Thursday, September 23, 2021

PEMIMPIN BELIA DAN PEMIMPIN MASYARAKAT PERLU BERGANDING BAHU BERSAMA DEMI KELUARGA MALAYSIA


"PEMIMPIN BELIA DAN PEMIMPIN MASYARAKAT PERLU BERGANDING BAHU BERSAMA  DEMI KELUARGA MALAYSIA"

24 September 2021,Kuala Lumpur - Pemimpin belia dan pemimpin masyarakat perlu berganding bahu bersama demi keluarga Malaysia.

Alumni Parlimen Belia Malaysia mengadakan sesi pertemuan dengan YB Senator Datuk Sri Ti Lian Ker selaku Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia bagi membincangkan beberapa perkara hala tuju Alumni Parlimen Belia Malaysia termasuklah Parlimen Belia Malaysia.

Alumni Parlimen Belia Malaysia diwujudkan atas insiatif untuk menyambung legasi Parlimen Belia Malaysia bagi mengumpul semua Ahli-Ahli Parlimen Belia Malaysia yang sudah habis penggal untuk bersama berkhidmat bakti kepada masyarakat.

Saudara Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz selaku Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia berkata,Parlimen Belia Malaysia adalah satu platform yang bagus disediakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dibawah inisiatif Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan Majlis Belia Malaysia.Beliau juga memaklumkan kepadaYB Senator Datuk Sri Ti Lian Ker selaku Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia agar Parlimen Belia Malaysia ini dapat diteruskan demi kesinambungan untuk melahirkan pelapis kepimpinan Malaysia.

Saudara Mohamad Nazrin Faiz Bin Che Abd Aziz yang juga EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil MAYCare Kawasan Bachok juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Khairy Jamaluddin ,Kementerian Belia Dan Sukan,Jabatan Belia Dan Sukan Negara,Majlis Belia Malaysia dan beberapa pemimpin yang meilhamkan sebagai pencetus tertubuhnya Parlimen Belia Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut,YB Senator Datuk Sri Ti Lian Ker turut menyatakan kepentingan "Undi-18" dan peranan semua untuk memberi input kepada  anak muda berkenaan ini.Isu pokok adalah anak muda perlu mendaftar kemudian menjalankan tugas selaku rakyat yang sayang akan Malaysia.

Ini keluarga Malaysia,peranan kita bersama perlu demi merancakkan lagi "Demokrasi Negara Kita".Saudara Ahmad Faris Bin Yusof  selaku EXCO Alumni Parlimen Belia Malaysia merangkap Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,keringat persatuan belia di akar umbi harus digembelingkan demi merealisasikan hasrat kerajaan.Persatuan Belia yang juga tulang belakang agensi kerajaan perlu diperkasakan.

Golongan belia masa kini harus kita serapkan nilai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin organisasi.Bukan sekadar pendesak,tetapi golongan belia harus termasuk dalam golongan perancang dan pelaksana.

Kepimpinan belia juga perlu diambil serius oleh pihak kerajaan bagi memberi ruang kepada pemimpin belia mencari pengalaman untuk berada dalam saf kepimpinan kerajaan tempatan.

Terima Kasih YB Senator Datuk Sri Ti Lian Ker selaku Timbalan Menteri Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia sudi menerima kunjungan kami dan dapat memberi beberapa input dan pendapat  demi "Keluarga Malaysia"yang kita cintai.

Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.


Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir



 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN

"SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN" BACHOK,29 September 2024  - ...