"MUAFAKAT AMAT PENTING BAGI MENGEKALKAN KESETIAAN PERSAHABATAN DALAM HUBUNGAN SILATURRAHIM"
GUNONG,28 November 2021 - Muafakat amat penting bagi mengekalkan kesetiaan persahabatan dalam hubungan silaturrahim dalam sebuah masyarakat di Malaysia.
Saudara Ahmad Faris Yusof selaku MAYC Kawasan Bachok berkata,suasana landskap politik di Malaysia yang amat bercelaru pada masa kini sedang diperhatikan oleh golongan belia yang bakal berada di tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan.
Pemimpin yang ada pada masa kini harus tonjolkan contoh tauladan yang baik untuk pemimpin masa depan negara iaitu terdiri daripada golongan belia.Muafakat perlu diperkukuhkan dan jangan pentingkan kepentingan diri untuk kekal di kerusi panas di mana-mana kementerian ataupun Kawasan Parlimen.
Beliau yang juga Mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia Penggal Kedua yang juga memegang potfolio sebagai Jawatankuasa Prasarana,Pembangunan Dan Alam Sekitar Parlimen Belia Malaysia Penggal Kedua berkata,Politik Pilihanraya hanya 5 tahun sekali.Selepas Pilihanraya semua pemimpin harus berkhidmat sebaiknya dan kurangkan jurang birokrasi.
Kepimpinan di Kelantan perlu mengubah cara landskap zaman teknologi moden ini.Jalinan hubungan dengan kerajaan Persekutuan perlu perkukuhkan lagi dan kurangkan berpolitik bagi memperoleh kepercayaan mandat rakyat.
Saudara Ahmad Faris Yusof yang turun ke Pejabat KRT Gunong bagi menyerahkan hadiah cabutan bertuah Program Monsoon Hill Hiking Run Challenge 2021 kepada YB Cikgu Haji Abdul Azziz Bin Kadir selaku ADUN Jelawat merangkap Penasihat MAYC Kawasan Bachok diiringi oleh Encik Asli Bin Mat Deris selaku Pengerusi KRT Gunong.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
https://tinyurl.com/DaftarAhliMAYCKawasanBachok
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment