Sunday, May 9, 2021

DOA UNTUK PALESTINE









                                      "MAYC BACHOK PANTANG KRISIS DI PALESTINE"

    Bachok,9 Mei 2021 - Seluruh Kepimpinan MAYC Kawasan Bachok protes sekeras-kerasnya tindakan askar Israel yang sangat zalim dan kejam mengganggu Ummat Islam dan Masjid Al-Aqsa di Bumi Palestine.

Saudara Ahmad Faris selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,beliau dan seluruh kepimpinannya amat pantang kekejaman rejim Israel yang mengganggu Ummat Islam di Bumi Palestine.Beliau juga mengharapkan agar Allah S.W.T bagi ganjaran setimpal kepada rejim Israel.

Saudara Muhammad Azam selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Islam dan Dakwah MAYC Kawasan Bachok mengharapkan Seluruh Rakyat Malaysia,Rakyat Kelantan dan Rakyat Bachok sama-sama mendoakan agar keselamatan rakan seagama kita di Bumi Palestine dilindungi oleh Allah S.W.T. dan dijauhi daripada kekejaman rejim Israel.

Beliau  menyeru agar sama-sama berdoa kepada Ummat Islam di Bumi Palestine.


DOA UNTUK PALESTIN

أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 

Maksudnya: "Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir." (Al-Baqarah:Ayat 286)

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَار


Umat Islam dibumi Palestin sekali lagi diuji dengan kerakusan dan kezaliman tentera zionis pada bulan yang mulia Ramadan Al-mubarak ini.

Marilah kita sama - sama berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar umat Islam dibumi Palestin diberi keselamatan dan kesejahteraan di sana.

#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYC #Pray4Palestine 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...