"EDARAN JALUR GEMILANG KEPADA PENIAGA KECIL DI SELAYANG MUTIARA"
8 September 2021,Selayang Mutiara - MAYC Kawasan Bachok melalui Biro Anak Perantau MAYC Bachok turun santuni peniaga di Sekitar Selayang Mutiara bagi edaran Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia yang bakal tiba pada 16 September 2021.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi Biro Anak Perantau MAYC Bachok berkata,kali ini beliau dapat santuni 10 orang peniaga bagi mengagihkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia 16 September 2021.
Alhamdulillah semangat yang disemai oleh setiap peniaga amat disambut baik demi cintakan negara Malaysia yang kita cintai.Beliau juga mensasarkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang bakal diagihkan di Sekitar Parlimen Bachok(850 Jalur Gemilang) manakala 200 Jalur Gemilang akan diagihkan di Sekitar Parlimen Selayang.
Beliau juga berkata,ini merupakan Dun Kedua yang beliau dapat turun mengedarkan Jalur Gemilang.Alhamdulillah di Dun Kuang dapat diedarkan sebanyak lingkungan bawah 100 jalur gemilang yang telah diedarkan.Manakala Dun Taman Templer akan diagihkan sebanyak 100 helai Jalur Gemilang.
Terima Kasih kepada MAYC Kawasan Selayang kerana beri ruang kepadanya untuk turun mengagihkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia 16 September 2021.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin
No comments:
Post a Comment