"SELAMAT HARI BAPA 19.6.2022 KHAS UNTUK SEMUA BERGELAR BAPA"
BACHOK,19 Jun 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada seluruh golongan belia yang bergelar seorang BAPA termasuklah golongan veteran yang bergelar seorang BAPA.
BAPA merupakan ketua keluarga.Membentuk keluarga yang bahagia terletak atas strategik percaturan seorang BAPA yang dibantu oleh penolong ketua keluarga iaitu seorang IBU.
RASULULLAH mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibu bapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah. Sabda Rasulullah:
إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ أَنَّى هَذَا؟ فَيُقَالُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
“Seorang lelaki diangkat kedudukannya di dalam syurga (kelak), lalu dia bertanya: Dari mana datangnya (anugerah kenaikan ini)? Lalu dijawab kepadanya: Daripada doa istighfar anakmu buat dirimu.” (HR Ibn Majah – dinilai Sahih)
Berat Tanggungjawab Seorang Ayah
===========
1. al-Imam Ibn al-Qayyim menegaskan, seorang ayah yang leka boleh memberikan kesan yang besar terhadap kerosakan anak-anaknya. Kata al-Imam:
فَمَا أفسد الْأَبْنَاء مثل تغفل الْآبَاء وإهمالهم
“Maka tidak ada yang lebih merosakkan seperti kelekaan serta kelalaian ayah-ayah mereka (dari mendidik dan tanggungjawab terhadap keluarga).” (Tuhfatul Maudud)
2. Malah Ibn al-Qayyim menegaskan, kebanyakkan kesan buruk terhadap anak adalah apabila ayah mereka gagal berfungsi dalam mendidik mereka. Kata ibn al-Qayyim:
وكل هَذَا عواقب تَفْرِيط الْآبَاء فِي حُقُوق الله وإضاعتهم لَهَا وإعراضهم عَمَّا أوجب الله عَلَيْهِم من الْعلم النافع وَالْعَمَل
“Dan semua kesan buruk ini adalah akibat kealpaan ayah terhadap hak-hak Allah, mereka meninggalkan hak-hak Allah serta menjauhi apa yang telah diwajibkan oleh Allah terhadap mereka dari aspek ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.” (Ibn al-Qayyim).
3. Begitu juga seorang ayah dan suami berperanan membantu keluarga dan membina kehidupan yang menepati syariat. Kegagalan ini berupaya menyebabkan mereka dihina di akhirat. Sabda Rasulullah:
"ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَة:ِ الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ
“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah dihari akhirat kelak: Orang yang menderhaka terhadap ibubapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si dayus.” (HR Ahmad)
4. Menurut hadis, dayus adalah lelaki yang membiarkan kejahatan maksiat atau zina (ada segala puncanya) berlaku di dalam rumahnya. Sabda Rasulullah:
والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ
“Dan si dayus itu adalah mereka yang membiarkan kemungkaran besar (zina atau segala puncanya) berlaku dalam rumahnya.” (HR Ahmad)
5. Atas dasar itu, kebanyakkan dialog di dalam al-Quran dipamerkan perbualan antara anak dengan ayah. Ia seakan menunjukkan fungsi dan peranan seorang ayah dan suami. Nabi Yusuf mengadu masalah dengan ayahnya Nabi Ya’qub. Luqman al-Hakim mendidik anaknya tentang aqidah dan tauhid.
6. Bahkan doa seorang ayah jugalah yang ditekankan di dalam al-Quran. Ini dipamerkan melalui doa Nabi Ibrahim terhadap anaknya. Nabi Ibrahim mendoakan agar anak-anaknya dijadikan dikalangan mereka yang mendirikan solat. Doa Nabi Ibrahim:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
“Wahai Tuhanku, jadikanlah diriku dikalangan mereka yang mendirikan solat, begitu jugalah dengan seluruh zuriatku, wahai Tuhanku, perkenankanlah doaku ini.
Semoga ia adalah muhasabah buat diri ini. Semoga ia muhasabah buat seluruh ayah.Jom semua belia dan beliawanis di sekitar Daerah Bachok sertai Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok.
Tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MAYCKawasanBachok #BersatuMaju #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaBachok #KeluargaKelantan #KeluargaMalaysia #HariBapa2022