Tuesday, August 24, 2021

SUARA ANAK MUDA MENJADI TUMPUAN


"SUARA ANAK MUDA MENJADI TUMPUAN"

25 Ogos 2021 - MAYC Kawasan Bachok menyambut baik bait ayat yang dikrarkan oleh YAB Datuk Seri Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia Ke-9 dalam ucapan sulongnya "Saya pastikan suara anak muda didengari dan diberikan tumpuan dalam kerajaan ini".

Saudara Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Biro MAYCare Kawasan Bachok berkata,pertama kalinya beliau mendengar seorang Perdana Menteri yang sahut cabaran untuk mendengar suara anak muda dalam kerajaan.Beliau mengharapkan kerajaan dapat meneruskan sokongan kepada persatuan-persatuan belia di Seluruh Malaysia amnya Kelantan untuk terus diperkasakan bagi mendekati golongan belia dan beliawanis.

Persatuan belia merupakan salah satu platform untuk pelapis kepimpinan belia mencari pengalaman dalam saf kepimpinan masyarakat.Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia berkata,kewujudan Parlimen Belia Malaysia juga salah satu usaha kerajaan bagi melahirkan pelapis kepimpinan muda untuk meneruskan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Beliau mengharapkan seruan yang diutuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-9 diharapkan agar diberi peluang kepada golongan belia berada dalam saf kepimpinan terutama dalam kepimpinan Kerajaan Tempatan bagi terus mencari pengalaman berkhidmat dalam komuniti.

Golongan belia yang mempunyai taraf kelayakan pendidikan Diploma,Ijazah,Master dan PHD harus digilap tanda penghargaan kepada mereka bergiat dalam persatuan belia sebelum mereka bergiat aktif dalam kancah landskap politik negara.Ini merupakan satu acuan dan petanda baru agar pemimpin belia terus mencurah bakti dalam pembangunan negara.

Terima Kasih kepimpinan MAYC Kawasan Bachok yang diketuai oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok.Saudara Ahmad Faris yang juga  mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Kelantan 2017/2018 mengharapkan kerajaan dapat mendengar suara anak muda bagi menyuntik semangat anak muda untuk berkhidmat dalam komuniti.

Anak muda masa kini merupakan cermin masa depan negara bagi meneruskan legasi kepimpinan pada masa hadapan.Peluang harus diberikan kepada anak muda yang berpersatuan dalam saf kepimpinan "Kerajaan Tempatan" bagi membolehkan mereka terus mencurah bakti dan mencorak acuan baru "Suara Anak Muda" pada masa kini.

Berdasarkan petikan yang dirujuk bertarikh 7 Januari 2020 :-

https://www.facebook.com/1379770592257304/posts/2568265363407815/

Bertajuk ;

"AHLI MAJLIS PBT NEGERI KELANTAN IKRAR TAKLIF"

Berdasarkan Peruntukan Seksyen 10,Akta Kerajaan Tempatan 1976,Akta 171,penduduk tempatan yang berwibawa dan berkepimpinan diberi peluang berkuasa eksekutif untuk mengambil bahagian  di dalam pengurusan daerah yang mereka diami.

"Lengkapkanlah diri dengan ilmu dan kefahaman terhadap fungsi,peranan dan tugas yang disandang,peka terhadap hal ehwal kerajaan tempatan,prihatin permasalahan masyarakat setempat serta ambik tahu keadaan sekeliling dan global supaya perkara berat menjadi ringan dan tugas dilaksanakan mengikut undang-undang-Petikan ucapan oleh YB Dr. Izani Hj Husin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan"

"Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Hj. Husin mengingatkan amanah dan tanggungjawab Ahli Majlis amat berat dan sangat penting selaku pemimpin masyarakat  di kawasan masing-masing dengan mengetahui matlamat dan fungsi PBT, memahami dasar Kerajaan Negeri dan Persekutuan."

Selain itu,saudara Ahmad Faris menyeru kepada semua golongan belia agar sertailah Persatuan Belia di sekitar tempat tinggal masing-masing bagi mengambil peluang yang disediakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,Jabatan Belia Negara,Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok.

Pelbagai peluang yang disediakan sebagai contoh peluang melanjutkan pendidikan di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN),peluang kursus perniagaan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan pelbagai lagi peluang platform yang disediakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
   
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Biro MAYCare Kawasan Bachok atas kerjasama bersama Alumni Parlimen Belia Malaysia akan diteruskan atas dorongan sokongan kalian semua.

Anda yang ingin menyumbang bagi memperkasakan lagi program kebajikan boleh salurkan ke akaun bank seperti berikut :-

141003113688680200013
( Bank Simpanan Nasional - Alumni Parlimen Belia Malaysia)


atau 

0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Terima kasih atas sokongan anda semua untuk MAYC Kawasan Bachok dan Alumni Parlimen Belia Malaysia bagi meneruskan khidmat bakti.Semoga kalian semua terus dimurahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan setiap hari.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #AlumniParlimenBeliaMalaysia #MAYCareKawasanBachok


 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...