Sunday, February 21, 2021

TERIMA KASIH FRONTLINE PDRM BALAI POLIS TAWANG



[ BULETIN MAYC KAWASAN BACHOK ]

"TERIMA KASIH FRONTLINER"

13 Febuari 2021 Bachok -MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan ke Balai Polis Tawang bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Frontliner sebagai tanda "TERIMA KASIH" kerana banyak menjaga keamanaan,keselamatan dan berjuang untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Nurul Hajar Nazwa Binti Mohd Isa selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Dan Wanita MAYC Kawasan Bachok).Turun bersama beliau juga wakil Kelab Belia Wakaf Zin iaitu Ain Alia Arissa Binti Mat Zul selaku Setiausaha Kelab Belia Wakaf Zin.

Pihak MAYC Kawasan Bachok mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Kelab Belia Wakaf Zin kerana bagi ruang untuk turun ke kawasannya.

Terima Kasih kepada  Datuk Nicole Ketua Pemuda MCA Kebangsaan dan Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok atas sokongan untuk program kali ini.

Alhamdulillah kawasan Tawang sudah menjadi kawasan Bebas Covid-19.Ayuh kita sama-sama putuskan rantaian Covid-19 dan mendoakan agar Covid-19 dijauhi daripada keluarga kita semua di Seluruh Daerah Bachok.

TERIMA KASIH FRONTLINER

Jangan lupa follow dan like untuk mengetahui perkembangan terkini MAYC Kawasan Bachok :
Facebook : MAYC Kawasan Bachok
Instagram : mayc_bachok

#MAYCKawasanBachok #BuletinMAYCKawasanBachok #KelabBeliaWakafZin


 

No comments:

Post a Comment

SLOT TEMPAHAN PAKEJ IBADAH QURBAN MAYC KAWASAN BACHOK 2026 KINI DIBUKA😱😱😱🔥🔥

SLOT TEMPAHAN PAKEJ IBADAH QURBAN MAYC KAWASAN BACHOK 2026 KINI DIBUKA😱😱😱🔥🔥 -LEMBU 🐂 SATU BAHAGIAN RM500.00- (5 Ekor) -LEMBU 🐂 SATU B...