Saturday, September 3, 2022

KELAB BELIA SRI KEMUNTING BAKAL DITUBUHKAN


"KELAB BELIA SRI KEMUNTING BAKAL DITUBUHKAN"

SRI KEMUNTING,3 September 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengalukan lebih ramai lagi kewujudan pertubuhan belia tunggal di peringkat akar umbi.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,kewujudan organisasi belia tunggal ini dapat membantu perkasakan lagi pembangunan belia di luar bandar.Selain itu,kewujudan organisasi belia juga dapat diselaraskan dengan platform saluran yang betul melalui pihak kerajaan.

Beliau juga mengalukan kehadiran Kelab Belia Sri Kemunting bergabung dengan MAYC Kawasan Bachok apabila lulus kelak.Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan banyak menyediakan platform untuk golongan belia untuk bergiat aktif dalam penganjuran sukan dan pembangunan belia.

Inilah masa kita untuk bantu perkasakan bagi mengelak golongan belia terjebak dengan perkara negatif.Golongan belia luar bandar juga memerlukan kemudahan fasiliti sukan untuk beriadah bersama rakan taulan sekampung.Beliau juga berkata,pihaknya dalam proses semakan Kelab Belia Alor Bakat untuk diaktifkan.Doakan agar MAYC Kawasan Bachok dapat diperkasakan setiap ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok.Insya Allah program bakal diperkasakan mengikut fasa kawasan.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...