Sunday, January 22, 2023

KEM MOTIVASI ANAK MUDA KELANTAN 2023 BERJAYA DIANJURKAN DI BACHOK KELANTAN







"KEM MOTIVASI ANAK MUDA KELANTAN 2023 BERJAYA DIANJURKAN DI BACHOK KELANTAN"

BACHOK,22 Januari 2023- Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 berjaya dianjurkan di Bachok Kelantan dengan penyertaan seramai 93 orang peserta dan 22 orang urusetia yang telah menyertainya.Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 telah diadakan di Sudara Beach Resort & Spa.

Saudara Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz selaku Ketua Koordinator Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 merangkap Penyelaras MAYC Kawasan Bachok N21 Dun Pantai Irama berkata,kem kali ini berjaya diadakan di Bachok yang julung kalinya diadakan pada tahun 2023.

Alhamdulillah,Kem Motivasi Anak Muda Kelantan 2023 diberi sokongan penuh oleh Yayasan Bank Rakyat.Kali ini turut dibantu rakan strategik NGO seperti Geng Tolong Orang-GTO Kelantan,MAYC Kawasan Bachok,Alumni Parlimen Belia Malaysia dan YCM Kelantan.

Terima kasih Saudara Mohd Noor Shahrul Afizan Bin Ismail selaku Naib Pengerusi 2 MAYC Kawasan Bachok sudi turun dalam Majlis Perasmian Penutup Kem Anak Muda Kelantan 2023 mewakili Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Terima kasih Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat yang turun merasmikan Kem Anak Muda Kelantan 2023.Terima kasih Saudari Nik Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Saudara Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Saudara Azam Ghazali selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok dan Fazlie mewakili Jawatankuasa Sementara MAYC Kawasan Bachok N20 Dun Tawang.Terima kasih 22 orang urusetia yang menjayakan kem kali ini.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok.

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(BSN Malaysia-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 019-6147811 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir



 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024 14 September 2024 (Sabtu) 7.30 Pagi Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teko...