Tuesday, April 6, 2021

MAYC KAWASAN BACHOK MEMERLUKAN 500 RIBU UNTUK Y-CENTRE MAYC BACHOK













MAYC KAWASAN BACHOK BERCADANG INGIN MEWUJUDKAN Y-CENTRE MAYC BACHOK

7 April 2021 - MAYC Kawasan Bachok bercadang ingin mewujudkan Y-Centre MAYC Bachok bagi memberi kemudahan kepada belia dan beliawanis berpersatuan untuk menjalankan aktiviti di hujung minggu ataupun pembelajaran secara berkumpulan.

Selain itu,mereka boleh menganjurkan beberapa program seperti Kelas Makeup,Kelas Meroti,Kelas Mengaji Al-Quran,Tuisyen dan lain-lain.

Kos dianggarkan sebanyak 500 ribu sekali penambah baik surau bersebelahan dengannya.Insya Allah MAYC Kawasan Bachok memberi peluang dan ruang kepada Ahli Korporat yang ingin membantu kami bagi proses penambaik kan projek kami ini bagi memberi kemudahan kepada belia dan beliawanis berpersatuan.

Perkara-Perkara yang perlu ditambah baik seperti Wayering semula elektrik termasuklah kipas,lampu dan juga aircond yang telah rosak.Kedua penambah baik kemudahan 2 Tandas bagi memberi keselesaan kepada belia dan beliawanis untuk menggunakkannya.Ketiga,kami memerlukan peruntukan untuk tukar 3 pintu dan tingkap kepada yang baru.Keempat,pembesaran surau bagi memberi kemudahan kepada para jemaah,pihak kami ingin mencari peruntukan untuk buka dinding di surau antara balai raya Y-CENTRE  ini menelan kos dalam 10ribu.Kelima,kami ingin mencari peruntukan pasang mozek bagi memberi keselesaan kepada belia yang menggunakannya.Keenam,kami ingin mencari bajet peruntukan untuk tambah satu tingkat lagi bagi dewan serbaguna untuk kegunaan masyarakat sekitar untuk bermesyuarat dan majlis kahwin.Ketujuh,kami sedang mencari peruntukan untuk membeli meja panjang untuk mesyuarat.

Kami menganggarkan kos dalam 500 Ribu termasuk menampung kos program-program pemerkasaan persatuan belia yang akan dianjurkan dan juga program di Surau.


Anda ingin memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional seperti berikut :

Nama Bank  : BANK SIMPANAN NASIONAL
Nama Akaun  : Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(M.A.Y.C) Kawasan Bachok Kelantan
Nombor Akaun  : 0300941100035239

Sebarang Pertanyaan hubungi ditalian  :

019-9524937(Faris) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi,Tanah dan Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok


PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021


PROGRAM DERMA DARAH SUKARELA SIRI 1/2021
Tarikh : 10 April 2021(Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Balai Raya Padang China Kemudi Bachok
Anjuran Bersama : Unit Tranfusi Tabung Darah HUSM(APEX USM),RELA Bachok,MAYCARE Kawasan Bachok
Kerjasama : Alumni Parlimen Belia Malaysia
"JOM SAMA-SAMA KITA DERMA DARAH,1 BEG DARAH MENYELAMATKAN TIGA NYAWA"
Sebarang Pertanyaan Hubungi :
Urusetia MAYCare Bachok :
Nazrin 010-5750195
Semua Dijemput Hadir

 

Saturday, April 3, 2021

PENDAFTARAN SEBAGAI SUKARELAWAN MyVaC KINI DIBUKA DI SELURUH MALAYSIA


Sukarelawan diperlukan untuk menyokong program penvaksinan Malaysia.
Pendaftaran MyVac (Malaysian Vaccine Volunteers Support)
kini dibuka kepada orang ramai melalui laman web https://www.myvac.com.my.
MyVAC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di seluruh negara.
Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.
Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my.
Harap dapat dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia.
#kitajagakita dan marilah kita Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Jom Daftar Sebagai Sukarelawan MyVac !!!


 

MAYC KELANTAN SERTAI PROGRAM PEMERKASAAN PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU 2021




 


PROGRAM PEMERKASAAN PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU

3 APRIL 2021

Kota Bharu : Wakil MAYC Kelantan menyertai Program Pemerkasaan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kota Bharu 2021 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan Kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan Dan NGO Negeri Kelantan & Urusetia Belia Dan Sukan(U-BES) bertempat  H Elite Design Hotel Kota Bharu Kelantan.

Terima Kasih kepada Encik Hakimi selaku Pengerusi MAYC Negeri Kelantan kerana memberi peluang kepada Wakil MAYC Kawasan Bachok bagi mencari ilmu dan pemantapan persatuan belia tentang Laporan Maklumat Yang Kena Dihantar(MYKD).

Terima Kasih Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan kerana memberi peluang dan ruang kepada wakil MAYC Kelantan untuk menyertai Program Pemerkasaan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Kota Bharu.

Program tadi dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan Dan NGO Negeri Kelantan.Diiringi oleh Encik Hafizul Nizam selaku YDP Majlis Belia Negeri Kelantan dan Puan Laila selaku Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Terima Kasih juga kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur diwakili oleh Pegawai ROY Zon Timur iaitu Puan Hasliza. atas perkongsian dan nasihat untuk memantapkan lagi pengurusan pentadbiran setiap persatuan belia yang berdaftar.

Insya Allah kami di MAYC Kawasan Bachok akan cuba menyelesaikan laporan MYKD ini sebaik mungkin.Doakan kami agar dipermudahkan urusan kami untuk memimpin persatuan belia dengan sebaik mungkin.

Wakil kami diwakili oleh Muhammad Najwan Aris,Muhammad Nabhan,Mohammad Sharul Iman Bin Saebon ,Rosmaliza Binti Sebol Dan Mohd Noor Shahrul Afizan Bin Ismail selaku Naib Pengerusi  2
MAYC Kawasan Bachok.

#MyMAYC #MAYCKelantan #MAYCKawasanBachok #JBSNKelantan #JabatanBeliaDanSukanNegeriKelantan #UrusetiaBeliaDanSukanKelantan #Kelantan #HEliteHotel #KotaBharu #KursusPemantapanPersatuanBelia 

Thursday, April 1, 2021

RG ARJUNA SAKTI MINYAK KUDA KELANTAN


Adakah Anda Sering Alami Lenguh Badan ?
Sakit Urat?
Badan Tidak Bermaya ?
RG Arjuna Sakti Minyak Kuda Pelbagai Khasiat.
Khasiat Minyak Arjuna Sakti seperti berikut :-
1. Melegakan sakit otot dan sendi
2. Membantu merawat sakit lutut
3.Menambah dan menguatkan stamina
4. Meningkatkan ketegangan kulit
5.Mengurangkan resdung dan jerawat
6. Mengurangkan masalah keguguran rambut
7.Memberi kesegaran minda
8.Melegakan senggugut dan keputihan
Cubalah Sekali,
Pasti Berpuas Hati !!
Miliki Minyak Kuda
Arjuna Sakti Sekarang !!
Hubungi :
Lembah Klang/Selangor :
Bachok
Azuwan :

 

MAJLIS PENYERAHAN PENUGASAN SUKARELAWAN(MyVaC) PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2021



 





MAJLIS PENYERAHAN PENUGASAN SUKARELAWAN(MyVaC)

31 MAC 2021

Panji - Saudara Zaharin Azhar mewakili MAYC Kawasan Bachok untuk hadir di Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan(MyVaC).

Saudara Zaharin berkata,Bachok masih memerlukan seramai 40-50 orang lagi Sukarelawan untuk ditempatkan di dua Tempat Pusat Pemberian Vaksin Bachok.Sukarelawan tersebut berumur 15-25 Tahun.

Majlis Penyerahan Penugasan Sukarelawan(MyVaC) Peringkat Negeri Kelantan dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan Dan NGO Negeri Kelantan.

Diiringi oleh Puan Laila selaku Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan,Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Seluruh Kepimpinan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah.

Jom guyss daftar segera!!
Daftar sebagai MyVac

Jom daftar sebagai Sukarelawan MyVaC !!

Terima Kasih Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,Jabatan Belia Dan Sukan Negara,Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok  kerana memberi peluang keemasan untuk sukarelawan belia menyertai program sebegeni.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #Bachok #MyVaC #JomDaftarSebagaiSukarelawanMyVaC





Wednesday, March 31, 2021

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN MAYC KAWASAN BACHOK BERSAMA HALIM YAZID PENYANYI DIKIR BARAT KELANTAN


 



PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN MAYC KAWASAN BACHOK BERSAMA  HALIM YAZID PENYANYI DIKIR BARAT KELANTAN

31 MAC 2021

Pekan Gunong - Kelab Belia Gunong sempat bersama Halim Yazid.Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Afif Azli selaku Pengerusi Biro Kebajikan  MAYC Kawasan Bachok.

Saudara Afif sempat bersama Halim Yazid untuk dapatkan  satu set Album Lagu Dikir Barat daripada Halim Yazid.

Jom support dan beli pakat boleh dengar koleksi lagu-lagu Dikir Barat  daripada Abe Halim Yazid.

Hubungi Abe Halim Yazid ditalian 019-9865151.

Dikir Barat Kelantan Mutu Kebudayaan Tarikan Kelantan.

#MAYCKawasanBachok  #AfifAzli #HalimYazid #DikirBaratKelantan #PekanGunong

🌟 PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025

PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SATRIA (SOSIAL & PASCA BENCANA) PERINGKAT DAERAH BACHOK – Siri 4/2025 T arikh : 12 Disember 2025 ...