KUNJUNGAN SANTAI KE PEJABAT PERSATUAN BELIA SERI CEMPAKA
Lembah Pantai,3 Mei 2021 - MAYC Kawasan Bachok mengadakan kunjungan santai ke Pejabat Persatuan Belia Seri Cempaka.MAYC Kawasan Bachok diwakili oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Beliau juga selaku EXCO MAYC Negeri Kelantan bagi penggal 2018-2020.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan ukhwah antara persatuan belia.Saudara Ahmad Faris juga selaku Pengerusi Kelab Belia Gunong.Beliau mengadakan kunjungan ini untuk berbincang beberapa perkara program terdekat di Ibu Kota.Insya Allah MAYC Kawasan Bachok bakal bekerjasama dengan MAYC Lembah Pantai dan MAYC Setiawangsa untuk Program Singgah Sahur di Taman Keramat Permai dan Agihan Makanan Ringan di Chot Kit dan Medan Tuanku Kuala Lumpur
Alhamdulillah beberapa perkara dapat diambil untuk saling bertukar idea dan pendapat bagi sama-sama memperkasakan persatuan belia masing-masing.Input dan ilmu yang perlu dilaksanakan apabila diberi nasihat dan pandangan oleh Saudara Roy selaku Pengerusi Persatuan Belia Seri Chempaka.Persatuan Belia Seri Chempaka merupakan Johan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2020.
Beberapa perkara perlu diperkemaskan untuk memperkukuhkan organisasi belia kami.Insya Allah kami akan meneruskan khidmat bakti kami untuk perkemaskan segala pengurusan pentadbiran,laporan program(MYKD) setiap tahun dan jentera agar menjadi salah satu Ikon NGO Belia di Kawasan Bachok pada masa hadapan Insya Allah.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua atas sokongan padu kepada MAYC Kawasan Bachok bagi meneruskan khidmat bakti dalam memperkasakan lagi persatuan belia dibawah gabungan MAYC Kawasan Bachok.Kami mendoakan anda semua terus dimurahi rezeki sentiasa.Doakan kami agar dapat menguruskan dan memimpin belia dan beliawanis di Bachok dengan jayanya Insya Allah.
#TeruskanKhidmat
#MAYCKawasanBachok
#KelabBeliaGunong
#MyMAYC
#MAYC

No comments:
Post a Comment