"PENGERUSI BIRO ANAK PERANTAU MAYC KAWASAN BACHOK DILANTIK SEBAGAI BENDAHARI AGUNG PERSATUAN JALINAN UKHWAH ANAK-ANAK KELANTAN(JUAAK)
Shah Alam - Mesyuarat Agung Persatuan Jalinan Ukhwah Anak-Anak Kelantan(JUAAK) telah berlangsung pada 1 Mei 2021 bertempat di Cafe Kumpulan Krangkraf Seksyen 15 Shah Alam.Dalam Mesyuarat tersebut Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Ahmad Faris Yusof dilantik sebagai Bendahari Agung Persatuan Jalinan Ukhwah Anak-Anak Kelantan bagi tahun 2021-2023.
Ini merupakan tanggungjawab dan kepercayaan diberi kepada anak muda bagi menggalas tugas sebagai Bendahari dalam organisasi.Insya Allah dengan adanya hubungan ini,Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok bakal diperkasakan bagi mendekati golongan belia bachok yang berada di Perantauan agar lebih dekat lagi dengan MAYC Bachok dan JUAAK.
Terima Kasih Saudara Shukri selaku Presiden Persatuan Jalinan Ukhwah Anak-Anak Kelantan atas kepercayaan diberikan kepada wakil MAYC Kawasan Bachok.
Insya Allah pendaftaran keahlian Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok akan dibuka bagi mengumpul anak-anak muda Bachok yang berumur 15 hingga 30 tahun tinggal di Perantauan terutama Selangor dan Kuala Lumpur termasuk Putrajaya.
#MAYCKawasanBachok #JalinanUkhwahAnak-AnakKelantan #BiroAnakPerantauMAYCKawasanBachok #ShahAlam #JUAAK
No comments:
Post a Comment