KUNJUNGAN BERTEMU WAKIL YB DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI MENTERI PERUSAHAAN,PERLADANGAN DAN KOMODITI
1 MAC 2021 | ISNIN
PUTRAJAYA - Wakil MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan bertemu wakil YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali selaku Menteri Perusahaan,Perladangan Dan Komoditi.Wakil kepada YB Menteri iaitu Haji Khairul Anuar Bin Abdul Manap merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas(Polisi,Dasar & Strategik).
Kunjungan ini bertujuan ingin bincang beberapa perkara tentang isu yang membebankan para penternak dalam golongan belia "KENAIKAN HARGA MAKANAN HAIWAN" dan "KEKURANGAN STOK MAKANAN HAIWAN DI PASARAN" yang dikatakan berpunca daripada kekurangan bahan mentah untuk disalurkan kepada pengilang.
Dilegasi MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Ahmad Faris berkata,beliau telah bincang dengan Haji Khairul merupakan wakil daripada YB Menteri.Insya Allah sebelah pihak Haji Khairul akan teliti dan berhubung dengan agensi berkenaan dalam masa terdekat.
Selain itu,beliau menerangkan makanan haiwan itu dibuat daripada bahan sawit dan harganya sangat murah.Haji Khairul juga bagi penerangan dan maklumkan tentang pasaran harga minyak sawit terkini amat tinggi dan permintaan amat hebat.
MAYC Kawasan Bachok mengharapkan pihak kerajaan dapat menyelaraskan semula isu kenaikan harga makanan haiwan ini yang tidak menepati masa dilakukan pada musim PKP,PKPB,PKPP ini.Harga meningkat tapi stok amat berkurangan di pasaran.
Insya Allah kita sama-sama doakan agar perbincangan kali ini dapat memberi impak yang terbaik untuk manfaat semua.Doakan yang terbaik.Hanya kita merancang,Allah akan tentukan.
Jom Follow,Like dan Share :
Facebook : MAYC Kawasan Bachok
Instagram : mayc_bachok
Facebook : MAYC Kawasan Bachok
Instagram : mayc_bachok
Website : https://mayckawasanbachok.blogspot.com/
#MAYCKawasanBachok #MyMAYC #BersatuMaju #67Tahun #KementerianPerusahaanPerladanganDanKomoditi #Putrajaya
No comments:
Post a Comment