"MAYC KAWASAN BACHOK BERHASRAT MEMPERKASAKAN LAGI AHLI GABUNGAN DI SEKITAR DAERAH BACHOK"
24 September 2021,Pantai Irama - MAYC Kawasan Bachok berhasrat ingin memperkasakan lagi ahli gabungan di Sekitar Daerah Bachok.
24 September 2021,Pantai Irama - MAYC Kawasan Bachok berhasrat ingin memperkasakan lagi ahli gabungan di Sekitar Daerah Bachok.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memperkasakan lagi ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok.Alhamdulillah setakat ini ahli gabungan yang telah dibantu iaitu Kelab Belia Gunong,Kelab Belia Wakaf Zin dan Kelab Belia Kg Kuin Pasir.
Yang terbaru MAYC Kawasan Bachok telah berjumpa dengan wakil kepimpinan baru Kelab Belia Alor Bakat(MAYC Alor Bakat) merupakan ahli gabungan yang lama telah bergabung di peringkat Kawasan Bachok.
Beliau dalam siri kunjungan hormat bertemu YB Mohd Huzaimy selaku ADUN Pantai Irama merangkap penasihat MAYC Kawasan Bachok bagi Dun Pantai Irama berkata,beberapa perkara telah dibincang bagi memperkasakan lagi ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok di Dun Pantai Irama.
Setakat ini,alhamdulillah Kelab Belia Pantai Irama telah diluluskan.Insya Allah Kelab Belia Pantai Irama akan bergabung dalam masa terdekat.
Terima Kasih YB Mohd Huzaimy selaku Adun Pantai Irama sudi menerima kunjungan wakil MAYC Kawasan Bachok.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin
No comments:
Post a Comment