"KELAB BELIA TUNGGAL DI DAERAH BACHOK DIALUKAN UNTUK SERTAI MAYC KAWASAN BACHOK SEBAGAI AHLI GABUNGAN"
BACHOK,9 Febuari 2022 - MAYC Kawasan Bachok mengalukan Kelab Belia Tunggal di Sekitar Daerah Bachok untuk berdaftar sebagai Ahli Gabungan MAYC Kawasan Bachok.
Saudara Muhamed Zaharin Bin Azhar selaku Setiausaha MAYC Kawasan Bachok berkata,tawaran ini sentiasa dibuka kepada Kelab Belia Tunggal yang berada di Sekitar Bachok bagi memperkasakan lagi MAYC Kawasan Bachok ke Seluruh Daerah Bachok.
Ahli Gabungan amat penting bagi memantapkan lagi kepimpinan MAYC Kawasan Bachok demi membawa obor MAYC agar dekat dihati dalam golongan belia di Sekitar Daerah Bachok.
Menurutnya,Kelab Belia Tunggal yang telah mengesahkan pendaftaran sebagai Ahli Gabungan MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :
1.Kelab Belia Gunong
1.Kelab Belia Gunong
2.Persatuan Belia Alor Bakat Melor
3.Kelab Belia Sinaran Belukar Muda
4.Kelab Belia Cahaya Aktif
Selain itu,beliau juga berkata,pengurusan pentadbiran MAYC Kawasan Bachok akan memastikan laporan Maklumat Yang Kena Diberi(MYKD) supaya lengkap mengikut Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 "Perintah Mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi(MYKD) [Seksyen 23(2)].
MYKD merupakan perkara penting dalam sebuah organisasi belia bagi memastikan organisasi belia tersebut sentiasa dikemaskini di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.Insya Allah,dengan mandat sentiasa diberi oleh Saudara Ahmad Faris Bin Yusof selaku Pengerusi MAYC Kawasan Bachok,pihaknya membuka ruang seluas-luas kepada golongan belia berumur 15 hingga 35 tahun yang mempunyai bakat kepimpinan untuk ditonjolkan dalam organisasi MAYC Kawasan Bachok.
Kepada Kelab Belia Tunggal di Sekitar Bachok yang ingin daftar sebagai ahli gabungan MAYC Kawasan Bachok boleh hantar email kepada maycbachok@gmail.com cc zaharinazhar03@gmail.com.
Insya Allah Kelab Belia Wakaf Zin dan Kelab Belia Kg Kuin Pasir dalam proses rayuan semula untuk Ahli Gabungan MAYC Kawasan Bachok.
Jom sertai MAYC Kawasan Bachok,tekan link dibawah :-
Anda yang ingin salurkan sumbangan kepada MAYC Kawasan Bachok untuk memperkasakan lagi program-program dibawah MAYC Kawasan Bachok boleh salurkan di akaun Bank Simpanan Nasional dibawah penama MAYC Kawasan Bachok seperti berikut :-
0300941100035239
(Bank Simpanan Nasional-MAYC Kawasan Bachok)
Selepas anda salurkan ke akaun Bank MAYC Kawasan Bachok.Mohon hantar salinan resit kepada Saudari Amni selaku Bendahari MAYC Kawasan Bachok ditalian 014-9269491 bagi memudahkan pengurusan rekod kewangan MAYC Kawasan Bachok.
#MyMAYC #MAYCKawasanBachok #MAYCBachok #KelabBeliaGunong #KelabBeliaKgKuinPasir #KelabBeliaWakafZin #KeluargaMalaysia #KeluargaKelantan #KeluargaBachok #KeluargaMAYCKawasanBachok #KeluargaKelabBeliaGunong #KeluargaKelabBeliaWakafZin #KeluargaKelabBeliaKgKuinPasir
No comments:
Post a Comment