Sunday, February 21, 2021

KUNJUNGAN HORMAT BERTEMU PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BACHOK


[ BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK ]

11 Febuari 2021 Bachok - MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan ke Pejabat Pendidikan Daerah Bachok bertemu Encik Rusli Bin Idris selaku Pegawai Pendidikan Daerah Bachok.

Kunjungan kali ini diwakili oleh  Cik Ummi Aida selaku Ketua Srikandi MAYC Kawasan Bachok dan Encik Muhamed Zaharin selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok.

Pertemuan ini bertujuan bagi berbincang beberapa perkara dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok untuk program yang bakal dijalankan oleh MAYC Kawasan Bachok dibawah kendalian Jawatankuasa Pendidikan MAYC Kawasan Bachok.

Encik Zaharin  berkata,alhamdulillah dapat maklum balas yang baik dan sokongan padu daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Bachok untuk Program "KMODJ" yang bakal diadakan pada minggu hadapan.Program "KMODJ" bakal melibatkan  5 Buah sekolah yang terpilih di Dun Jelawat.Insya Allah 1,000 Orang pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan SPM dalam Dun Jelawat bakal menyertai program "KMODJ"

Terima Kasih Encik Rusli Bin Idris selaku Pegawai Pendidikan Daerah Bachok sudi menerima kunjungan kami bagi mengeratkan lagi hubungan kolaborasi MAYC Kawasan Bachok dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bachok.

Alhamdulillah hubungan ukhwah dengan Agensi-agensi kami akan perkukuhkan demi memperkasakan lagi aktiviti dan laporan MYKD MAYC Kawasan Bachok  untuk setiap tahun.

Kami akan update dari semasa ke semasa info-info terkini MAYC Kawasan Bachok di page  facebook kami dan instagram kami :

Facebook : MAYC Kawasan Bachok
Instagram : mayc_bachok

#MAYCKawasanBachok #PejabatPendidikanDaerahBachok


 

No comments:

Post a Comment

PROGRAM BACAAN YAASIN SIRI 1/2025

PROGRAM BACAAN YAASIN SIRI 1/2025 01 Januari 2025 ( Rabu ) 09.30 Malam Live Tiktok MAYC Kawasan Bachok