10 September 2021,Bachok - Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok Bil.4/2021 telah diadakan 9 September 2021 bagi perbincangan beberapa perkara dan susun atur program yang bakal diadakan sempena Hari Malaysia 16 September 2021.
Saudara Muhamed Zaharin selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok berkata,mesyuarat ini diadakan bagi memastikan penyelarasan program dapat disalaraskan dengan baik dan sempurna.
Berikut adalah lokasi program yang bakal diadakan pada bulan September 2021 :-
PROGRAM EDARAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA 2021
PROGRAM EDARAN JALUR GEMILANG SEMPENA HARI MALAYSIA 2021
Tarikh : 10 September 2021(Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Pusat Khidmat Dun Jelawat Bukit Chenda Gunong
Anjuran bersama : Kelab Belia Gunong,Kelab Belia Kg Kuin Pasir dan
Pusat Khidmat Dun Jelawat
Tarikh : 10 September 2021(Jumaat)
Masa : 2 Petang
Tempat : Rumah Bob(Ahli MAYC Alor Bakat)
Anjuran bersama : Kelab Belia Alor Bakat,MAYC Kawasan Bachok
Tarikh : 11 September 2021(Sabtu)
Masa : (Akan Dimaklumkan)
Tempat :Wakaf Zin
Anjuran Bersama : Kelab Belia Wakaf Zin dan MAYC Kawasan Bachok
Tarikh : 14 September 2021(Selasa)
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Caltex Kemudi
Tarikh : 16 September 2021 (Khamis)
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Perkarangan Rooftop Restoran Kampung Sungai Perupok Kelantan
Anjuran Bersama : MAYC Kawasan Bachok,RVR RoofToop
Insya Allah 850 Jalur Gemilang akan diagihkan di kereta yang mana lalu di lokasi kami maklumkan.Untuk 10.9.2021 akan diagihkan kepada penerima vaksin sahaja sebanyak 200 Jalur Gemilang.
Terima Kasih kepada Jawatankuasa MAYC Kawasan Bachok yang sudi hadir mesyuarat semalam.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin
No comments:
Post a Comment