Wednesday, July 21, 2021

MAYCARE KAWASAN BACHOK TERUS BERKHIDMAT





"MAYCARE KAWASAN BACHOK TERUS BERKHIDMAT"

23 Julai 2021,Bachok - MAYC Kawasan Bachok melalui Jawatankuasa Kecil MAYCare Kawasan Bachok  akan terus berkhidmat bagi membantu menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan Peringkat Jajahan Bachok.

Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil MAYCare Kawasan Bachok berkata,beliau telah mendapat mandat dan saranan oleh Pengerusi MAYC Kawasan Bachok agar memperkasakan jawatankuasa kecil yang beliau galaskan.Alhamdulillah,permulaan pihak MAYCare Kawasan Bachok telah menghantar wakil untuk membantu pengurusan MyVast di Klinik Kesihatan Kuchelong dengan sokongan Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Wakil Sukarelawan yang sertai ialah NurulHasanah.

Mohamad Nazrin berkata,beliau mengharapkan sokongan padu golongan belia dan beliawanis yang berumur 15-18 dan 18-40 tahun yang ingin menjadi sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok.Alhamdulillah dengan berkat dan sokongan kepimpinan Tertinggi MAYC Kawasan Bachok,11 orang belia dan beliawanis yang telah menyertai Sukarelawan MyVac di PPV UMK Tangok dan PPV Dewan Majlis Daerah Bachok yang merangkumi 9 orang di PPV UMK Tangok dan 2 orang di PPV Dewan Majlis Daerah Bachok merupakan wakil MAYC Kawasan Bachok dalam Sukarelawan MyVac.

Selain itu,beliau mengalukan kepada golongan belia dan beliawanis sekitar Jajahan Bachok yang ingin sertai saf kepimpinan MAYCare Kawasan Bachok amat dialukan dan hanya untuk mereka yang tinggal di Jajahan Bachok sahaja.Berminat untuk sertai sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok boleh daftar secara atas talian melalui google form yang telah disediakan.

Tekan link dibawah untuk pendaftaran Sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf-MQYwLXSgTirVXHziMhzWexWRWtF4cTI9XEtkTi5s6vUdJQ/viewform?fbclid=IwAR3ZNen3S1PQ_HhuSBvO3SpqIb7rIEOSmVPJCEwwGnr1-9i3oGihw5uiDC0

Walaubagaimanapun,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang memberi sokongan padu untuk MAYC Kawasan Bachok demi meneruskan pemerkasaan Persatuan Belia dan menarik lebih ramai lagi belia sertai persatuan.Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-

0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCareKawasanBachok #MAYCare #MAYC #KeluargaMAYCKawasanBachok


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...