Saturday, February 18, 2023

GOLONGAN BELIA DAN BELIAWANIS KELANTAN AKTIF DALAM ARENA LUMBA KUDA DI KELANTAN




"GOLONGAN BELIA  DAN BELIAWANIS KELANTAN AKTIF DALAM ARENA LUMBA KUDA DI KELANTAN"

KAMPUNG BINJAI BARU,19 Febuari 2023 - Golongan Belia dan Beliawanis Kelantan aktif dalam arena lumba kuda di Kelantan.

Saudara Ahmad Faris bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,penglibatan golongan belia dan beliawanis di Negeri Kelantan amat aktif apabila beliau turun ke arena lumba kuda semalam.Katanya lagi,beliau mengucapkan ribuan terima kasih khasnya untuk para penyumbang dan penaja yang memberi sokongan padu untuk acara lumba kuda di Kelantan.Semalam seramai 88 ekor kuda yang telah menyertai.Tahniah semua urusetia yang terlibat.Terima kasih Wan Tendong dan keluarga Lumba Kuda Kelantan yang terus aktif menganjurkan acara lumba kuda di Negeri Kelantan.

Turun sama dalam penyampaian hadiah kepada para pemenang semalam Encik Azis Bin Mamat selaku Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).Insya Allah sukan berkuda di Negeri Kelantan amat mengalukan sokongan kerajaan Negeri Kelantan untuk meluluskan dan melancarkan proses permohonan tanah trek kekal lumba kuda di Negeri Kelantan agar lebih strategik,sistematik dan teratur.

    Jom sertai keluarga MAYC Kawasan Bachok.Kami sedang mencari golongan belia dan beliawanis berumur 15 tahun hingga 35 tahun untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MAYC Kawasan Bachok.Berminat untuk daftar ahli hubungi ditalian 017-9160753(Azrie) atau 011-19041782(Suriani Ramle).


#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir #KeluargaEkuinKelantan


 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KOMUNITI BELIA MUKIM KANDIS 2024 14 September 2024 (Sabtu) 7.30 Pagi Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teko...