"ZIARAH PENGHUJUNG ZULKAEDAH 1442H"
9 Julai 2021,Ampang - Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok turun ke rumah Adik Fawwaz di Ampang bagi menyerahkan sumbangan Keperluan Asas dan pampers yang disumbangkan oleh Yayasan Food Bank Malaysia manakala beras disumbangkan oleh YB Tan Sri Annuar Musa.
Delegasi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok ialah Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan serta Saudara Othman selaku EXCO Kesihatan bagi Biro Anak Perantau MAYC Kawasan Bachok merangkap Timbalan Pengerusi KBGCare.
Ziarah kali ini,saudara Ahmad Faris bertanya beberapa perkara dengan penjaga Adik Fawwaz.Penjaga Adik Fawwaz memaklumkan keperluan yang diperlukan setiap bulan adalah Susu dan pampers.Kepada yang ingin menyumbang boleh hubungi pihak MAYC Kawasan Bachok dan pihak kami akan menguruskannya untuk disampaikan kepada pihak keluarga Adik Fawwaz.
Kepada yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari.
#MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #BiroAnakPerantauMAYCKawasanBachok #AnakPerantau #Ampang #KitaJagaKita
No comments:
Post a Comment