Thursday, January 26, 2023

KELANTAN PERLUKAN PERSIAPAN AWAL UNTUK ACARA SUKAN BERKUDA

"KELANTAN PERLUKAN PERSIAPAN AWAL UNTUK  ACARA SUKAN BERKUDA"

Kuala Lumpur,26 Januari 2023 - Kelantan perlukan persiapan awal untuk acara sukan berkuda.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,persiapan awal ini merupakan persediaan beberapa kejohanan yang bakal disertai.Acara Sukan Berkuda sudah sekian lama tidak berada dalam Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) dan tiada dalam senarai top 15 di peringkat Majlis Sukan Negara dan Negeri.

Katanya lagi,bermula 2023 pihaknya menyasarkan target 5% persiapan jentera demi meyakinkan pihak pengurusan tertinggi Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara termasuklah Persatuan Ekuestrian Malaysia.Atas beberapa faktor penganjuran tidak dipertandingkan dalam Temasya Sukan Malaysia seperti kos penganjuran haruslah kita galaskan secara bersama syarikat-syarikat korporat demi memperkasakan kembali Sukan Ekuestrian(Berkuda) di Malaysia dan Negeri Kelantan.Doakan agar hajat dan hasrat untuk masukkan acara berkuda(Ekuestrian) dalam Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Kelantan pada 2026 tercapai.

Beliau berkata dalam sesi ziarah ayah kepada Saudara Ali Kanis yang merupakan penunggang kuda lasak Dbali Stable.

Ayah kepada Saudara Ali Kanis dimasukkan wad ICU Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju Kuala Lumpur.Sama-sama kita doakan agar ayah kepada Saudara Ali Kanis segera sembuh seperti sediakala.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir


 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024 14 September 2024 (Sabtu) 7.30 Pagi Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teko...