"1 BEG DARAH DAPAT MENYELAMATKAN 3 NYAWA PENERIMA DARAH"
PANTAI IRAMA,30 Oktober 2021 - Derma darah merupakan salah satu amalan bersedekah.Sedekah 1 beg darah dapat menyelamatkan 3 nyawa penerima darah yang amat memerlukan.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,program derma darah kali ini dianjurkan bersama Pejabat RELA Daerah Bachok,Pejabat MARA Daerah Bachok dan MAYC Kawasan Bachok kerjasama Unit Tabung Darah HUSM Kubang Kerian.
Alhamdulillah sebanyak 34 beg darah dapat dikumpulkan pada program kali ini.Terima kasih YB Mohd Huzaimy selaku Adun Pantai Irama sudi turun ke program derma darah kali ini bertempat di ruang legar Bangunan MARA Bachok yang telah diadakan pada 27 Oktober 2021.
Terima kasih Pejabat MARA Daerah Bachok,RELA Daerah Bachok dan Bomba Daerah Bachok sudi menjayakan program kali ini.
Terima kasih kepada anda yang sudi hadir datang derma darah kali ini.Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang turun derma darah kali ini ialah Saudara Shakir selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil VAV MAYC Kawasan Bachok serta 2 orang sukarelawati MYVAC Bachok yang sudi turun bersama.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment