"TERIMA KASIH YB DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF SELAKU TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT SUDI BERKUNJUNG KE BACHOK"
26 September 2021,Pantai Kemasin -MAYC Kawasan Bachok mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Dato' Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat yang sudi berkunjung ke Bachok dalam siri lawatan kerjanya ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Bachok(Puspen Bachok).
Selepas siri lawatan kerja ke Puspen Bachok,YB Dato' Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff sempat singgah di JHJ Arabian Stable sambil berjinak dengan haiwan sunnah Rasulullah s..a.w.
Alhamdulillah,beliau kagum dengan golongan belia yang amat berjiwa besar bagi memperkasakan program kebajikan yang telah dijalankan melalui NGO Belia.Golongan belia harus dibantu bagi memberi keyakinan kepada mereka untuk mewarisi saf kepimpinan negara ataupun negeri Kelantan pada masa hadapan.
Dalam kunjungan tersebut,beliau diiringi oleh Ammirul selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sukan dan Rekreasi MAYC Kawasan Bachok,Zulkifli Roslan selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Usahawan dan Ekonomi MAYC Kawasan Bachok,Encik Azis selaku Timbalan Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru),Encik Shafri selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) dan Encik Khairo Azha selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Tugas-Tugas Khas Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Terima Kasih Wan Helmi Akhtar Bin Wan Mohammad Rani selaku EXCO Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) yang memberi ruang untuk berkunjung ke JHJ Arabian Stable milik kepunyaannya di Pantai Kemasin.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir #PersatuanEkuestrianNegeriKelantan(Baru) #PENKB
No comments:
Post a Comment