[ BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK ]
"KMODJ INISIATIF TERBARU UNTUK BELIA DI DUN JELAWAT"
9 Febuari 2021 Bachok - Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan ke Pusat Khidmat Dun Jelawat bagi berbincang program "KMODJ".Kunjungan diwakili oleh Wan Muhammad Naziq Bin Che Nor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok dan Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok.Perbincangan program "KMODJ" bersama YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat.
KMODJ bakal dilaksanakan demi memberi motivasi kepada belia yang bakal menempuhi peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba.KMODJ dicetuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok dan sokongan penuh daripada Yang Berhormat Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat.
KMODJ singkatan "KEM MOTIVASI ONLINE Peringkat Dun Jelawat" yang bakal melibatkan 1,000 pelajar akan menempuhi peperiksaan SPM tidak lama lagi.1,000 Pelajar tersebut merangkumi 5 Sekolah yang terpilih dalam Dun Jelawat.Anjuran Bersama Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok,Kelab Belia Gunong dan Kelab Belia Kg Kuin Pasir kerjasama Red Consultancy.
KMODJ bakal dirasmikan oleh YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat secara virtual mengikut norma baharu masa kini.Untuk Pendaftaran & Pertanyaan hubungi Encik Zaharin ditalian 0136149369.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Adun Jelawat atas sokongan untuk program "KMODJ".
Untuk mengetahui info-info program MAYC Kawasan Bachok.Ayuh like & follow page kami dan instagram seperti berikut :
Facebook : MAYC Kawasan Bachok
Instagram : mayc_bachok
No comments:
Post a Comment