"KERAJAAN NEGERI KELANTAN DISARAN AGAR MELANTIK KEPIMPINAN PERTUBUHAN BELIA BERADA DALAM SAF KEPIMPINAN KERAJAAN TEMPATAN DI SETIAP DAERAH SELURUH KELANTAN"
CHERANG SEPULAI,28 November 2021 - MAYC Kawasan Bachok memohon agar kerajaan Negeri Kelantan melantik kepimpinan pertubuhan belia berada dalam saf kepimpinan Kerajaan Tempatan di Setiap Daerah Seluruh Kelantan khasnya Daerah Bachok.
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok berkata,lantikan politik perlu melantik kepimpinan Pertubuhan Belia atas kouta NGO.Lantikan tersebut harus dibuat bagi menghargai keringat dan perjuangan mereka yang berada dalam pertubuhan belia.
Suara Belia perlu ada dalam Kerajaan Tempatan.Suara Belia merupakan suara masa kini.Pemimpin Belia perlu diiktiraf sebagai salah satu saf kepimpinan dalam Kerajaan Tempatan.Dengan saranan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang inginkan perubahan had umur belia mengikut Akta Belia 2007 perlu diiktiraf di setiap genap skop.
Ruang dan peluang harus diberi kepada saf kepimpinan pertubuhan belia.Kami mahukan Kelantan sama taraf dengan Negeri Lain khasnya Daerah Bachok yang kami cintai.Sampai bila mahu pinggirkan pemimpin belia untuk mencari pengalaman.Kerajaan Tempatan mempunyai beberapa jawatankuasa sebagai contoh Jawatankuasa Pelancongan,Jwatankuasa Perlesenan dan beberapa jawatankuasa lagi yang berada dalam Kerajaan Tempatan di Setiap Daerah.
Saudara Ahmad Faris Yusof yang turun dalam sesi pertemuan dengan belia takraw Cherang Sepulai Mukim Repek Barat mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Mohd Huzaimy selaku Adun Pantai Irama yang sudi korbankan masa turun bertemu belia Cherang Sepulai.Terima Kasih Saudara Zulkifli Roslan selaku EXCO MAYC Kawasan Bachok dan Puan Adlina selaku Ahli MAYC Kawasan Bachok sudi turun bersama Pengerusi MAYC Kawasan Bachok di Cherang Sepulai.Terima Kasih Penghulu Geh merupakan Penghulu Mukim Repek Barat.
Beliau juga mengharapkan Kelab Belia Cherang Sepulai diwujudkan bagi menggerakkan komuniti belia disana.Komuniti Belia perlu dijaga bagi mengelak mereka terjebak dalam aktiviti negatif.MAYC Kawasan Bachok dengan ini mensarankan Kerajaan Negeri Kelantan melantik wakil Kepimpinan Pertubuhan Belia yang mempunyai kewibaan kecaknaan terhadap komuniti bagi diletakkan dalam saf kepimpinan Kerajaan Tempatan di setiap pbt daerah sekitar Negeri Kelantan.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment