"NIAT YANG BAIK DEMI MANFAAT BERSAMA"
PANTAI IRAMA,17 Januari 2022 - Niat yang baik demi manfaat bersama.Niat merupakan perkara asas dalam sesuatu kelakuan kita lakukan di dunia yang berbekalkan amalan ke akhirat.
Di Dunia ini hanya sementara.Kuasa yang kita ada semua hanya sementara.Dalam sebuah perjuangan itu juga merupakan amal ibadah kita untuk meneruskan kehidupan di akhirat.Kali ini merupakan yang serius mengambil atas tanggungjawab memikul sebagai pemimpin kepada golongan belia.
Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok yang turun bertemu YB Mohd Huzaimy Che Husin selaku Adun Pantai Irama mengharapkan kepimpinan yang telah dilantik oleh rakyat terus ikhlas meneruskan khidmat bakti untuk rakyat.
Beliau menyatakan perkara tersebut kepada YB Mohd Huzaimy Che Husin mengenai perkara yang dimohon.Jawatan yang digalaskan perlu diperkasakan demi manfaat komuniti setempat.Jangan jawatan digalas tersebut hanya mengharapkan "ELAUN".Kali ini beberapa telah dibincang tentang kemudahan dalam Dun Pantai Irama yang diberi aduan kepada pihak MAYC Kawasan Bachok."JAWATAN" merupakan amanah perlu digalaskan untuk dijawab di "AKHIRAT".
Aduan berkenaan merangkumi pelbagai aspek.MAYC Kawasan Bachok mengharapkan perkara yang telah dibincangkan dengan pemimpin tempatan perlu "SERIUS" jangan sekadar sembang kosong.Insya Allah sehari dua lagi beliau akan mengutuskan surat hitam putih untuk dipanjangkan semula kepada pihak Ahli Majlis Daerah Bachok melalui Adun Pantai Irama.
Bachok daerah yang cantik.Bachok daerah kita bersama.Bachok daerah pelancongan yang perlu diperkasakan.Terima Kasih Haji Fared selaku Ketua Jajahan Bachok yang telah mengubah beberapa tempat pelancongan di Bachok.Kerja kuat Ketua Jajahan Bachok untuk menjadi Bachok sebagai tempat tarikan pelancongan yang perlu dikunjungi ramai,Insya Allah menjadi realiti sepenuhnya.Impak tersebut membolehkan sektor ekonomi akan membangun.
Kepada anda yang berminat untuk daftar ahli MAYC Kawasan Bachok,jom daftar sekarang.
Berminat untuk sertai MAYC Kawasan Bachok boleh tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment