bachok,24 Julai 2023 - Delegasi MAYC Kawasan Bachok sertai Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia 2023 Peringkat Negeri Kelantan melalui Platform Google Meet.

Alhamdulillah beberapa slot pengisian amat bermanfaat untuk kami pertubuhan belia MAYC Kawasan Bachok.Terima Kasih Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur atas jemputan penyertaan.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.




 

Sunday, July 23, 2023

RAYUAN SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID MUKIM KUALA KANDIS BACHOK KELANTAN





[RAYUAN SUMBANGAN PEMBINAAN MASJID MUKIM KUALA KANDIS BACHOK KELANTAN]
Oghe Bachok jom kita sama-sama salurkan sedekah walaupun RM1.Amalan bersedekah merupakan saham akhirat.
Sumbangan tersebut boleh disalurkan terus atas nama :
Tabung Pembangunan Masjid Mukim Kuala Kandis
(03090020262307-Bank Islam)
(8604458164-CIMB)

Payment Details : Sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Mukim Kuala Kandis

"Jom bersedekah walaupun RM1 untuk bantu kita di akhirat kelak"
Sebarang urusan hubungi ditalian :

Ustaz Norazman Che Hassan : 013-9752170


 

Friday, July 21, 2023

BACHOK DESTINASI SESUAI ACARA SUKAN BERKUDA


"BACHOK DESTINASI SESUAI  ACARA SUKAN BERKUDA"

Pantai Kandis,22 Julai 2023- Bachok destinasi sesuai acara sukan berkuda.Bachok antara Daerah yang mempunyai kuantiti komuniti ekuin yang agak ramai di Negeri Kelantan.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,Bachok merupakan destinasi yang amat tepat dengan keunikan mempunyai pantai-pantai cantik di persisiran dan kehijauan pokok-pokok yang amat sesuai dengan riadah berkuda.

Katanya lagi,pihaknya dalam proses jelajah ke seluruh Daerah di Negeri Kelantan bagi mencari pelapis atlet peringkat Daerah.Tempoh 2023 hingga 2026 merupakan fasa jelajah ke seluruh Daerah di Negeri Kelantan.

Selain itu,beliau mengharapkan semua komuniti bekerjasama demi menjayakan hasratnya itu.Insya Allah kerjasama berpasukan amat diperlukan demi merealisasikan impian pihaknya dapatkan pingat EMAS dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2028 di Negeri Kelantan.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

10 ORANG DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK HADIR JAMUAN LAKSA SEMPENA KUTIPAN DERMA PEMBINAAN MASJID MUKIM KUALA KANDIS




"10 ORANG DELEGASI MAYC KAWASAN BACHOK HADIR JAMUAN LAKSA SEMPENA  KUTIPAN DERMA PEMBINAAN MASJID MUKIM KUALA KANDIS"

Pantai Kandis,22 Julai 2023- 10 Orang Delegasi MAYC Kawasan Bachok hadir Jamuan Laksa Sempena Kutipan Derma Pembinaan Masjid Mukim Kuala Kandis.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diketuai oleh Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Suriani Ramle selaku Penolong Setiausaha MAYC Kawasan Bachok,Rosmaliza Binti Sebol selaku Setiausaha Kerja MAYC Kawasan Bachok,Azura selaku AJK MAYC Kawasan Bachok,Syakirah mewakili Biro Srinadi MAYC Kawasan Bachok dan Fasihah Mat Pa mewakili Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat.

Turun hadir bersama Saudari Farah Farhana selaku Setiausaha Sulit Pengerusi Kelab Belia Gunong,Anis dan Adriana mewakili YVEK.Manakal Shahrul Iman Bin Saebon selaku AJK Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi Biro Sukarelawan Ekuin Kelantan.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


 

Wednesday, July 19, 2023

MAJLIS BELIA JAJAHAN PERLU DIPERKASAKAN

 










"MAJLIS BELIA JAJAHAN PERLU DIPERKASAKAN"

Kota Bharu,20 Julai 2023 - Majlis Belia Jajahan perlu diperkasakan demi memperkasakan pembangunan belia setiap jajahan di Negeri Kelantan.

Pemerkasaan tersebut perlu dibuat secara bersama.Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,organisasi belia merupakan rakan strategik kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah,Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan.

Alhamdulillah MAYC Kawasan Bachok telah diterima sebagai ahli gabungan Majlis Belia Jajahan Bachok.Katanya lagi,semalam perwakilan Majlis Belia Jajahan Bachok dan Pemerhati Biasa(MAYC Kawasan Bachok) hadir ke AGM MGBK Kali Pertama semalam di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Encik Saipuddin Bin Zakaria selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Encik Saipuddin Bin Zakaria selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan memberi sedikit pesanan khas untuk semua yang hadir agar berkhidmat secara berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin pertubuhan belia.

Turun bersama Puan Suryani Razali selaku Setiausaha Majlis Belia Jajahan Bachok dan semua perwakilan & pemerhati biasa daripada Bachok yang hadir.Tahniah Saudara Mohd Syahiran Muhammad dipilih sebagai Presiden MGBK bagi sesi 2023-2025.Selamat berkhidmat sebagai pemimpin pertubuhan belia demi memperkasakan pembangunan belia di Seluruh Negeri Kelantan.

Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.


PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...