"JOM PENGGIAT SUKAN DI JAJAHAN BACHOK DAFTARKAN DIRI
SEBAGAI PENERIMA VAKSIN"
29 Julai 2021,Bachok - Jawatankuasa Kecil Sukan Dan Rekreasi MAYC Kawasan Bachok menyeru agar penggiat dan aktivis sukan di Jajahan Bachok mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
Saudara Wan Mohammad Farid Bin Wan Hamid selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan Dan Rekreasi MAYC Kawasan Bachok berkata,penggiat sukan dan aktivis sukan di Jajahan Bachok perlu mengambil peranan dan menjadi ikon kepada masyarakat untuk mempelawa lebih ramai lagi masyarakat daftar diri sebagai penerima vaksin demi meneruskan kehiduapan dalam norma baharu.
Terkini applikasi MySejahtera telah menerima dan membuka pendaftaran vaksinasi untuk golongan remaja berumur 12-17tahun.
"JOM DAFTAR VAKSIN COVID-19"
Daftar Untuk Vaksinasi Covid-19 melalui beberapa langkah seperti berikut :
1. Daftar Melalui MySejahtera
2. Hubungi Ditalian Hotline 1800-888-828
atau
Tekan link dibawah untuk daftar vaksin bawah urusetia MAYC Kawasan Bachok :
Ayuh kita sama-sama galaskan tanggungjawab ini bersama demi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.
Terima Kasih kepada Barisan Hadapan Negara "Frontliner" berjuang demi menjaga keselamatan dan kesihatan kami semua rakyat Malaysia.Jom kita sama-sama berganding bahu demi kebaikan kita bersama.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKs35Av0U5Io9k64XEbEj0FK8OyroQBMAC_3Hi9xx-yo2sZA/viewform
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #JomDaftarSebagaiPenerimaVaksin #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #BiroSukanDanRekreasiMAYCKawasanBachok
No comments:
Post a Comment