"PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL SIRI 1 ANJURAN BIRO PEMBANGUNAN ISLAM DAN DAKWAH KELAB BELIA GUNONG"
23 Julai 2021,Gunong - Kelab Belia Gunong telah menganjurkan Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri 1 pada 22 Julai 2021 jam 8 malam secara atas talian melalui Platform Google Meet.
Saudara Muhammad Azam Bin Ismail selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok berkata,program ini adalah program Siri Jelajah 3 Ahli Gabungan Kelab Belia dibawah MAYC Kawasan Bachok.Insya Allah seterusnya pihaknya akan meneruskan Program Bacaan Yasin & Tahlil Siri 1 ini dibawah Kelab Belia Kg Kuin Pasir dan Kelab Belia Wakaf Zin.
Beliau memaklumkan program semalam telah dimulakan dengan bacaan Yasin,tahlil dan sedikit pengisian iaitu mengalunkan takbir raya .Selepas selesai takbir raya,sedikit perkongsian ilmu HADIS 40(Imam An-Nawawi) iaitu dimulakan dengan Hadis 1 bertajuk "Setiap Amalan Bergantung Kepada Niat".
Walaubagaimanapun,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir dan program kali ini diserikan dengan kehadiran Majlis Tertinggi MAYC Kawasan Bachok iaitu Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Muhamed Zaharin Bin Azhar selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok dan Nik Mohd Asraf Bin Nik Kob selaku Ketua Satria MAYC Kawasan Bachok.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfKs35Av0U5Io9k64XEbEj0FK8OyroQBMAC_3Hi9xx-yo2sZA/viewform
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #BiroPembangunanIslamDanDakwah #MAYC #KelabBeliaGunong #KBG #KeluargaMAYCKawasanBachok #BeliaGunong #BeliawanisGunong #PekanGunong #Bachok
No comments:
Post a Comment