Saturday, October 30, 2021

MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT JAJAHAN BACHOK SIDANG 1,PENGGAL KE-33 SESI 2021-2022


"MAYC KAWASAN BACHOK SERTAI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT JAJAHAN BACHOK SIDANG 1,PENGGAL KE-33 SESI 2021-2022"

BACHOK,30 Oktober 2021 - MAYC Kawasan Bachok menyertai Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Jajahan Bachok Sidang 1 penggal ke-33 sesi 2021-2022 yang telah diadakan melalui zoom meeting.Dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dan Majlis Belia Jajahan Bachok.

Delegasi MAYC Kawasan Bachok yang sertai majlis ini diketuai oleh Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,Nazrin Faiz selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok dan Zulkifli Roslan selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok.

Kali ini 4 usul dibahaskan oleh wakil MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :

Usul 1 :
1. Perkasakan NGO Belia untuk mencari belia berumur 30tahun kebawah.

Usul 2 :
2. One Stop Centre Youth Bachok perlu diwujudkan bagi memudahkan kemudahan kepada belia berpersatuan.

Usul  3 :
3. Sektor Keusahawan Belia di Bachok perlu diperkasakan dan diberi kemudahan agar tarik lebih ramai lagi belia berkecimpung dalam bidang perniagaan bagi membantu perkasakan ekonomi belia dan beliawanis di Bachok.

Usul 4 :
4. Golongan belia perlu keluar golongan pencari kerja.Perlu masuk ke dalam golongan pemberi peluang pekerjaan.Agensi Pekerjaan dan NGO Belia perlu diperkukuhkan lagi hubungan bagi mengwar-warkan peluang pekerjaan yang disediakan

Ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok juga turut hadir dalam majlis ini iaiatu Kelab Belia Kg Kuin Pasir Jelawat  dan wakil Kelab Belia Wakaf Zin termasuk Kelab Belia Gunong.Majlis ini dirasmikan oleh  YABrs Tuan Haji Mohd Farid Bin Dato Haji Abdul Razak selaku Ketua Jajahan Bachok diiringi oleh Saudara Muhammad Naim Bin Satar selaku Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Bachok.

Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.


Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-

Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir





 

No comments:

Post a Comment

PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK

[PROSEDUR UNTUK DAPATKAN SIJIL KELULUSAN KELAB BELIA TUNGGAL BAHARU DI DAERAH BACHOK] Insya Allah MAYC Kawasan Bachok cuba sedaya upaya men...