"GOLONGAN BELIA BERUMUR 17 TAHUN KEBAWAH DISERU AGAR MENDAFTARKAN DIRI MELALUI APPLIKASI MYSEJAHTERA"
26 Julai 2021,Tangok - Kelab Belia Wakaf Zin menyeru agar masyarakat di Wakaf Zin mendaftarkan diri anda sebagai penerima vaksin.Kelab Belia Wakaf Zin merupakan ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok.
Puan Nurul Hajar Nazwa Binti Mohd Isa selaku Pengerusi Kelab Belia Wakaf Zin merangkap EXCO MAYC Kawasan Bachok(Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tugas-Tugas Khas MAYC Kawasan Bachok) berkata,terkini 12-17 tahun telah dibuka pendaftaran vaksin melalui MySejahtera.Peluang pendaftaran dibuka yang umur 12-17 tahun oleh pihak kerajaan demi membantu golongan belia dan beliawanis untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Paling utama sekali,kita haruslah menjaga kesihatan diri kita demi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.Alhamdulillah beliau dan Ain Alia Arissa Binti Mat Zul selaku Setiausaha Kelab Belia Wakaf Zin merangkap EXCO MAYC Kawasan Bachok telah selesai menerima suntikan dos 1 pfizer semalam.
"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"
Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :
1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
3.Bersemuka DiFasiliti KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4. Layari https://www.vaksincovid.gov.my/daftar
Atau
Tekan link dibawah untuk daftar vaksin bawah urusetia Kelab Belia Wakaf Zin :
Untuk Belia Dan Beliawanis Sekitar Wakaf Zin yang ingin daftar sebagai Ahli Kelab Belia Wakaf Zin boleh tekan link dibawah :-
Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi
memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
"Kita Mesti Menang"
Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.
#KitaJagaKita #KelabBeliaWakafZin #KBWZCare #LindungiDiriLindungiSemua #SemogaCovid19Berakhir #SamaSamaGalaskanTanggungjawabini #DemiManfaatBersama #JomDaftarVaksin #JomDaftarAhliKelabBeliaWakafZin #WakafZin #KitaMestiMenang #MAYCKawasanBachok #MyMAYC #MAYCareKawasanBachok
No comments:
Post a Comment