Sunday, August 15, 2021

SESI TAKRUF SUKARELAWAN MAYCARE KAWASAN BACHOK BERSAMA PENGERUSI MAYC KAWASAN BACHOK SIRI 1/2021




"SESI TAKRUF SUKARELAWAN MAYCARE KAWASAN BACHOK BERSAMA PENGERUSI MAYC KAWASAN BACHOK SIRI 1/2021"

16 Ogos 2021 -
 MAYCare Kawasan Bachok telah mengadakan sesi takruf sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok bersama Pengerusi MAYC Kawasan Bachok Siri 1/2021 pada 15 Ogos 2021 jam 9 Malam.

Saudara Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Biro MAYCare Kawasan Bachok berkata,pertemuan ini bertujuan untuk kemaskini laporan terkini aktiviti MAYC Kawasan Bachok kepada Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Selain itu,program kali ini dibuat bagi mengeratkan silaturrahim dan kenal satu sama lain antara sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok.

Alhamdulillah,MAYCare Kawasan Bachok telah diberi mandat oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok bagi menggalaskan tugas  jaga sukarelawan-sukarelawan belia yang akan berkhidmat dan sedang berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) dalam Jajahan Bachok.

Terima Kasih tuan Pengerusi MAYC Kawasan Bachok atas sokongan diberikan.Terima Kasih juga kepada YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku Penasihat MAYC Kawasan Bachok merangkap Adun Jelawat atas sokongan diberikan.

Selain itu,beliau mengalukan kepada golongan belia dan beliawanis sekitar Jajahan Bachok yang ingin sertai saf kepimpinan MAYCare Kawasan Bachok amat dialukan dan hanya untuk mereka yang tinggal di Jajahan Bachok sahaja.Berminat untuk sertai sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok boleh daftar secara atas talian melalui google form yang telah disediakan.

Tekan link dibawah untuk pendaftaran Sukarelawan MAYCare Kawasan Bachok :-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf-MQYwLXSgTirVXHziMhzWexWRWtF4cTI9XEtkTi5s6vUdJQ/viewform?fbclid=IwAR3ZNen3S1PQ_HhuSBvO3SpqIb7rIEOSmVPJCEwwGnr1-9i3oGihw5uiDC0

Walaubagaimanapun,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang memberi sokongan padu untuk MAYC Kawasan Bachok demi meneruskan pemerkasaan Persatuan Belia dan menarik lebih ramai lagi belia sertai persatuan.Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-

0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Semoga kita semua terus dimurahi rezeki dipermudahkan segala urusan setiap hari #MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCareKawasanBachok #MAYCare #MAYC #KeluargaMAYCKawasanBachok


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...