"INDUSTRI EKUIN PERLU DISELARASKAN MENGIKUT PENGEDARAN ZAMAN GENERASI BELIA"
KOTA BHARU,4 Januari 2022 - Industri ekuin di Kelantan perlu diselaraskan mengikut pengedaran zaman generasi belia pada masa kini.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok merangkap Presiden Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) berkata,Kelantan berpotensi ke hadapan dalam industri ekuin bagi memberi peluang kepada golongan belia dan beliawanis terlibat dalam industri ini.
Faktor kebajikan kuda juga perlu diterapkan dalam setiap orang penternak kuda di Seluruh Kelantan.Mengikut bancian dibuat oleh Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru) pada awal tahun 2020 sebanyak 676 ekor kuda dan 165 orang penternak kuda yang berdaftar dengan Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan(Baru).
Beliau juga memaklumkan pihaknya berganding bahu dengan Jabatan Perkhidmat Veterinar Negeri Kelantan bagi memastikan setiap penternak didaftarkan id premis masing-masing.Beliau dalam sesi kunjungan bertemu YB Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi,Teknologi Hijau & Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Adun Selising sambil berbincang Kejohanan Mini Endurance Kuda Lasak Tertutup Kelantan 2022 yang bakal diadakan di Trek Kuda Lasak Jeram Mengaji pada hujung bulan ini yang bakal disertai seramai 60 ekor kuda yang disasarkan penyertaan kali ini.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment