Monday, May 2, 2022

18 BUAH MOTORSIKAL AKAN ISI MINYAK MOTOR SECARA PERCUMA SEMPENA UNDI-18 YANG DILAKSANAKAN PADA PRU-15


"18 BUAH MOTORSIKAL AKAN ISI MINYAK MOTOR SECARA PERCUMA SEMPENA UNDI-18 YANG DILAKSANAKAN PADA PRU-15"

Bachok,3 Mei 2022- Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok bakal mengadakan program isi minyak motor secara PERCUMA pada 6 Mei 2022(Jumaat) jam 5.00 Petang bertempat di Caltex Kemudi Bachok Kelantan.

Program ini bakal mengumpulkan seramai 18 buah motorsikal untuk mengisi minyak motor secara PERCUMA yang berjumlah RM5 sahaja untuk sebuah motorsikal.18 buah motorsikal itu sebagai tanda undi-18 yang bakal dilaksanakan dalam PRU-15 nanti.

Jumpa 6 Mei 2022 nanti ya jam 5.00 petang.Siapa cepat dia dapat untuk 18 buah motorsikal sahaja.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#JombersamaMAYC #JomsertaiMAYC #MAYCKawasanBachok 


 

ALUNAN TAKBIR RAYA DARIPADA KELUARGA MAYC NEGERI KELANTAN 2022


Alunan Takbir Raya daripada Keluarga MAYC Kelantan.

Dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Maher Safiain.Delegasi MAYC Kelantan yang turun sertai takbir raya diketuai oleh Saudara Mohd Hakimi Mat Husin selaku Pengerusi MAYC Kelantan.

Seluruh Keluarga MAYC Kelantan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jom sertai keluarga MAYC Kelantan.

Rujukan :

1) https://www.youtube.com/watch?v=ERwzDay9JzU


#MAYCKelantan #MAYC #KeluargaMAYC #BersatuMaju #TakbirRayaMAYCKelantan2022


 

TAHNIAH UNTUK YBHG DATO DR AWANG ADEK HUSSIN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA(SC MALAYSIA)


"TAHNIAH UNTUK YBHG DATO DR AWANG ADEK HUSSIN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA(SC MALAYSIA)"

BACHOK,2 Mei 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ybhg. Dato' Dr Awang Adek Hussin yang baru dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC Malaysia) berkuatkuasa 1 Jun 2022.

Terima kasih YAB Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan untuk anak Bachok.Satu penghargaan untuk anak Bachok bagi meneruskan khidmat bakti kepada negara Malaysia tercinta.Tahniah sekali lagi Dato Dr Awang Adek Hussin atas pelantikan sebagai Pengerusi Eksekutif Surahanjaya Sekuriti Malaysia(SC Malaysia).

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju


 

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 DARIPADA KELUARGA MAYC KAWASAN BACHOK


Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2022 Daripada Keluarga MAYC Kawasan Bachok

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju


 

PENYERAHAN SAGUHATI AIDILFITRI 2022


"PENYERAHAN SAGUHATI AIDILFITRI 2022"

BACHOK,2 Mei 2022 - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengadakan penyerahan cenderahati Aidilfitri kepada semua Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok yang hadir seramai 16 orang.

Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,saguhati Aidilfitri ini salah satu penghargaan kepada saf kepimpinan yang membantu menjayakan beberapa program dan terus istiqomah bersama MAYC Kawasan Bachok.Katanya lagi,beliau berpesan agar JK yang mana perlu tingkatkan lagi prestasi KPI untuk mempromosikan lagi produk MAYC kepada golongan belia dan beliawanis agar lebih dikenali dalam kalangan belia dan beliawanis di Daerah Bachok.Terima kasih kepada semua Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok yang korbankan masa untuk menjayakan majlis di malam raya.Semoga kita semua terus istiqomah memperkasakan lagi MAYC yang merupakan keluarga belia terbesar di Malaysia.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju


 

MAJLIS IFTAR MAYC BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 2022







"MAJLIS IFTAR MAYC BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 2022"

BACHOK,2 Mei 2022 -Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kebangsaan mengadakan Majlis Iftar MAYC bersama anak-anak yatim dan saf kepimpinan MAYC Negeri Kelantan.

Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran Saudara Mohd Al-Hafizi bin Abu Bakar selaku Presiden MAYC Kebangsaan,Saudara Mohd Hakimi bin Mat Husin selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan.Majlis kali ini dirasmikan oleh wakil YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan NGO Negeri Kelantan yang diwakili oleh YB Haji Mohd Huzaimy Bin Che Husin selaku Adun Pantai Irama merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam,Pembangunan Wilayah,Kesejahteraan Rakyat dan Intergriti.

Terima kasih kepada Rumah Anak-Anak Yatim Salimah,Tahfiz Wakaf Zin,Anak yatim alor ganu,anak yatim wakaf zin seramai 37 orang yang hadir.Terima Kasih kepada wakil-wakil Kelab Belia Tunggal iaitu Kelab Belia Gunong,Kelab Belia Pantai Irama,Kelab Belia Wakaf Zin dan Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat.

Terima kasih kepada Jawatankuasa program yang membantu menjayakan program demi mencari sebuah pengalaman baru lagi untuk memperkasakan lagi program MAYC Kawasan Bachok.Terima kasih Saudara Mohd Hakimi Bin Mat Husin selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan atas kepercayaan memberi mandat untuk MAYC Kawasan Bachok menguruskan majlis kali ini.

Terima kasih kepada saf kepimpinan MAYC Negeri Kelantan yang hadir iaitu Saudara Ezri Zamani Bin Shapri selaku Setiausaha MAYC Negeri Kelantan,Meor Syahman selaku Bendahari MAYC Negeri Kelantan dan Saudara Saifullah selaku EXCO MAYC Negeri Kelantan.Terima kasih pengurusan RVR Rooftop Kampung Sungai yang menguruskan persediaan makanan.Terima kasih hamba-hamba Allah atas sumbangan zakat untuk anak-anak yatim/tahfiz yang hadir.Semoga kalian semua terus dimurahi rezeki berlimpah ruah,dipermudahkan urusan,dipercepatkan jodoh dan terus dirahmati oleh Allah s.w.t...Terima kasih kepada Penghulu Pantai Damat dan Penghulu Tanpa Mukim Dun Pantai Irama yang hadir.Terima kasih Setiausaha Kerja MAYC Kebangsaan dan Ketua Sekretariat MAYC Kebangsaan yang turun bersama dalam majlis kali ini.

Kehadiran seramai 80 orang yang hadir bagi menjayakan majlis iftar semalam.

Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju #MAYCNegeriKelantan #MAYCKebangsaan

 


 

Sunday, May 1, 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2022

 


                                              "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2022"
 

              Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C)Kawasan Bachok mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua 150 orang penduduk Daerah Bachok.

Semoga hari raya kali ini menceriakan keluarga dan terus mengeratkan hubungan antara rakan taulan.


Jom sertai MAYC Kawasan Bachok ,tekan link dibawah untuk sertai MAYC Kawasan Bachok :
Ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok,salurkan ke akaun dibawah :
0300941100035239
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok

#KeluargaMAYCKawasanBachok #MAYCKawasanBachok #MAYC #BersatuMaju

 


🌟 PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025 T arikh : 12 Disember 2025 ...