Monday, August 29, 2022

MAYC KAWASAN BACHOK MENSASARKAN TARGET KEAHLIAN SERAMAI 200 ORANG KEAHLIAN MENJELANG 2023


"MAYC KAWASAN BACHOK MENSASARKAN TARGET  KEAHLIAN SERAMAI 200 ORANG KEAHLIAN MENJELANG 2023"

KOTA  BHARU, 30 Ogos 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mensasarkan  keahlian seramai  200 orang keahlian belia dan beliawanis menjelang 2023.

Saudari Syamimi Wahidah selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok berkata,200 orang tersebut merangkumi 50 orang mahasiswa,50 orang mahasiswi,50 orang satria,50 orang srikandi untuk memperkasakan lagi sayap-sayap MAYC Kawasan Bachok.

Pihak pengurusan MAYC Kawasan Bachok amat mengalukan kehadiran golongan belia dan beliawanis Daerah Bachok untuk sertai organisasi MAYC Kawasan Bachok.Katanya lagi,MAYC Kawasan Bachok merupakan platform terbaik golongan belia dan beliawanis untuk menonjolkan bakat kepimpinan masing-masing termasuklah dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata dalam sesi rombongan delegasi MAYC Kawasan Bachok ke tempat Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun diwakili oleh Saudari Nik Amni Madihah selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok,Zaharin Azhar selaku Penolong Bendahari MAYC Kawasan Bachok dan Aida Awang selaku AJK Biro Srikandi MAYC Kawasan Bachok.Delegasi MAYC Kawasan Bachok turut berjumpa bersama Puan Amysiah binti Yusof selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :

Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok


#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #BachokKuSayang


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...